Pengikut Blog Panglima

Engin Carian Blog

Memuatkan ...

Translate

Video Of Day

26 Disember 2009

Edisi Liwat : Video Syeikh Yusuf Qaradhawi Yang Diputarbelit Oleh Pakatan Rosak !



Saya terlewat mengangkat video ini ( lebih tepat 'memasang' ) di blog saya. Kerana kesuntukan masa seharian memandu kereta pulang ke Kelantan.

Kebetulan broadband pula masih tertunggak maka saya terpaksa menunggu broadband ehsan dari pakcik yang kebetulan bermurah hati meminjamkan kepada saya sehingga pagi esok.

Mujurlah.

Video di atas telah disiar di blog Nik Nazmi dan ditambah dengan perkataan yang disandarkan kepada Syeikh Yusuf Qaradhawi yang tidak ada disiarkan dalam video di atas.

Maka kesimpulan saya dapat ialah ia satu perbuatan 'bidaah' yang nyata dengan mereka reka kenyataan yang tidak diucapkan dalam video tersebut.

Demi mensucikan nama Anwar Ibrahim yang barangkali belum lagi diceritakan kes keduanya yang berlaku dengan seorang anak teruna dan cute bernama Saiful Bukhari kepada Tokoh Maal Hijrah tersebut.

Patutnya Syeikh Yusuf Qaradhawi meminta Anwar bersumpah menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya. Tetapi hingga hari ini tidak ada permintaan seumpamanya dibuat.

Dalam hal ini Dr Asri barangkali lebih baik sedikit kerana menyedari bahawa sumpah menafikan liwat boleh dibuat oleh Anwar jika beliau benar-benar tidak bersalah dan tidak pernah meliwat anak teruna bernama Saiful Bukhari.

Perkataan yang ditambah dan tidak ada di dalam video tersebut yang disiar di blog Nik Nazmi http://www.niknazmi.com ialah :

“Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim. Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

“Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”


Justeru apakah relevannya ditokok tambah perkataan tersebut dan tidak menyiarkannya di internet ?



Jika benar diucapkan oleh Syeikh Yusuf maka sayugialah disiarkan ucapan tersebut demi untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar disokong oleh Pengerusi Ulama Sedunia itu !!



Tetapi, ia tidak berlaku.



Sekali saya tegaskan, ia tidak berlaku...



Anda mahu tahu kenapa ? pergi tanya Anwar Ibrahim dan Zulkifli Nordin serta Nik Nazmi kenapa ia tidak dihebahkan dalam bentuk audio atau visual.



Terima kasih kepada AIDC kerana menolong kita memahami ucapan dalam bahasa Arab oleh Syeikh Yusuf Qaradhawi tersebut.



Apa tunggu lagi mari kita edarkan video ini kepada rakyat...



Kerana mereka telah diperbodohkan oleh manusia yang begitu terdesak ini sehingga memanipulasi ucapan Ulama idola ahli PAS ( termasuk Hj Hadi ) demi kepentingan Anwar !!!



persoalan saya ; kenapa blog PAS tidak ada menyiarkan cerita ini ?



seolah oleh PAS tidak ingin mempertahankan Anwar...



Tak percaya lihat laman rasmi PAS yang membuat laporan berhubung majlis di Masjid Shah Alam itu di sini http://pas.org.my/v2/

Catat Ulasan