Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Mac 2009

Edisi Petang : Pertemuan Pak Lah - Anwar dan Pendapat 2sen Panglima -Malaysiakini

Bawah ini adalah komen saya paste di blog blog team BPN tentang pandangan 2sen saya tentang pertemuan Anwar dan Pak La semalam beberapa jam sebelum pembentangan bajet mini oleh Menteri Kewangan DS Najib Tun Razak.

Ia dikira bersejarah menurut MSO ( M.Sayuti Omar) dan bagi sesetengah pihak pertemuan tersebut boleh jadi dikira pertemuan berdarah kerana ia tentu melukakan hati penyokong yang pro DS Najib yang sudah pun diasak dengan rumours ( khabar angin ) bahawa Najib tidak akan menjadi PM selepas tarikh Pak Lah dijangka meletak jawatan akhir Mac ini.

Apatah lagi pemimpin pembangkang turut meminta Pak Lah jangan turun kerana dilihat dan memperlihatkan mereka tidak sukakan DS Najib. Walhal mereka juga yang membuat Hadarah Islamiyyah sebagai menyindir Islam hadhari Pak Lah. Begitu juga merekalah yang mengutuk di sana sini tentang kelemahan Pak Lah hingga turut terjangkit sesetengah rakyat yang lain..

Peristiwa semalam mungkin cukup menggusarkan hati hati para penyokong Ds Najib yang sudah tidak sabar menanti dan sedang berkira kirakan hari dan detik untuk melihat dengan rasminya Bos mereka menaiki takhta Perdana Menteri. Mereka jika tidak berfikir panjang tentu semakin yakin ada helah dari Pak Lah untuk kekalkan diri sebagai PM dengan melihat gambar tersebut yang menjadi bukti hubungan intim dan sulit Pak Lah - Anwar pada persepsi mereka.

Sedangkan gambar tersebut tidak menunjukkan keceriaan Pak Lah kecuali keseriusan wajah beliau dalam pertemuan tersebut. 

[anwar+pak+lah+hulu+langat+3.jpg]

Sepatutnya Pak Lah lebih ceria jika Pak Lah berhajat kepada Anwar. Namun yang nampak jelas ialah Anwar sangat sukacita dan ceria dengan majlis tersebut seperti gambar di bawah.

[Anwar+Pak+Lah+Hulu+Langat.jpg]

Cuma bagi saya ia bukan soal kebetulan atau soal dijemput. Sebab saya pernah mendengar sendiri dari mulut Pak Lah ketika menghadiri majlis Syeikh Afifuddin Al Qadiri keturunan Syeikh Abd Qadir AlJilani sempena Haul dan Maulid Nabi di Putrajaya tahun lepas. Dalam ucapannya beliau menyebut bahawa kedatangan beliau tidak dijemput. Turut hadir sama ialah menantu beliau iaitu Khairy Jamaludin. Ia menandakan ( bagi saya ) minat mendalam Pak Lah sendiri untuk hadir samada dijemput atau tidak pada Majlis Majlis dianjur oleh Ulama Ahlu Bait ( keturunan Nabi lagi mewarisi ilmu baginda)

Ia juga bukan soal sesat atau betul ajaran Tok Ayah ( Syeikh Mahmud Al Kedahi ) tersebut walaupun saya juga sempat meneliti sedikit sedutan ajaran beliau Syeikh Mahmud Al Majzub di blog anak muridnya di sini


YANG LAIN APA KOMEN ANDA????



Apa agenda mereka ye ? dijemput bermaulid ke atau ? yang jelas untung Anwar jika gambar ni disebarkan. untuk menakutkan Najib agar tidak lagi percaya pelan peralihan kuasa. sedangkan Pak Lah berulang kali kata Najib bakal PM menggantikannya. Ia juga mungkin untuk menutup kes Liwat Anwar yang baru dipindah ke Mahkamah Tinggi. Taktik memang berkesan dan berjaya setakat ini. Kena ingat gambar ini dirakam oleh Sayuti Omar, seorang penulis pro Anwar yang sangat jelas. Itu pendapat 2sen saya...

16 ulasan:

Lord Garam berkata...

