Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Mac 2009

Edisi Malam : Isu PPSMI dan Pendapat 5 Sen Panglima -Malaysiakini


[pak+samad+2.jpg]


- Isu PPSMI sudah pun berlalu dengan rakyat melihat ia digerakkan oleh pejuang bahasa Melayu pada awalnya dan disertai ahli politik pembangkang akhir akhir perjuangannya.. Penglibatan Sasterawan Negara A.Samad Said dengan sokongan pembangkang mengeruhkan misi mendesak PPSMI dihenti dan diubah kembali kepada bahasa Melayu asal hingga terpaksa ditangguhkan hingga ke hari ini.

Bukti protes PPSMI dalangnya pembangkang sila klik sini 



- PPSMI disuarakan oleh pembangkang dan dihadiri pembangkang dan dikata merekalah dalang walau cuba dinafikan. Pejuang bahasa diperalat untuk kepentingan politik pembangkang yang sedang kekeringan isu..Dan mereka tidak sedar diri telah diperguna dan dijadikan mangsa termasuk saudara Faisal Tehrani

- Saya bersetuju PPSMI diubah kepada Bahasa Melayu kembali selepas 6 tahun dicuba dalam bahasa Inggeris.Walaupun kajian sepenuhnya oleh Kementeria Pelajaran belum didedah kepada umum.. Kerana saya merasakan PPSMI tidak mencapai matlamatnya berbanding manfaat atau mudarat di sebaliknya.. Berdasarkan bacaan awal saya terhadap kajian kajian yang telah dijalankan setakat ini.

Sejarah asal usul keputusan perlaksaan PPSMI oleh Kabinet dan ceritanya ada di sini

[DSC_0339.JPG]

- Namun saya tak bersetuju pendekatan berdemonstrasi oleh mereka yang telah berarak dan sanggup bertempur dengan polis bangsa Melayu semata mata nak lepaskan geram . Walaupun mereka dibenar berarak dengan aman pada mulanya untuk penyerahan memorandum kepada Yang dipertuan Agong. Namun akhirnya ia bertukar menjadi tidak terkawal sehingga ada yang pengsan kerana asap pemedih mata tentu mengecewakan kita semua. Ia tidak akan berlaku jika mereka mengikut dengan baik arahan pihak berkuasa/keselamatan demi mengelak ancaman kepada Istana Negara simbol kedaulatan negara kita.



Salah seorang yang pengsan akibat terhidu gas pemedih mata ( sumber dppwp )

- Saya tidak bersetuju PPSMI diteruskan demi kepentingan semua pihak termasuk orang Melayu selepas membaca kajian kajian dan juga hujah hujah berkenaan isu tersebut. Walaupun dalam masa yang sama saya sangat sakit hati melihat tarikh perarakan mencemarkan maruah Muslim Melayu Malaysian itu dibuat hanya sehari sebelum kita menyambut Maulidur Rasul seorang Kekasih Allah yang paling agong.. 

Adakah ia kebetulan atau dirancang ? Wallahu A'lam.




Kelihatan Cikgu Azmi, Tuan Guru Abd Hadi, Ust Nasarudin, Hanipa dan Mahfuz 
berehat di Masjid Negara selepas himpunan 
( gambar dan keterangan dari blog dppwp klik sini  )

- Cuma saya tidak faham kenapa isu tulisan jawi yang cuba disentuh oleh DAP tidak menjadi isu besar oleh pembangkang walhal ia cukup menghina tulisan orang Islam ? Sedangkan mereka patut berarak seperti itu bahkan lebih besar lagi... Kenapa pejuang bahasa di atas tidak melakukannya ? 

Soalan yang tiada jawapan !!!




- Huraian lanjut isu PPSMI ini ada di blog Fikiran Kami ( klik sini ) untuk anda teliti... 

Maaf jika pendapat saya berbeza dengan saudara/i samada blogger BPN atau tidak dan komen 5 sen saya di blog faisal tehrani berkenaan isu di atas  ada di bawah ini :


saya bersetuju dalam hal ini bahawa PPSMI patut ditukar kepada Bahasa Melayu. Cuma saya tidak setuju didesak dengan dibuat perarakan dan diikuti sama pembangkang hingga menjadi isu politik lebih dari isu bahasa itu sendiri. Bagaimana kerajaan akan bersetuju jika pendekatan ini dibuat sedangkan jika ia dielakkan nescaya dengan mudah matlamat menukar ppsmi kembali ke bahasa melayu akan tercapai. Sekarang nasi sudah menjadi bubur kerana PPSMI sudah dipolitikkan dan sayang kita teralpa mengelakkan dari dilihat ia bersifat politik.. Meskipun dakwaan ia tidak didalangi pemimpin politik pembangkang berkali kali diucap.


