Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Ogos 2009

Edisi Khas : Rahsia kerajaan Pakatan Rosak di Selangor sudah terbongkar !

aik.JPG (300×300)


Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi hadir ke blog saya ini. Meskipun saya agak 'liat' mengemaskini kerana kesibukan kerja sekarang ini namun percayalah hati saya tetap gelisah untuk segera menambah artikel terbaru saya di sini. Mana mungkin saya akan biarkan anda datang dan hampa kerana tidak dapat sesuatu yang baru untuk dibaca di sini.

Semuanya hasil kesedaran bahawa negara ini akan dirosakkan oleh segelintir kafir harbi dan munafiq aka alkazzab yang sanggup menjadi pengkhianat kepada agama bangsa dan negaranya. Tahniah atas keberanian Tan Sri Muhyidin Yasin atas kritikan pedas yang diutarakan terhadap Anwar Ibrahim yang jelas telah mengancam kestabilan negara dengan agenda politik beliau yang tidak pernah puas selagi dendam kesumatnya terhadap UMNO tidak dilunas.

Untuk edisi kali ini saya ingin berkongsi beberapa info yang telah disampaikan kepada saya. Percayalah ini antara perkara yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rosak di Selangor selepas mendapat mandat untuk mentadbir negeri yang terkaya di negara kita tersebut. Rakyat perlu mengetahui kisah ini agar mereka tidak mudah keliru dengan retorik kosong mereka yang manis di lidah sahaja. Maklumat ini diberi oleh seseorang yang saya percaya dan kenal rapat dengannya.

RonnieLiuTianChuaandKhalidIbrahim.jpg (400×300)
Menurut info yang disampaikan, pada bulan Jun lalu Menteri Besar Selangor telah menyampaikan cek berjumlah RM 2 juta kepada 4 buah sekolah Menengah Cina ( Persendirian ) yang berada di Klang. Sebelum itu sebanyak RM 4 juta telah diberi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Ia jelas hasil desakan DAP ( jika tidak siapa lagi ? ) yang memang ingin kekayaan negeri diagihkan kepada golongan bangsa mereka sahaja walau menimbulkan perasaan tidak puas hati bangsa atau agama lain. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa pembahagian 4 juta setiap kaum ( peruntukan semua berjumlah RM 12 juta ) adalah tidak berasaskan kepada konsep adil sebenar di dalam Islam. Itu tidak dikira lagi cadangan untuk memberi zakat kepada orang tidak memeluk Islam di Selangor.

Sepatutnya MB memberi peruntukan berdasarkan kepada jumlah sekolah yang ada di Selangor. Di mana mengikut maklumat yang saya terima sekolah agama rakyat samada SRA / SAR / KAFA berjumlah 70 peratus dari jumlah sekolah yang wujud di sana dan sek kebangsaan atau menengah jenis Cina hanya 15 persen dan India 13 peratus sahaja. Maknanya dari RM 12 juta sepatutnya 70% dari peruntukan Kerajaan Negeri Selangor ( lebih kurang 8.4 juta ) patut diagihkan kepada sekolah agama dan selebihnya barulah diberi kepada sekolah Cina dan India.

mb011.JPG (336×379)
Adakah MB Selangor ini boleh diharap untuk menjaga hak hak kita ???


Namun perlaksanaan MB Badut tersebut tidak ubah menafikan hak kita dan anak anak kita sehingga peruntukan yang sepatutnya RM 8 juta telah berkurangan menjadi RM 4 juta untuk diagihkan kepada hampir lima ratus sekolah agama di Selangor. RM 4 juta yang lain diberi kepada yang tidak berhak memperolehinya. Sedangkan sekolah Cina yang sudah kukuh kewangan mereka diberikan lebih dari sepatutnya mereka terima atas dasar konsep KESAMARATAAN yang turut disokong oleh sesetengah umat Islam yang tidak faham apa erti adil yang diajar Tuhan.

Malang sekali perkara ini telah pun berlaku dan tentu tidak ada seorang pun pengundi Pakatan Rosak yang mampu buat apa apa lagi sekarang. Jika mereka membaca fakta ini pun mereka tidak dapat lagi merubah kerajaan Selangor yang penuh korupsi tersebut, walau air mata darah mengalir sekalipun. Mereka tidak wajar salahkan sesiapa sekarang kecuali diri sendiri yang begitu mudah terpedaya dengan ahli politik Pakatan Rosak yang banyak berjanji tetapi gagal tunaikan hingga hari ini.

Ada banyak lagi perkara yang saya terima tentang kebobrokan kerajaan Selangor bawah MB Badut yang agak GAGAP ini. Namun saya akan siarkan satu persatu untuk membuktikan bahawa mereka telah gagal dalam mengira perasaan kita sebagai umat Islam dan sayang kita kepada sekolah agama yang menjadi sekolah anak cucu kita semua...Malang sekali lagi kita semua tak dapat buat apa apa untuk menghalang mereka, kecuali sekadar menulis melepaskan kemarahan yang terbuku di dada.

Harapan saya tolong sebar dan fahamkan rakan-rakan kita bahaya yang menanti jika kuasa lebih besar diperolehi oleh mereka yang korup ini. Lihat sahaja kes kematian Teoh Beng Hock turut dipolitikkan dan tentu sahaja tuduhan liar mereka tetap dituju kepada kerajaan / agensi kerajaan walau ia tidak berasas sedikitpun. Ia hanya cubaan mereka untuk menutup tanggapan negatif rakyat terhadap puak puak mereka.




Tunggu akan ada lagi pendedahan sebegini dan pastinya tentang kerajaan Selangor yang telah menjadi perhatian ramai kerana tingkah laku adunnya yang memang melampau !!!


Pastikan Selangor akan kembali kepada ahli politik yang berupaya menjaga hak hak kita pada PRU akan datang tidak lama lagi !!!!!!!!!!!

3 ulasan:

Anak Desa berkata...

Teruskan perjuangan... kita akan pastikan PR akan berkubur di Selangor...

YANG GAMBI berkata...

Salam,

PKR bukan tempat orang Melayu menaruh harapan, PAS juga petualang yang melacurkan agama Islam untuk mendapatkan kuasa.

Orang Melayu perlu sedar sesedarnya, keluarkan diri dari dakyah songsang mereka untuk anak cucu kita.....

Panglima Perang Cyber berkata...

Pemimpin yang berkualiti perlu bersedia dari sekarang untuk merampas kembali selangor dari Pakatan Rosak !

Cari Blog Ini

Translate