Pulak dah ayahanda sorang nie.. lagi mau berenti lagi dia mau bikin kontroversi..Tapi apa yang aku nampak ini mungkin mengetarkan penyokong2 DS Najib menjelang 24 Mac 09.Saat ini sangat mengentingkan jiwa.

PARPUKARI berkata...

ADUH TUAN PANGLIMA, APA SUDAH JADI NI TUAN, KATA ORANG LEMBU PEGANG PADA TALI MASUIA PEGANG PADA JANJI...SEKARANG NI BOLEH CAYA KE LAGI??

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

jangan lihat sebelah mata..PAS pun ada jumpa dengan Pak Lah...lagipun janji Anwar pada pak lah ialah masuk UMNO bila dibebaskan..

susah anwar nak jadi PM sebab dia kena masuk UMNO dan tak kan UMNO nak terus lantik dia jadi PM....


FIKIRLAH

Tanpa Nama berkata...

Mengapa bila Pak Lah dan Anwar makan semeja heboh se Malaysia? Pelik sungguh politik Malaysia, ni kan?

Aku orang Umno bila kenduri kami panggil orang PKR & Pas, tak ada apa pun, tak kiamat pun kampung aku, tapi mengapa bila Pak Lah dan Anwar makan sekali macam nak kiamat Malaysia?

Begitulah politik Malaysia. Kalau dah berlainan parti, tak boleh jumpa, tak boleh makan sekali, tak boleh ziarah mayat bersama. Gila betul politik Malaysia, bawa politik hingga ke meja makan, hingga ke liang lahad!

Dulu pun begitu juga apabila Anwar mengunjungi rumah terbuka Pak Lah di Kepala Batas. Macam-macam spekulasi yang ada.

Sampai bila fikiran kita rakyat Malaysia perlu sesempit liang ruma? Semua benda baik difikirkan buruk, gila betul!

Yang herannya aku ialah pengendali blog ni, tak kira sama ada orang kita Umno atau orang sebelah sana turut terikut politik sempit, sesempit liang ruma itu. Kita pun turut buat spekulasi, sedangkan kita mengaku kita orang bijak pandai.

Patutnya kita puji dua negarawan itu yang tidak membawa politik hingga ke pinggan nasi. Itulah yang kami orang kampung lakukan, bila kenduri kendara kami tolong menolong tanpa kira parti, tidak seperti pengendali blog ini yang cuma suka bergaduh dan memecah belahkan pembaca.

Tanpa Nama berkata...

setahu aku..
paklah ni amat rapat dgn perjalanan tarekat,yg kuat dipegang oleh arwah datuk nya yg mengikuti jalan tarikat naqsyahbandy al kholidi ,

kalau kedatangan paklah ke majlis tu aku tak terkejut sangat.

kalau nak di kira berapa kali anwar jumpa paklah selepas keluar penjara dah byk kali.

contoh nya ketika paklah balik ke penang , anwar naik pesawat peribadi PM bersama paklah,turun di TUDM,teluk air tawar sebelum PRU12,

then sebelum tu anwar di sediakan pajero, milik kerajaan negeri(pada masa tu BN perintah penang)

tu belum di kira lagi pertemuan anwar dengan tun mahathir bersama owner YTL di cafe hotel equeterial,bukit jambul sebelum PRU12.

cerita ni bukan sengaja di ada ada kan,saksi ada bang..

Tanpa Nama berkata...

tu la kerja org politik,di pentas politik mereka ni berbeza,kat luar dorang ni berkawan jugak..

Panglima Perang Cyber berkata...

YE BENAR... POLITIK JANGAN MENJARAKKAN HUBUNGAN ANTARA KITA.

IA PATUT MERAPATKAN LAGI DAN MENJADI WADAH MEMBELA BANGSA AGAMA DAN NEGARA.

BUKAN MEMBOROIKAN PERUT ATAU MENAMBAH BINI ATAU HARTA DI KALANGAN AHLINYA.

Tanpa Nama berkata...

Sapa yg pernah pi Parlimen tentu terhibur tengok gelagat orang politik berpolitik. Ya lah, dalam Dewan bum bam, bum bam tepuk meja bergaduh; tapi di luar Dewan dan dalam kantin depa boleh makan semeja, siap melawak dan bertepuk belakang lagi.