Lain lain anda tambah di bawah seperti biasa...

Terima kasih.

17 ulasan:

PARPUKARI berkata...

SALAM TUAN PANGLIMA, EMAIL SAYA parpukari@yahoo.com

TOLONG ADD SAYA DLM YM YA TUAN PANGLIMA. TQ

ULASAN YANG MENARIK PANGLIMA, MOGA2 YANG SEDANG TIDUR SEKARANG TERJAGA LAH HENDAKNYA..

Panglima Perang Cyber berkata...

ok bro..kita sokonga dan sekeh sekali semua hehe..

Tanpa Nama berkata...

Minda Pengarang: Demonstrasi jalanan, perarakan bukan penyelesai isu PPSMI



ERHIMPUNAN membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di ibu negara yang bertukar kecoh ketika perarakan bagi penyerahan memorandum bantahan ke Istana Negara kelmarin amat dikesali. Kita yakin niat sebenar penganjur terutama Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said serta beberapa ahli jawatankuasa lain hanyalah menyerahkan memorandum itu kepada wakil Istana Negara tetapi ada pihak ketiga termasuk pembangkang mengambil kesempatan untuk mengkucar-kacirkan keadaan. Nampaknya isu mengenai PPSMI ini bagaikan tiada kesudahan dan kerana itu, sesuatu perlu dilakukan bagi menanganinya secara bijaksana. Kita syorkan supaya kumpulan terbabit dan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang membantah PPSMI untuk duduk semula berunding dengan Kementerian Pelajaran. Biar berbalah di meja rundingan berdasarkan fakta, bukan dipengaruhi emosi dengan memekik di jalanan yang boleh mendedahkan campur tangan pihak lain yang mempunyai motif dan agenda tersendiri mengambil kesempatan untuk mengkucar-kacirkan lagi keadaan dalam situasi politik tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Kita tidak mahu isu PPSMI ini dipolitikkan kerana bentuknya agak sensitif yang boleh menjurus kepada isu kaum. Kita juga ingin menegur GMP supaya tidak lagi menganjurkan majlis terbuka seperti itu, kerana ia terdedah kepada pendekatan 'politik jalanan' yang dibawa oleh parti pembangkang. Kita yakin Kementerian Pelajaran tidak akan menutup pintu kepada GMP jika mereka mahu berbincang. Malah, pihak kementerian sebelum ini sudah menyatakan akan membentangkan hasil kajian hala tuju pelaksanaan PPSMI kepada Kabinet sebelum akhir tahun ini. Namun dengan perkembangan terbaru ini, kementerian tidak harus mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan, terutama selepas beberapa perbincangan termasuk rundingan meja bulat sudah diadakan sebelum ini.

Apa juga keputusan yang akan diumumkan nanti, ia perlu mengambil kira kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan untuk terus dimartabatkan, penguasaan bahasa Inggeris diperkasakan, kompetensi guru mengajar Sains dan Matematik diutamakan dan pencapaian murid dipertingkatkan. Jika empat perkara ini menjadi pegangan, tiada masalah untuk membuat keputusan yang mungkin boleh diterima semua. Walaupun PPSMI bertujuan baik, kecelaruan dalam pelaksanaan mungkin menyebabkannya menimbulkan masalah. Pengalaman negara lain dan hasil kajian pihak berkecuali juga perlu diambil kira sebelum keputusan muktamad mengenai isu ini dibuat. Sebagai contoh, semua negara dalam Kesatuan Eropah menerima dasar untuk mengajar mata pelajaran utama seperti Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda, manakala bahasa kedua wajib yang boleh dipilih ialah bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. Kajian sekumpulan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2008 dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2006 pula menunjukkan 70 hingga 80 peratus pelajar Tingkatan Dua menyatakan mereka sukar mengikuti pengajaran guru Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Panglima Perang Cyber berkata...

Saya setuju saranan di atas !!!

Anon 00 berkata...

