RODZIAH ISMAIL ( gambar dari blog Keadilan Shah Alam )
Menarik pendedahan sahabat kita medan-info tentang kemungkinan besar akan diadakan satu pilihanraya kecil di DUN Batu 3 Shah Alam. Ini ekoran siasatan yang telah dibuat oleh SPRM terhadap YB Rodziah dari PKR yang didakwa bertanggungjawab terhadap kehilangan RM375,000 wang peruntukan DUN Sementa. Bukti bukti turut disiar di blog Darul Ehsan di sini
Akhirnya pada 5 Ogos 2009 pejabat YB Rodziah yang juga merupakan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail telah diserbu seperti laporan Utusan Malaysia di sini http://www.utusan.com.my
Ia susulan laporan oleh GERAK ( Gerakan Rakyat Anti Korupsi ) yang telah menyerahkan bukti bukti kepada SPRM baru baru ini...
Latar belakang beliau sila lihat di sini http://keadilansalam.wordpress.com
Apakah akan ada lagi tangkapan dan pengosongan DUN di Selangor selepas ini ? Wallahu A'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan