Hari ini awal Muharam 1431 dan marilah kita jadikan ia sebagai satu titik perubahan hijrah ke arah yang lebih diredhai Allah. Lupakan segala persengketaan dan marilah kita tautkan persahabatan.
Hari ini juga Panglima telah membaca komen-komen sahabat yang telah sudi menghabiskan sedikit waktu memberikan ulasan terhadap isu ini. Dan mereka sangat memberi reaksi positif di atas usaha untuk memboikot blogger yang menggunakan perkataan kasar dan kesat serta sengaja menimbulkan keributan di kalangan blogger yang menyokong dasar-dasar negara.
Saya dan sahabat yang lain khuatir nasib agama, bangsa dan negara pasti hancur jika permusuhan sesama sendiri ini semakin membesar dan berlarutan. Justeru BPN telah mengambil inisiatif ini untuk menghalang 'penyakit' dari menjangkiti atau semakin membarah dalam pasukan maya kita.
Berikut 14 komen sahabat kita ( sehingga jam 1.oo pm Jumaat ) yang perlu anda baca :
Pejuang Bangsa said...Pejuang bangsa menyokong !!!
GAP KEMBALI said...gap sokong
kepada bloger sila fokus untuk rampas semula kesemua kerusi parlimen/dun yang hilang. !
YANG GAMBI said...Salam Pang5, benarlah pendapat tuan.... kekadang dalam hati kawan yang baru menceburi mediacyber tertanya-tanya..... apakah benar semua blogger diupah untuk menulis, bukahkah kita menjadikan blog sebagai ruang memberi/meneriama pendapat.......
Ada juga kawan jumpa blog yang kononnya pejuang bangsa tetapi meluahkan kemarahan kerana tidak dipedulikan orang tertentu.... kenapa jadi begini....
YEOP PARIT said...Walaupun Yeop Parit tdak tersenarai dalam BPN, tetapi Yeop Parit tetap berpegang kepada etika berblog seperti yang disarankan oleh PM. Semua catatan dan artikel yang ditulis Yeop Parit lebih menjurus kepada prinsip berikut iaitu : Merungkai yang Kusut, Mencanai yang Karut, Menyampai yang Patut. Yeop Parit turut membangkitkan perkara ini dalam blog Yeop Parit seperti catatan berikut:
Berhenti buat seketika untuk mencanai yang karut oleh pembangkang, Yeop Parit terpanggil untuk membicarakan tentang isu KJ, antara bloggers yang pro dan anti KJ, khususnya dalam konteks perlantikannya sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Sebenarnya Yeop Parit tidak menyebelahi mana-mana pihak, atau dikatakan tidak berpendirian, malah bukan juga untuk menjadi pemain yang selamat, tetapi sekadar ingin meluahkan pendapat dan perasaan. Yeop Parit akan tetap menyokong siapa saja yang dilantik menganggotai saf kepimpinan DS Najib, asalkan individu yang dilantik itu dapat menggalas tangungjawab yang diamanahkan dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada parti. Itu yang lebih penting dan menjadi prinsip Yeop Parit sejak agak sekian lama bergiat dalam politik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam politik pelbagai kemungkinan yang tak diduga dan disangka boleh terjadi. Namun, janganlah pula kita kecewa dan putus asa kerana itu merupakan permainan dalam politik. Masing-masing memiliki kekuatan dan kelemahan sendiri.