Seperkara yang menarik ialah, soal bahasa hanya berkisar antara Bahasa Melayu dan Inggeris... manakala Bahasa Mandarin dan Tamil dipinggirkan sama sekali. Sedangkan keempat-empat komponen bahasa berkenaan merupakan intipati terbaik untuk membangunkan negara dan membangunkan perasaan muhibbah di kalangan rakyatnya yang berbilang kaum.

Bahasa Melayu sebagai teras tidak bermaksud Bahasa Melayu merangkumi segala segi kerana negara ini sendiri, penduduknya berbilang bangsa. Kita ambil contoh negara-negara Barat, seperti England, Perancis, mahupun negara-negara Arab seperti Saudi, Iraq (sebelum perang), Iran, waimma Russia dan China sekalipun.

Kelas-kelas untuk bahasa lain, diwajibkan kepada para pelajar. Para pelajar diberikan pilihan bahasa yang perlu dipelajari dan dimahiri sama ada lisan mahupun penulisan. Matapelajaran-matapelajaran berkenaan menjadi penentu sama ada lulus atau tidaknya pelajar berkenaan pada peperiksaan akhir tahunnya.

Kita di sini terlalu terkongkong dengan ketakutan Bahasa Melayu akan hilang daripada orang Melayu. Kita terlalu banyak ditakut-takutkan dengan fakta-fakta yang berbentuk ilusi dan bayang-bayang.

Dalam pada Mandarin merupakan bahasa yang paling banyak dituturkan di seluruh dunia dan Bahasa Arab di tempat kedua, peluang untuk rakyatnya dari generasi muda mempelajari dan menguasai bahasa asing, dianggap penting demi kelangsungan bangsa, budaya dan nusa itu.

Sedangkan kita di sini, terus berusaha untuk terkongkong di bawah tempurung lapuk dengan alasan, kita bimbang Bahasa Melayu akan pupus dari generasi akan datang.

Seperti tulisan jawi. Kita bimbang tulisan jawi akan pupus daripada generasi akan datang, tetapi kita sendiri tidak pernah menggalakkan diri dan anak-anak kita mempelajari mahupun menguasai tulisan jawi. Apatah lagi tulisan jawi yang sudah berubah bentuk dengan alasan untuk memudahkan anak-anak mempelajarinya, sedangkan perubahan yang dilakukan oleh golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai cendekiawan, lebih menyusahkan dan menghilangkan nilai tulisan Melayu itu.

Anon 00 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Sekadar ingin menjawab tuduhan Hishamuddin Hussein, bahawa pejuang bahasa didalangi p arti pembangkang: Dia ingat semua orang bangang. Tak tahu malu!

Yang turun menolak PPSMI di jalan raya pada 7 Mac lalu adalah profesor, ilmuan, dan para cendekiawan. Datuk Dr Hassan Ahmad adalah Duta Malaysia ke UNESCO (1989-1994). Masuk akal ke diperalatkan? Sekiranya ahli parti PAS turun sama, itu adalah kerana mereka terkesan dengan isu ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih buat penyokong PAS yang turun TANPA bendera, dan lambang bulan parti Islam tersebut. Malangnya, ada parti yang tak reti bahasa (bahawa isu ini isu supra yang mengatasi parti), di mana ada penyokongnya tetap turun membawa simbol parti. Presidennya tak kelihatan pun di jalan raya. Sakit belakang agaknya. Yang ini pun kita tak boleh halang, kalau mereka nak ikut sama; apakan daya.

Saya ingin mengingatkan Hishamuddin kalau sudah namanya parti politik tentulah mereka akan berpolitik dan menangguk isu yang dapat membuatkan parti tersebut meraih perhatian. Jadi hairan apa? Yang menghairankan ialah apabila Pak Lah dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan isu PPSMI ini perlu ditangani segera, dia pula kata ia tak perlu disegerakan. (Derhaka agaknya cucu Dato Onn ni?)

Bolehlah ketawa sekarang kepadanya. Tak tahu malu!

Macam saya kata, melawan seniman padahnya tetap ada. Orang perhati.

Kalau dikatakan kami tak bantah dari dulu, tolonglah waras dan kucup keris berkali-kali. Buku elektronik di bawah ini mengandungi hujah untuk memansuhkan PPSMI.

Penyusun: Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Muat turun pautan:

http://rapidshare.com/files/206652690/Ebook_Mengapa_Kami_Bantah_PPSMI.pdf

Untuk Ismail Hussein (Gapena) yang mengatakan kononnya mahu memperjuangkan pemansuhan PPSMI dengan cara akademik, jemputlah ke SEMINAR HALATUJU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) DALAM DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2009. Jangan ulang korus Hishamuddin.

