Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 November 2009

Edisi Ahad : Hj Hadi umum akan terus setia bersama Anwar, Lim Kit Siang dalam Pakatan !

Pas akan terus bersama Pakatan - Hadi

07/11/2009 1:58pm

KUALA LUMPUR 7 Nov — PAS akan terus bersama-sama dalam parti pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki, demikian menurut Presidennya Datuk Abdul Hadi Awang hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi memperkukuhkan penyertaannya dalam gabungan parti berkenaan.

"Dalam membicarakan hubungan PAS dengan parti-parti dalam pakatan ini, ingin saya pertegaskan untuk kesekian kalinya, bahawa kita akan terus bersama dalam Pakatan untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki.

"Kita akan memainkan peranan yang lebih aktif, sebagaimana yang telah sama-sama kita bahaskan dalam dua muktamar PAS yang lalu,” katanya dalam ucaptama pada seminar politik PAS yang bertujuan memperkasakan parti itu di markas parti itu di Taman Melewar di sini.

Turut hadir Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara dua hari lepas.

Bagaimanapun, beliau yang kelihatan lemah meninggalkan seminar sebaik sahaja ucaptama presiden berakhir.

Abdul Hadi berkata hubungan yang dibina bersama parti-parti dalam pakatan adalah bertitik tolak daripada asas persamaan untuk memerangi ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang berlaku di negara ini.

"Semua ini berlaku tanpa kita mengorbankan dasar dan matlamat PAS yang sama-sama kita pegang iaitu PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah organisasi siasah, dakwah dan tarbiyah,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, kerjasama politik itu telah berjaya “merombak kesombongan” yang wujud dalam Barisan Nasional sehingga menyebabkan parti itu sehingga kini terus berdepan dengan keretakan.

Abdul Hadi berkata bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, PAS perlu membina dan memperkukuhkan lagi kekuatannya di kalangan pengundi Islam dan pada masa yang sama, mampu meraih undi golongan bukan Islam sebanyak mungkin.

"Inilah realiti politik dalam negara bermasyarakat majmuk, dan inilah juga pendekatan politik Islam dengan syarat memelihara batas-batas muhallaf siasi (kerjasama politik) yang diizinkan oleh akidah, syariah dan akhlak dengan menjaga sempadan yang memelihara walak (setia) kepada perjuangan Islam,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata PAS perlu mengamalkan keterbukaan dalam mengadakan hubungan dengan semua pihak bagi membawa penyertaan yang memberi kemenangan kepada Islam, mengikut konsep dakwah dan siasah syariah.

— BERNAMA



Komen :


1. PAS akan menerima PKR dan DAP semalam, hari ini dan akan datang demi untuk menjatuhkan Barisan Nasional.


2. PAS mahu dilihat menjadi badan dakwah dan parti politik bercorak politik Islam walaupun sedar teman rapat dalam PR adalah diragui penerimaan mereka terhadap agama kita.


3. PAS juga akan bersama PKR dan DAP dalam mencegah kemungkaran dan membasmi kebatilan seperti kenyataan di bawah :

Abdul Hadi berkata hubungan yang dibina bersama parti-parti dalam pakatan adalah bertitik tolak daripada asas persamaan untuk memerangi ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang berlaku di negara ini.



Soalan saya satu je :

adakah asas persamaan untuk memerangi ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang berlaku di negara ini tidak akan dapat dibuat dalam sebuah pakatan bernama Barisan Nasional ?


Apa kata anda jika anda adalah penyokong Hj Hadi dan Nik Aziz ! Silakan di ruang komen bawah.



6 ulasan:

TokAyah berkata...

PAS ini perasan..... kita tunggu dan lihat sampai bila PAS boleh bertahan dengan prinsip perjuangannya bersama PKR dan DAP. Pemimpin PAS yang bodoh dan bangang... Barisan pemimpin PAS boleh kata apa yang dia suka dalam memelihara prinsip perjuangan.... tapi ingat.. rakyat melayu yang beragama islam tidak sebodoh itu ...Rakyat menolak parti yang menggadai marauah agama Islam. Mengundi PAS adalah mengundi kafir Harbi yang mempergunakan PAS

SESTER berkata...

Ini macam memperbodohkan diri, membiarkan diri dipermain-main dan dicucuk idong seperti lembu. Tak sedar2 lagi ke PAS nih?

Cuba tengok blog2 penyokong DAP. Mereka gelar PAS sebagai 'WORTHLESS' dan 'EXTREMIST'. Lagipun dah terang2 dah perjuangan PAS tak selari dan bercanggah dengan rakan sekatilnya DAP. (PKR = bantal peluk)

Apalah bodo sgt pimpinan pas nih menolak perpaduan melayu hanya kerana dendam yang dah lama! Dendam kesumat, dengki dan benci-membenci....ini sifat tipikal Melayu(?)

Walaupun dalam BN tu ada parti komponen lain, tapi mereka hormat dan 'kau-tim' dgn UMNO yg melayu dan islam. Tapi dalam PR? Hah, diikat ke pokok dan dibisukan pulak PAS nih.

Ini dah jadi macam 'downward spiral' (...ke arah kemusnahan)

Tanpa Nama berkata...

Presiden PAS HJ. Hadi..boleh menyatakan atau menyuarakan apa saja kehendak dan aspirasi Parti PAS dlm bekerjasma dgn PR..tapi hakikinya PAS tetap akan jadi bakul...segalanya memerlukan persetujuan dari nicky ajis.. yg pasti ahlul-ahlul PAS tetap ditipu oleh pemimpin mereka sendiri.

Ahmad Tajuddin berkata...

sudah 50 tahun BN diberi peluang memerintah MALAYSIA cuba lihat indeks rasuah negara,indeks kemiskinan tegar,masalah kroni n korup,islam dijadikan permainan,raja2 melayu dihina n diderhaka......n banyak lagi!!!

Cheguman berkata...

kesian Hadi...

Tanpa Nama berkata...

salam.

Inilah bahana da musibah bila melangar "AMANAT DAJAL" ciptaan sendiri...

Apa yang belaku pada Nakae Hj Ahmad perlulah diambil iktibar oleh pemimpin PAS...

Hari ini orang yang mengkapiaqkan UMNO telah berselimut dan menyambung hidup dalam UMNO.

Cari Blog Ini

Translate