Apabila bloggers lain sedang sibuk untuk membangun dan memperkasakan UMNO dan BN yang menjadi wadah perjuangan, kita pula asyik bertelagah sesama sendiri hanya sekadar hendak menjadi juara kepada individu tertentu. Kita janganlah sibuk untuk menentukan siapa yang perlu dan tak perlu dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri, malah bertindak mendahului dan melebihi bos. Serahkan saja perkara ini kepada PM dan Timbalan PM, kerana mereka lebih mengetahui serta lebih berhak menentukan siapa yang layak dan sebaliknya. Mungkin kita ingin menyampaikan pendapat dan pandangan, tetapi biarlah berpada-pada sesuai dengan adat orang Melayu, yang berlapik apabila bercakap, dan hendak bergurau biarlah bertempat. Janganlah pula kita berasa kecewa apabila pandangan kita tidak diterima lantaran merajuk sehingga hendak meninggalkan parti yang sudah banyak berjasa kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia. Itu bukanlah pejuang yang tulen. Sepatutnya kita sebagai bloggers penyokong kerajaan perlu merungkai yang kusut dan mencanai yang karut daripada serangan dan tindakan pihak pembangkang demi untuk mempertahan parti dan kerajaan. Dan yang lebih penting kita perlu bertindak dari sekarang untuk menghadapi perkara yang lebih penting dan besar, iaitu PRU 13.
Pertelagahan sesama kita bukan sahaja akan merugikan dan membuang masa, malah akan diambil kesempatan oleh bloggers pembangkang yang kini semakin kecut perut dengan kehadiran ratusan bloggers pro kerajaan yang berjuang di alam siber tanpa rasa jemu dan muak. Janganlah mematahkan semangat para bloggers tersebut. Itu yang lebih penting daripada masing-masing cuba untuk menegak benang yang basah, dan menjadi juara kepada individu tertentu. Lihatlah bagaimana cubaan Anwar untuk tumbangkan kerjaaan hampir berjaya (klik sini) semasa pengundian kelulusan bajet, perlu dijadikan iktibar.
Justeru, Yeop Parit amat mengharapkan agar yang pro dan anti KJ, berfikiran rasional, merenung sejenak, bermuhasabah diri dan duduklah semeja berincang secara profesional dan intelektual untuk mencari jalan penyelesaian. Rapatkan kembali saf dan hulurkan semula salam persahabatan. Marilah kita bangun sederap berjuang dengan tulus ikhlas menentang puak pelampau yang semakin rakus itu. Sesunguhnya, hayatilah pepatah - untung sepanjang jalan, malang sekejap mata - bermaksud untuk berjaya sangat susah tetapi untuk gagal sangat mudah. Link (http://yeopparit.blogspot.com/2009/12/hentikan-berbalah-serah-kepada.html#comments)
Sekian... SALAM PERJUANgan
Aku,Pasbuih Dan Siamang said...Salam Pang5.
Setuju dengan Pandangan tuan.Agenda dan niat kita cuma satu.Supaya apa yang didedahkan dapat menyedarkan bangsa melayu dari tipu daya sekutu-sekutu kapiaq harbi yang bijak memperalatkan Agama demi politik "Dajjal" mereka.
Sebelum ini mereka tidak berpeluang mendapat berita kebiadapan segelintir pemimpin mereka yang bijak bermuka-muka dan bijak memutar belit kata kerana mereka berkhiblat pada kitab politik"Dajjal" yang menipu bangsa.
Segala kebiadapan diselindung disabalik serban dan ketayab pemimpin mereka.Hari ini mereka perlu dicelikkan mata yang telah lama buta!!
Wassallam.apbs!
pejuang/// said...Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Ilahi bila perjuangan pejuang/// dalam mencari pembelaan di alam cyber ini akhirnya berjaya atas bantuan dan kerjasama sahabat-sahabat bloggers BPN khasnya YDP BPN Panglima Perang Cyber.
Pejuang/// dengan ini menyokong penuh atas RESOLUSI yang dikeluarkan oleh BPN dan atas tanggungjawab sebagai pembela AGAMA, BANGSA dan NEGARA, pejuang/// dengan rendah diri menyusun sepuluh jari andai kata sekiranya dalam artikel pejuang/// sebelum ini ada yang menyinggung perasaan segelintir pembaca.
Dan dengan ini pejuang/// akan kembali aktif serta akan memastikan perjuangan pejuang/// adalah selari dengan kehendak BPN dalam membela nasib AGAMA, BANGSA dan NEGARA.