Tarikh : 14 Mac 2009
Waktu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Auditorium Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Hayati kenyataan dua tokoh bahasa berkenaan tuduhan dalang dan alat.

"Tiada dalang di sebalik apa yang berlaku, kami bukan wayang kulit yang dimainkan oleh tukang cerita...yang datang (berhimpun) sebagai penyokong, saya tak mahu dikatakan boneka, ia seperti menghina."

"Saya ada akal, saya ada ilmu maaf cakap, saya makhluk tuhan sama macam kamu semua. Saya bukan MONYET, saya bukan BERUK dan kami bukan didalangi oleh mana-mana parti politik. Kami cuma mahu kerajaan kembalikan sistem pembelajaran matematik dan sains kepada sistem sebelum ini. Kalau mereka semua ingin menyokong kami, apa kami boleh buat?". - Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad. (Sumber)

Tanpa Nama berkata...

"Dapatkah orang yang sihat akalnya menerima tohmah bahawa tokoh seperti Dato' Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said serta tokoh-tokoh lain yang sepanjang hayatnya tidak hidup atas kurniaan kontrak dan perniagaan sanggup didalangi oleh mana-mana pihak untuk ke hadapan dalam perjuangan menjaga martabat bahasa Melayu?

Yang dapat dibayangkan ialah bahawa kesungguhan hendak mempertahankan dan meneruskan PPSMI itu barangkali ada kaitannya dengan kepentingan agihan kontrak dan habuan yang telah dibuat da lam aspek prasarana pelaksanaan PPSMI." - Prof Dr Awang Sariyan, Penyandang Kursi Pengajian Melayu?China Beijing Foreign Studies University. (Sumber)

Saya ulang; orang perhati. Orang tetap perhati. Pengundi dan perwakilan perhati. (Pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air juga perhati). Apa kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengenai isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mesti dihapuskan demi kepentingan generasi akan datang: "Saya sudah empat kali membawa isu ini ke Perhimpunan Agung UMNO namun tiada sebarang tindakan diambil. Justeru demonstrasi yang berlaku kebelakangan ini dapat dijadikan faktor untuk mempercepatkan penyelesaian isu ini secara serius...' (Sumber)

Jadi jangan kata orang tak bantah dari dulu. Orang dah bantah dari dulu, cuma kamu buat-buat tak nampak, buat-buat pekak.

Gunalah akal. Akal ada guna. Jangan 'main bedal' bila bercakap.

Tanpa Nama berkata...

Kepada warga yang terlalai sila buka mata dan bangun dari tidur. Basuh muka dan celikan mata. Cari dan sila baca Perlembagaan Malaysia. Kalau malas, cuba risek dan tanya peguam atau pelajar undang-undang tentang hak-hak asasi kita sebagai warga didalam negara kita ini.

Didalam Perlembagaan Malaysia di Fasal 10 ada termaktub hak asasi warga untuk : Bebas Berpersatuan, Bebas Bersuara dan Bebas Berkumpul. Perlembagaan Malaysia adalah rujukan kita semua untuk mendirikan negara bangsa.

Justeru berkumpul dan turun ke jalan raya itu adalah hak kita. Ini cukup jelas.

Berkumpul dan turun ke jalan raya bukan untuk terberak di atas jalan. Turun ke jalan raya bukan untuk pau orang lalu lalang. Hak berkumpul dan turun ke jalan raya ini kita dilakukan untuk merayakan, menyatakan sokongan atau menyatakan bantahan kepada apa sahaja isu.

Warga Muslim berkumpul beramai-ramai dan berarak dari Masjid Negara ke jalan-jalan raya dalam Bandar untuk merayakan Mauludur Rasul. Ini di lakukan setiap tahun. Ini hak kita. Saban tahun penganut agama Hindu berkumpul dan berarak dari pelbagai kuil menuju ke Batu Caves. Ini hak kita. Saban tahun masyarakat Tionghua berkumpul dan berarak di Kuil Bukit Robson. Ini hak kita.

Semua negara dalam dunia ini mengakui hak-hak asasi ini. Hanya negara-negara yang zalim sahaja yang menafikan warganya dari berpersatuan, berkumpul dan menunjukkan perasaan beramai-ramai. Negara-negara dibawah pemerintahan yang zalim melarang warganya dari bersuara, dari menyatakan pandangan atau dari berani membantah. Negara bentuk ini di panggil negara zionis atau negara fascist. Cakap Melayunya - negara seperti ini adalah negara kuku besi macam negeri dibawah pemerintahan Raja Bersiong.

