Adakah kita mahu anak cucu kita tidak lagi segan silu minum arak ?
Ada satu pihak kata menolak tindakan Ronnie Liu yang menghalang arak dirampas oleh MBSA dan satu pihak lagi kata tak nak campur tangan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor bawah MB Khalid Ibrahim.
Yang paling jelas MB Khalid dah menolak cadangan agar arak dilarang dijual di kawasan majoriti umat Islam !! Satu lagi nampaknya badut DAP selepas badut DAP di Perak telah ditewaskan.
Hati saya sangat pedih dan marah dengan kenyataan sangat mengguris hati umat Islam ini. Bayangkan jika di kawasan rumah kita dibenar jualan arak sedangkan umat Islam yang tidak meminumnya adalah penduduk majoriti kawasan tersebut.
Bayangkan anak kita terpengaruh dengan kawan-kawan dan tidak dilarang membelinya kerana tidak ada akta melarang membeli arak ( sedangkan rokok pula ada akta ) maka bagaimana akan kita kawal dan bendung gejala negatif dari merebak dalam keluarga kita ?
Jika perkara sebegini masih lagi kita diamkan maka adakah kita mahu menunggu sehingga generasi masa depan kita hancur baru kita nak pulihkan kembali harga diri mereka sebagai hamba Allah dan warga Malaysia ?
Lihat kenyataan Khalid yang jelas menolak larangan menjual arak di kawasan majoriti muslim di sini
http://www.utusan.com.my
Lihat juga kenyataan Mustafa Ali bahawa PAS ( klik sini
http://www.harakahdaily.net ) bahawa PAS tidak akan campur tangan dengan tindakan tersebut apatah lagi mencampuri pentadbiran Khalid walhal jelas ia bertentangan dengan dasar Islam dan dibuat tanpa mengira sentimen kita orang Melayu Islam !
Jadi, kita sebagai rakyat perlu sedar situasi yang menunjukkan bagaimana dasar kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak mengira kehendak agama atau kehendak kita orang Melayu. Mereka lebih takutkan bangsa lain akan lari dari memberi sokongan kepada mereka dan ia sangat menyedihkan kerana orang Melayu juga yang menjadi boneka / badut kepada bangsa tersebut.
Nampaknya nasih umat Islam semakin gelap dari semasa ke semasa dan jangan salahkan sesiapa kerana orang beragama Islam dan berbangsa Melayu juga yang memilih golongan ini semasa Pilihanraya Umum yang lalu.
Bagi saya satu undi pun kita tidak patut berikan kepada mana mana sahaja dari Pakatan Rosak yang hampir saja saya mahu tulis sebagai pakatan bodoh lagi bangang.... Bangunlah penyokong Pakatan Rosak dan bangkitlah menolak pemimpin yang anda tersalah pilih dan jatuhkan mereka pada pilihanraya akan datang.
Tunjukkan protes anda pada PRK Permatang Pasir tidak lama lagi sebagai satu amaran tahap tertinggi anda sebagai rakyat yang berhak mengundi sesiapa sahaja anda mahu !
Jika anda boleh lakukan kepada Barisan Nasional / Umno maka anda boleh lakukan kembali taktik yang sama kepada Pakatan Rosak ini... Nyahkan mereka dari persada politik dan hinakan mereka dengan undi anda yang sangat berharga itu.
Jika saya mampu, hari ini juga saya akan turunkan semua Adun yang rosak tersebut dari terus menjadi wakil rakyat. Namun apakan daya silap undi parahnya ditanggung selama lamanya. Selagi tiada PRU yang baru diumumkan.
Menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian tiada gunanya !!!
Tambahan :
Penyusun Ensiklopedia Islam, Profesor Muhammad Farid Wejdi menjelaskan: “Tidak pernah manusia menerima pukulan paling hebat seperti pukulan arak. Orang terkorban juga ramai disebabkan oleh arak. Jika dibanci orang sakit dalam hospital di seluruh dunia, nescaya yang paling ramai ialah penghidap penyakit gila dan penyakit urat saraf yang disebabkan arak. Orang yang menderita kesakitan urat saraf, kesakitan pundi makanan, kesakitan tali perut adalah disebabkan arak.”
Bagi memastikan umat Islam dikawal dan dijauhi daripada arak, pihak berkuasa perlu memastikan pemberian lesen penjualan arak terkawal dan tidak membabitkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung.
Orang Islam sama sekali perlu dilarang bekerja di mana-mana kedai yang ada menjual arak. Menurut syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 36 Akta Eksais 1976 (Akta 176), setiap pemegang lesen rumah awam, lesen rumah bir, lesen kedai runcit, atau lesen peniaga borong hendaklah tidak membenarkan pelanggannya meminum arak di kedainya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rasulullah SAW melaknat mengenai arak, 10 golongan: yang memerahnya, minta diperahkannya, meminumnya, membawanya, minta dihantarnya, menuangkannya, menjualnya, makan harganya, membelinya, minta dibelikannya.” (Hadis riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah)
6 ulasan:
BILA UMNO BERLAKON
Bila heboh berita kenyataan Hassan Ali terhadap ROnie Liu berkenaan isu arak, tiba tiba Umno dan pemudanya cuba menjadi hero dan cuba menjuarai isu arak, mahu berdemontrasi membantah perlantikan Liu bersama pemuda PAS, seolah olah mereka bersih dari dosa Arak pada zaman pemerintahan mereka sebelum ini, mereka lupa! Selangorlah satu satunya Negeri Umno di Malaysia telah memecat muftinya kerana menguatkuasakan undang undang larangan pertandingan ratu cantik dan arak kepada orang Islam.
bila tersebar berita 3 wanita Melayu digari keluar kerana menyertai pertandingan ratu cantik, Umno pada ketika itu dari pemuda, MB , Menteri hinggalah Perdana Menteri Malaysia mengutuk tindakan penguatkuasa Jais, dan yang amat malang yang dihentam teruk oleh pemimpin Umno pada ketika itu ialah Mufti Selangor yang kita sayangi dan sanjungi kerana Ilmunya Almarhum TG Ishak Baharum. tidak cukup TG Ishak Baharum di hentam di media dan di dada dada Akhbar, TG Ishak Baharum di pecat Kerajaan Umno pada tahun 1997.