Amz CamPro said...Salam
Seorang blogger sepatutnya memberi pendapat dan pandangan walaupun terdapat perbezaanya dengan cara berhemah dan sopan tutur tulisannya...pendekatan reverse psikologi atau pun kiasan adalah cara terbaik untuk meluahkan ketidakpuashatian kita pada sesuatu...walaubagaimanapun ingat,jgn terlalu taksub menegakkan sesuatu tanpa fakta yg kukuh...hidup BPN!
GOMO said...aku sokong....
walaupun kita tak di BAYAR namun kita punya ahlak lebih mulia dari spesis ni...
wakdanial said...Salam YDP...saya budak mentah lagi dlm arena ni..diharaplah dpt tgk2kan isi kandungan blog sye klu2 dah terlanjur kata..teguran dari rakan2 bpn amatlah diharapkan..terima kasih.
lagenda said...Salam Ziarah......
Setuju dengan Panglima.....Janganlah menjadikan blog ini pilihan untuk memecah belahkan sesama parti
Pemuda said...SALAM...PEMUDA BALING TURUT SERTA MENYOKONG DAN PATUT DIKENAKAN TINDAKAN KEPADA MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB...
http://sekretariatbnbaling.blogspot.com/
MctHeory said...MctHeory menyokong etika blogger yang digariskan oleh BPN. Kadang kala ada blogger (Kononnya wakili UMNO) yang melampau makinya dan mengunakan bahasa kesat sehingga memalukan orang yang membacanya. Padahal dia membawa imej UMNO, orang sebegini patut ditegur.
Apache said...sokong pang5...
Dollah said...Berani ker... nak boikot blog parpukari yang kuat carut dan blog jeffrydamien yang suka siar gambar lucah. Hampeh!...
7 ulasan:
mantap...
kejujuran di hati kami BPN.
jangan kata BPN milik seseorang yang berpengaruh, kerana kami dalam BPN lebih berpengaruh dari individu berkenaan.
moga perjuangan kita dalam membogelkan pembangkang akan di teruskan.
pedulikan usikan Syaitan yang lain.
BRO, tugas dan tanggungjawab kita menentang kemungkaran yang diwar-warkan pembangkang..... teruskan walau tidak dikenali dan diupah.....
Salam Panglima,
saya tetap sokong mana-mana usaha yang saya lihat akan memberi kekuatan kepada perpaduan kaum dinegara ini, yang akan menyumbangkan kepada kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian kepada negara Malaysia namun saya tetap akan memprotes melalui tulisan saya mana-mana individu yang seakan-akan cuba menimbulkan suasana mencemaskan didalam negara tidak kira mereka itu orang BN ke atau orang pakatan pembangkang.
Misalnya apabila ada individu yang memburuk-burukkan bekas Perdana Menteri YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad yang sangat saya kagumi dan sanjungi...maka saya tetap akan menulis untuk membidas sikap mereka-mereka yang bersikap lupa diri... harap Panglima faham perkara ini.
Saya sangat mengharapkan agar suasana negara kita akan kembali sejahtera, aman dan harmoni sebagaimana ketika YABhg Tun Dr Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri dimana jarang sekali kita melihat adanya Ahli-ahli Parlimen yang bertindak diluar dugaan tehadap sesiapa jua sehingga mereka semakin begitu berani mempersoalkan ketuanan Melayu yang telah menjadi teras kerajaan Malaysia dan mempersoalkan hak istimewa kaum Bumiputera keseluruhannya.
Saya tetap akan menyokong BPN walaupun mungkin pada satu ketika nanti saya akan disingkir dari senarai 22 penyokong BPN kerana bagi saya apabila perlu untuk saya menulis bagi mengkritik mereka yang juga boleh dianggap sebagai tidak beretika dalam mengeluarkan kenyataan apabila ianya jelas menjejaskan kepercayaan rakyat bawahan. Sangat diharapkan agar golongan pemimpin atasan lebih bertanggungjawab ketika mengeluarkan apa-apa juga kenyataan kerana yang menerima adalah masyarakat bawahan yang dulu mengundi mereka.