Negara-negara zionis dan zalim ini wujud. Pemerintah didalam negara zalim ini tidak mahu rakyat bersuara , tidak mahu rakyat membantah dan tidak mahu rakyat menjadi bijak. Pemimpin dalam negara-negara yang menghalang hak asasi ini tidak mahu warga negara itu jadi cerdik dan mengetahui hak-hak mereka.

Jika warga terus bodoh maka elit politik dalam negara zalim ini dapat melakukan pelbagai betuk kejahatan. Elit politik akan merompak harta kekayaan negara. Elit politik akan menjual khazanah negara untuk keuntungan diri. Elit politik di negara zalim hanya akan memperkayakan anak bini dan kawan-kawan mereka sahaja. Peluang untuk hidup selesa kepada warga lain akan dinafikan. Elit politik di negara zalim boleh menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara. Malah elit politik ini boleh membunuh rakyat tanpa dakwa dakwi.

Justeru, jika kita telah memahami semua ini maka tidak timbul tohmahan terhadap tunjuk perasaan yang berlaku Sabtu 7hb March lalu. Warga berkumpul dan membantah kerana warga tidak bersetuju pengunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran Maths dan Sains . Khalas.

Dasar pengunaan Bahasa Inggeris ini telah dibuat oleh Mahathir Muhamad beberapa hari sebelum dia gulung tikar dari Puterajaya. Tidak ada perbincangan. Tidak ada kajian. Dan tidak ada apa-apa persediaan untuk melaksanakan dasar ini. Mahathir Muhamad membuat keputusan seorang diri. Ini hakikat.

Enam tahun kemudian hasilnya dilihat. Ibu bapa dan guru-guru mendapati bahawa dasar Mahathir Muhamad ini salah dan perlu di hapuskan. Ibu bapa dan guru-guru melihat anak-anak sekolah semakin terkapai-kapai untuk memahami satu bahasa baru. Anak anak juga merosot dalam pembelajaran maths dan sains.

Waspada! Jangan pusingkan dan menuduh para penunjukan perasaan itu yang turun ke jalan sebagai kumpulan yang tidak suka belajar Bahasa Ingeris. Ini tidak betul. Tidak ada sesaiapa pun menentang pembelajaran Bahasa Inggeris.

Apa yang hendak ditempikkan oleh para demonstran melalui tunjukan perasaan itu ialah : Untuk mempelajari Bahasa Inggeris atau apa sahaja bahasa dalam dunia ini bukan melalui pembelajaran Maths dan Sains. Memperlajari bahasa ialah melalui sastera bahasa tersebut. Bahasa hanya dapat dihayati melalui sastera. Ini hakikat. Kenapa menteri yang bertanggung jawab ini masih pekak badak dalam hal ini.

Ahkir-akhir ini telah bocor berita yang melaporkan bahawa dasar yang dibuat seorang diri oleh Mahathir Muhamad ini sebenarnya bersangkut paut dengan peluang perniagaan dan kontrek. Beberapa bilion ringgit telah diagih-agihkan kepada penerbit buku, kepada pembekal komputer dan pembekal alatan sekolah. Maka inilah yang dipertahankan oleh menteri pelajaran. Menteri pelajaran mempertahan semua ini kerana menteri sendiri memiliki kepentingan diri. Malangnya cintakan bahasa ibunda tidak termasuk dalam kontrek ini!!!

Pembela Melayu berkata...

hahahahaha cik anon....apasal la lu org ni tak berani nak taruk blog ker nick ker

Panglima Perang Cyber berkata...

Sekali lagi komen komen sangat jelas tidak bernama atas status Anon adalah komen yang begitu hebat luaran tetapi 'tiada telur' dalamnya..

Kenapa mereka sangat risau nak tulis atas nama blog atau nama pena atau apa apa yang boleh memberikan pedoman siapa diri mereka ?

Mungkin ia demi mengelakkan riak atau mengelakkan kecaman sebenarnya?

Allahu A'la Wa A'lam.....

Cuma yang jelas tuduhan demi tuduhan tidak dapat dibuktikan hingga kini dan mereka terus menuduh tanpa ada bukti...

