Ketika diuji dengan kesakitan maka saya mendapat banyak pedoman dari kawan-kawan yang menyokong perjuangan siber menentang musuh negara ini.
Bahkan ada juga yang barangkali selalu singgah di sini tetapi tidak berkesempatan memberi ulasan, turut mendoakan kesembuhan dan memberikan kata perangsang. Terima kasih atas kunjungan saudara/i moga kita akan terus berhubungan.
Setakat ini saya semakin pulih dan berbagai cara sudah diusahakan samada fisiologi atau spirtual.
Sememangnya menjadi pembela alif ba ta in memerlukan kekuatan bukan sahaja luaran tetapi dalam.
Agar kita dapat menangkis serangan yang bersifat mahu mematikan langkah kita di dalam mencetus gerakan membasmi kebatilan dalam alam siber.
Baca komen mereka yang sudi singgah di link ini https://www.blogger.com/comment.g?blogID=705309130719127820&postID=7368765903708116598&page=1
Selamat Malam...
Semoga tiap saat kita mengingati kematian dan bersedia menghadapinya. Amin
3 ulasan:
Walaupun nampaknya kita seperti berada di kem yang berbeza, tapi satu hal ialah saudara dan saya dalam satu shahadah yang sama bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Oleh itu walaupun saya bukan dari jemaah BPN, tapi saya bersimpati dengan masalah kesihatan saudara dan sebagai saudara seagama kesakitan tuan adalah kesakitan saya jua.
Saya berharap saudara akan kembali sihat dan untuk itu jagalah pemakanan, carilah masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan satu lagi yang penting jangan terlalu memikirkan tentang politik tanah air sehingga terganggu kesihatan. Apa guna menikmati kepuasan dalam menulis jika akhirnya keluarga yang menjadi tanggung jawab kita menangisi sekujur tubuh yang tiada berdaya?
Kira Pak Cik ni bertuah........dapat sakit untuk tebus dosa ...dosa buat fitnah....lepas ni harap Pak Cik taubat....takkan nak tunggu sakit lagi baru nak taubat....Tuhan sayang kat Pakcik tu ...ada harapan jadi solehin
mudz buatlah teguran kepada bloggers pakatan juga.Mereka juga ada fitnah dan berselindung dengan wajah keagamaan dan keadilan.Jangan kita memilih dalam menegur.Syurga dan neraka tidak membezakan kamu penyokong PR atau BN.
Catat Ulasan