Demang sokong 100%. (maaf, terlambat sebab bercuti di kampung. Broadband kat kampung tak cukup kuat, setakat boleh 'update' blog dan email sahaja). Celcom kena tengok-tengok kawasan luar bandar sama.
Bloggers Pro Kerajaan di semua peringkat perlu kembali kepada perjuangan asas bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kukuh dan terus memerintah negara. Kesemua pihak digesa memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengilhamkan konsep 1 Malaysia kerana konsep itu dikatakan menuntut kerjasama dan penglibatan seluruh rakyat Malaysia.
Kepada perjuang-perjuang PRO KJ saya menyeru agar sahabat sahabat sekalian membuat genjatan senjata dan kembali ke perjuangan asas! Menentang Pakatan Pembangkang! Kita sudah kesuntukan masa untuk menghadapi Pilihanraya yang akan datang. Sebaiknya gunakanlah senjata terbaik dan kepakaran yang sedia ada untuk menjahanamkan Pakatan Pembangkang dialam cyber ini!!!
Para sahabat sekalian sudah tiba masanya kita menumpukan kepada peperangan yang sebenarnya dialam cyber ini, iaitu menghancurkakan Pakatan Pembangkang! Apa yang penting kepada kita ialah kembali kepada perjangan asas iaitu untuk perpaduan BN sebagai satu landasan untuk terus memerintah negara seterusnya menyatupadukan masyarakat.
Dengan ini saya menyokong penuh atas RESOLUSI yang dikeluarkan oleh BPN dan atas tanggungjawab sebagai pembela AGAMA, BANGSA dan NEGARA!!
Usaha menjayakan penyatuan bloggers dan masyarakat perlu diutamakan dan bukannya berbalah, berpecah dan bertelingkah disebabkan perkara yang tidak membolehkan parti itu bersatu.
Justeru itu dengan rendah diri saya menyeru kepada semua bloggers Pro KJ atau mana-mana pihak sekali pun ayuh kita rapatkan barisan!!!
GEMPUR ! GEMPUR ! GEMPUR!!!!!!!
Bloggers Pro Kerajaan di semua peringkat perlu kembali kepada perjuangan asas bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kukuh dan terus memerintah negara. Kesemua pihak digesa memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengilhamkan konsep 1 Malaysia kerana konsep itu dikatakan menuntut kerjasama dan penglibatan seluruh rakyat Malaysia.
Kepada perjuang-perjuang PRO KJ saya menyeru agar sahabat sahabat sekalian membuat genjatan senjata dan kembali ke perjuangan asas! Menentang Pakatan Pembangkang! Kita sudah kesuntukan masa untuk menghadapi Pilihanraya yang akan datang. Sebaiknya gunakanlah senjata terbaik dan kepakaran yang sedia ada untuk menjahanamkan Pakatan Pembangkang dialam cyber ini!!!
Para sahabat sekailian sudah tiba masanya kita menumpukan kepada peperangan yang sebenarnya dialam cyber ini, iaitu menghancurkakan Pakatan Pembangkang! Apa yang penting kepada kita ialah kembali kepada perjangan asas iaitu untuk perpaduan BN sebagai satu landasan untuk terus memerintah negara seterusnya menyatupadukan masyarakat.
Dengan ini saya menyokong penuh atas RESOLUSI yang dikeluarkan oleh BPN dan atas tanggungjawab sebagai pembela AGAMA, BANGSA dan NEGARA!!
Usaha menjayakan penyatuan bloggers dan masyarakat perlu diutamakan dan bukannya berbalah, berpecah dan bertelingkah disebabkan perkara yang tidak membolehkan parti itu bersatu.
Justeru ini dengan rendah diri saya menyeru kepada semua bloggers Pro KJ atau mana-mana pihak sekali pun ayuh kita rapatkan barisan!!!
GEMPUR ! GEMPUR ! GEMPUR!!!!!!!
hilber, anda bebas menulis asalkan tidak menimbulkan perbalahan sesama kita dan sangat beretika tanpa kata kata keji dan kesat sesama kita..
membela negarawan sangat terpuji.
salam perjuangan.
Catat Ulasan