Tapi bila fikir mendalam memang patut gitulah, kan depa tu ahli politik profesional, depa dapat bezakan antara politik dan persahabatan.

Yang suka gaduh nie orang jenis macam kita nie (termasuk blogger BPN) yg fanatik dgn parti politiknya.

Tanpa Nama berkata...

Salam Panglima,
saya setuju akhirnya Anwar yang untung. Dia akan memanipulasi apa sahaja walaupun sekeping gambar.

Harap kita semua bersangka baik.
Tapi inikan majlis agama, kenapa kepimpinan PAS tak ada ya ?
Mungkin tak dijemput.

PARPUKARI berkata...

AKU DENGAR CERITA ANWAR SUDAH PAKAT SAMA ITU MURAHGURU, KASI MANDRAM ITU MAKANAN LA, INGAT JANGAN SESEKALI LUPA SIAPA TU ANWAR, DEMI KUASA APA SAJA DIA SANGGUP LAKUKAN TAU...

Kembara Hati Sang Jejaka berkata...

Sheikh ini ialah tok ayah Pekida. Both Anwar and Pak Lah adalah ahli Pekida.

MyIdea berkata...

Anon..

Jangan samakan pemimpin dengan orang kampung..

Pemimpin atau orang besar, ajak main golf, satu pukulan lulus satu tender atau satu projek.

Orang kampung jumpa hanya tanya khabar, kerja kat mana.. bla2.

Pemimpin boleh mencorak ekonomi juga.. Si Bush jatuh kuda.. saham juga turut jatuh.

Pemimpin boleh mencorakkan negara.. kita rakyat boleh buat apa.. U sokong A..I sokong B..

oyabun berkata...

Salam Pang5..

Penjelasan Anwar tentang pertemuan di Hulu Langat!!!

Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.

Saya dijadual ke madrasah untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!

Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir.

Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.

ANWAR IBRAHIM

Boleh percaya ke cakap "Menteri Parlimen" ini? Bukankah ada udang disebalik batu..macam tak ada tempat lain ke nak bertemu? Mengapa hendak berjumpa ditempat yang sudah diwartakan sebagai " ajaran sesat " ...mengapa tak jumpa Ayah Pin sekali..wallahuallam..

Salam perjuangan

Panglima Perang Cyber berkata...

Macam macam komen dan saya cukup hargai pandangan anda semua.

Andaian demi andaian seharusnya tidak akan merosakkan rancangan peralihan kuasa dari pak lah kepada najib.

Kesetiaan najib bersama sama pak lah akan membawa balasan yang baik juga nanti.

Pasti Najib juga akan mendapat regu yang baik selepas ini Insya Allah.

Siapa ?

Allah lebih tahu dari kita...

AbgTuah berkata...

SEMEMANGNYA TELAH LAMA KAWAN DENGAR TENTANG BEBERAPA BERITA BERKAITAN BEBERAPA PEMIMPIN NEGARA JUGA PEMIMPIN PIHAK PEMBANGKANG BERKUNJUNG ZIARAH SEORANG ULAMA BESAR SUFI.

TAPI KAWAN SEMACAM PERCAYA DENGAN TIDAK...

KINI BARU NYATA SETELAH MELIHAT SENDIRI GAMBAR2 MEREKA...

JANGAN BERFIKIR NEGATIF TENTANG PERTEMBUNGAN KEDUA PEMIMPIN TERSEBUT KEMAJLIS SAMA..MUNGKIN SECARA TIDAK DI SENGAJAKAN KERANA MUNGKIN KEDUA PEMIMPIN TERSEBUT ADALAH ANAK MURID TUAN GURU SUFI YANG MUSHID TERSEBUT DAN MUNGKIN MEREKA SEKADAR RINDU KEPADA GURU MEREKA..

HMMM..TAK MUSTAHIL JUGA BEBERAPA PEMIMPIN PAS JUGA ANAK MURID KEPADA TUAN GURU SHEIKH MAHMUD TERSEBUT..

HMMM..DALAM DUNIA SEMUA BOLEH BERLAKU..KITA BERUSAHA ALLAH JUA YANG MENENTUKAN..

Tai berkata...

Tak payah risau. Segala perancangan di tangan tuhan.

Cari Blog Ini

Translate