Tanpa Nama berkata...

ni jenis surat layang moden pada hemat tokwan..uhuk uhukk

kalau tak berani tak payahlah sibuk sibuk komen.

tokwan pun walau dah tua tetap taruk nama..

berani kerana benar. takut jika buat salah.

TULIS ONLINE berkata...

Salam Blogger,

Tuan, secara realitinya dan jujurnya saya memang sependapat dengan Tuan dalam hal PPSMI ini.

Kita boleh untuk tidak bersetuju dalam mana-mana program kerajaan yang dilihat tidak memberi manfaat maksimum kepada rakyat, namun cara kita menunjukkan ketidaksetujuan itulah yang akan menunjukkan kembali kepada umum tahap keintelektualan kita.

Saya banyak yang tidak bersetuju dengan kerajaan termasuk dalam kes PPSMI ini, namun bukan cara kita untuk turun berdemonstrasi begitu.

Gunakan kemahiran kita untuk menyatakan pendirian kita, bukan gunakan emosi dan kononnya semangat kita untuk menyatakan pendirian kita kepada khalayak.

Di peringkat mahasiswa sendiri, saya mengutuk keras penyertaan mereka dalam demonstrasi ini kerana bagi saya ia hanya diperalatkan oleh pihak2 tertentu yang tidak perlu saya sebutkan disini.

Diharapkan masyarakat kita lebih relax dalam menyatakan bangkangan mereka dalam apa jua isu dan perkara.



Ikhlas,


SARFAMS.BLOGSPOT
Bangi, Selangor

Amz CamPro berkata...

salam semua

aku bersetuju dengan komen korang semua.kita harus bersifat matang dalam hal begini.demonstrasi jalanan smemangnya tidak sepatutnya berlaku.

isu ppsmi in sebenarnya baik utk kita semua cuma perlua ada penambahbaikan yang lebih jitu. kelonggaran dlm pengajaran dan pembelajaran perlu ada dismping menggunakan bahasa inggeris.

apa salahnya kita mnggunakan buk bhasa inggeris yg lebih memudahkan dan pengajaran dismpaikan dlm dwi bahasa atau bahasa melayu shaja?

ataupun,hadkan kepda menengah tiggi shaja untuk mendptkan hasil lbh menarik krn mereka akan melalui juga era pembelajaran bahasa inggeris di menara gading!

sekian
amzcampro.blogspot.com

HousePK berkata...

Kita bubar UMNO kemudian sertai PAS. Baru bangsa melayu Islam akan kuat. UMNO dah tak releven, sebab berbagai2 jenis didalamnya. kaki rasuah, kaki tipu dan bermacam2 lagi kemungkaran yang mereka pikul. Dah macam tong najis.

Tanpa Nama berkata...

Baik UMNO/PAS/PKR/DAP masing2 punya matlamat parti masing2. Bukannya mudah mendidik ahli dalam keluarga, apatah lagi bukan mudah mendidik ahli parti, apatah lagi masyarakat dalam jumlah semakin besar.

Siapa kata PAS bersih, dalam PAS juga penuh penipuan yang disembunyikan, rasuah yang ditutup, kemungkaran yg tidak didedahkan,mereka berckp pasal dosa dan pahala, tapi diri buat dosa ; fitnah, hasut, bercakap bohong, ini kerja PAS ne...

Tak percaya ikutilah usrah dia..katanya jangan kamu kahwin dgn si polan, jangan kamu dengar , Tahap PAS sekarang dah tak ada integriti..kalau DAP panggil makan Mee walau campur barang haram , dia tanya dulu halakah ne...DAP kata halal...walaupun ada barang haram dalamnya...dek percaya dan setiakawan konon ..PAS makan je...

Tak percaya...seluduplah dalam PAS, tengoklah kemungkaran yang disembunyikan...

Anon 00 berkata...

Rupa-rupanya hebat bercakap buat anon di atas 'dicuri' dari laman blog si faizal tehrani... patutlah ayat-ayatnya seperti biasa dibaca...

Inilah rupanya orang yang ingin memperkatakan tentang kedaulatan Bahasa Melayu. Matlamat menghalalkan sebarang cara, ya?

Anda seharusnya meletakkan kredit buat Faizal Tehrani di mana anda telah menggunakan hasil penulisannya sebagai bahan entri anda bagi menegakkan hujah atau pandangan anda.

Kasihan....

Cari Blog Ini

Translate