Ingat !! yang memecat ini bukan DAP, Bukan MCA , Bukan MIC tetapi MB Islam dari UMNO.
kita Imbas sekali berita tersebut melalui rekod wikipedia :
Pada 1997 berikutan penegasannya bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram, Allayarham telah 'dipecat' daripada jawatan mufti kerana perkara tersebut menjadi isu politik. Kerajaan negeri Selangor menggunakan istilah 'tidak memperbaharui kontrak' beliau yang akan tamat pada Oktober 1997. Ketika itu umur beliau 70 tahun.
Tindakan tegas beliau ini disifatkan sebagai suara berani seorang mufti di Malaysia. Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menyifatkan beliau sukar dicari ganti.
Sungguhpun Allahyarham tidak lagi menjalankan tugasnya sebagai mufti, perjuangannya dalam menyampaikan syiar Islam tetap diteruskan sebagai penceramah dan pendakwah bebas.
Pertandingan ratu cantik
Perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan memang dilarang dalam agama Islam. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam negeri Selangor mengenai fakwa tentang penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik sebenar telah dua tahun diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Jil. 48 No. 10 bertarikh 11 Mei 1995 ["Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik" - Fatwa itu dibuat pada 28 April 1995 (JAI. Sel. 8014/7 Jilid III; P.U. Sel. 2780)]. [1] Media menyiarkan bantahan orang ramai terhadap tindakan menggari tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik itu, Pertandingan itu telah diadakan pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya dan pengumuman larangan orang Islam menyertai sukan bina badan oleh Mufti Sarawak. Ahmad Lutfi Othman telah mengupas isu ini dalam buku bertajuk "Mufti lawan Mahathir". [2]
Walaupun Khalid adalah menteri besar Selangor tetapi beliau sama juga seperti Nizar , Boneka yang telah di tarik hidungnya. Mana janji -janji PAS sebelum memerentah. Jika kita menang hari ini , sebelum matahari terbit kita akan tutup kilang arak. Sekarang ini bukan kilang arak saja yang ada di Selangor. Selangor kini bagi tempat sarang maksiat. Di Pucung kini bagaikan Syurga dunia, Pucung sudah menjadi Thailand Malaysia. Bukan arak saja, Pelacuran kian membiak.
UMNO baru sekarang nak bercakap pasal arak? Selama 50 tahun UMNO memerintah, apa UMNO buat?
Sudah..UMNO jangan bising2, bagi peluang PR buat pembaharuan. Kerosakan yang UMNO lakukan selama 50 tahun bukan dalam masa setahun boleh dipulihkan.
Pas SUDAH DIHINA ALLAH ! setiap patah perkataan yang tidak ikhlas telah dipulangkan kembali kepada mereka sendiri.
Mereka sangat tidak pernah memuji kebaikan pemimpin UMNO dan sangat cpat mengkeji kesalahan yang ada.
Jika mereka benar2 ikhlas tentu kebaikan dan juga keburukan akan diperkatakan tanpa ada bedanya.
jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah tentu makin jahanamlah negara kita.
lihat sahaja bagaimana dengan 5 negeri mereka kuasai sebelum ini ( sekarang baki 4 ) berbagai perkara telah berlaku,
Allah mahu sedarkan kita bagaimana jika geng ekstrim dan chauvanisme ni memegang kuasa tentu kita akan merana.
Moga Allah memelihara negara kita.
Salam brader kembara putih...
Pembaharuan hapa benda kalau benda haram dihalalkan? Selama ni penguatkuasaan takde apa2 pun halangan, rampasan arak yang dijual secara haram tidak diganggu sesiapa. Ni bila Pakatan Robek memerintah, dia halang. Ronnie Liu (malah) mengatakan bahawa arak itu bukan minuman memabukkan! Ini menghina dan mengguris umat islam yaitu majoriti rakyat di Selangor.
Kononnya PR akan mementingkan 'Kebajikan rakyat', 'Power of the people' dsb (populist), tetapi dalam berita hari ini Khalid yaitu MB selangor MENYALAHKAN pula rakyat (juga majoriti) yang mengadu tentang penjualan arak ini. Tidakkah beliau lupa bahawa majoriti itulah yang menaikkan beliau ke tahapnya sekarang?
Mana dia 'Keadilan' dalam 'Parti keadilan rakyat'? Siapa Ronnie nak menyibuk dalam hal berkaitan kebajikan dan hak umat islam? Apa hak DAP menuduh bahawa penegakan syariah itu EXTREMIST?
Janganlah saudara juga menjadi pak turut dan bacul seperti pemimpin atasan parti saudara yang berdiam diri dan menyorok di dalam lobang apabila perkara ini berlaku (Macam Y.S). Sekurang2nya Hassan Ali masih ada kejantanan kerana berani membidas 'Ronnie the Don'.
Mungkin saudara perlu datang sendiri ke Shah Alam. Tengok sendiri.
Catat Ulasan