Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Februari 2010

Edisi Politik : Kenapa Anwar Masih Takut Menghadapi Perbicaraan Walaupun ada 13 Alibi ?


imej dari blog Kamaludin


Apa maksud alibi ? saya bukan dari jurusan undang-undang tetapi serba sedikit saya memahami amnya ia bermakna bukti yang digunakan untuk menentukan bahawa perbicaraan tidak sah. Atau lebih tepat seperti komen Blogger di atas

"ALIBI" ( sebutan Melayunya : Ela-bai) tu asalnya bahasa Latin. Maksud hurufiahnya ialah "berada di tempat lain" (somewhere else).

[Bagi mereka yang belum tahu konsep perundangan ini] "ALIBI" ialah sejenis pembelaan bagi TERTUDUH, yang membawa maksud "Tertuduh berada di tempat lain" semasa sesuatu jenayah berlaku di suatu tempat yang tertentu....

Bermakna 13 alibi yang diberitakan di sini, sudah lebih dari cukup untuk mengesahkan Anwar tidak bersalah.

Bahkan BBC News melaporkan Anwar berkata bahawa beliau mempunyai bukti setiap minit sebagai alibinya pada hari kejadian dakwaan liwat berlaku seperti link ini...


Malaysia’s opposition leader has told the BBC that he has an alibi for “every minute” of the day when he is accused of sodomy with a former male aide.



Justeru kenapakah beliau masih mengelakkan diri dengan membuat permohonan demi permohonan sehingga menjadikan kes liwat beliau semakin lewat akibat penangguhan ?



Inilah persoalan yang mengganggu fikiran saya dan barangkali rakyat jelata yang lain. Sepatutnya kes penting ini perlu disegerakan agar tidak ada pihak dianiayai seperti Saiful Bukhari yang jenuh menunggu untuk memberi keterangan di mahkamah...



Ayuh kita desak perbicaraan Anwar dijalankan dengan segera kerana rakyat sudah mula tidak percaya kepada beliau yang mana sangat diharap oleh PAS dan PKR untuk menjadi bakal Perdana Menteri Malaysia jika menang PRU akan datang.



Oppsss silap kot.



Beliau mungkin tak dapat merasa nikmat menjadi Perdana Menteri kerana barangkali bakal menjadi Perdana Menteri bagi 'penghuni penjara' Sungai Buloh...




Kerana nampak sangat beliau sangat takut untuk berdepan dengan pendakwaan dan memberi laluan kepada barisan peguamnya untuk membuat pembelaan.



Nasib beliau akan diketahui hari esok dan mari kita berdoa tidak ada lagi penangguhan atau penantian ....



Sebelum beredar mari kita tengok video bekas Naib Ketua Pemuda PKR Zahid Md Arip bercerita tentang Anwar di bawah :



dan video alibi Azizah yang tergagap-gagap menjawab di mana lokasi sebenar suaminya pada hari 'liwat' tersebut...






2 ulasan:

hilbert berkata...

Salam Panglima,

banyaknya saksi alibi...tak boleh muat satu buah Exora hehehe.... bas boleh lah angkut.

13 alibi? tapi masih berjuang untuk menangguh..apa ke hal Anwar tu... kita terbalikkan saja pepatah lama bro,
...jadi macam ini... "takut kerana benar bersalah, berani belum tentu benar" hehehe...

Panglima Perang Cyber berkata...

kreatif bro ! gua salute lu hehehe


aik.. mcm gaya tulisan aduka yg merana plak.

hihihi

Cari Blog Ini

Translate