Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Mac 2010

Edisi GST : Mari Kita Pergi Demo Isnin Depan di Parlimen !!!

gambar : Forum Pembangkang kritik GST yang memberi banyak manfaat kepada rakyat



Huraian tentang GST yang menyebabkan kita perlu berdemonstrasi ( sumber Perak Express ).


1. ST merujuk kepada penambahan cukai sebanyak 4 % terhadap semua keperluan seharian rakyat termasuklah beberapa benda-benda kecil yang dahulu dirasakan tidak membebankan dan kini akan menjadi beban rakyat.

2. Kemungkinan dari akibat kenaikan itu juga akan memperlihatkan kemiskinan rakyat akan menjadi lebih teruk dan tidak seimbang.

3. Rakyat yang miskin akan terus merempat dan merana dan yang berpendapatan sederhana juga tidak terkecuali akan menjadi miskin dan akhirnya bebanan rakyat itu akan membinasakan rakyat itu sendiri

4. jika perlaksanaan GST itu dilakukan maka ia akan membawa peningkatan sebanyak 1 billion iaitu dari 12 billion kepada 13 billion sahaja manakala kos bagi mempromosikannya dan melaksanakanya itu akan memakan jumlah sehingga 5 Billion Ringgit.

5. peningkatan harga barangan runcit juga akan turut terkesan dan kesempitan rakyat akan terus terbeban dan tertindas.Kita akan dapat lihat dengan kesan-kesan tersebut maka tidak akan ada lagi penjualan kuih-muih yang dapat rakyat beli dengan harga yang berpatutan.

6. Dan dari kajian yang dilakukan tidak mustahil sekiranaya akibat dari perlaksanaan GST itu ia akan membawa peningkatan dari 4% ke 10 % sekiranya ia dilaksanakan.

7. PR bukan sengaja mencari bahan dan sebab untuk bangun menyatakan kebenaran namun ini hak rakyat yang perlu di pertahankan.ini bukan hak rakyat dan penyokong PR sahaja namun ini hak Rakyat tanpa mengira kaum,agama, bangsa dan juga fahaman Politik


Kupasan di atas ditulis oleh Ahli Akademik Terhebat Malaysia dan Tersohor Blogger Perak Express ( klik sini )





Jawapan kepada mereka yang 'gian' berdemonstrasi :


1. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, TIDAK akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

2. secara logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak empat peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan sebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.

3. Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang

4. Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

5. GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.

6. GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

7. syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

8. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

9. Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST

10. kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.

11. Kerajaan akan membentangkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan pada bulan Mac ini sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada pertengahan 2011 di mana ia adalah cara kerajaan melindungi pengguna jika terdapat peniaga bertindak menaikkan harga (dengan kadar cukai lama SST) dan menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan.akta itu penting bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihan oleh para peniaga.


Yang lain lagi anda pergi baca sendiri di laman penerangan http://pmr.penerangan.gov.my/



Jelas sekali kita kena pergi demo PR isnin depan dan beritahu mereka kita MENOLAK DEMONSTRASI BODOH yang dianjurkan kerana jelas GST adalah sangat bermanfaat kepada rakyat bukan membebankan mereka.

Campakkan jawapan di atas kepada mereka yang tidak pandai membaca jawapan yang kerajaan telah berikan di akhbar akhbar arus perdana negara kita.

Patutlah pembangkang tak bagi rakyat baca akhbar selain Harakah/ Suara Keadilan kerana mereka takut terkantoi,

Sekarang kita kantoikan mereka beramai ramai dengan menyalin jawapan bodoh mereka dan membentangkan jawapan yang telah disediakan di atas.

Inilah cara kita 'menghancurkan' pembangkang yang sudah kian reput dan sesat dalam perjuangan mereka merebut kuasa dan menumbangkan kerajaan yang sedia ada.

Ayuh sahabat sekelian edarkan di blog, facebook, email, sms anda bahan ini !!!!! Jangan asyik mengutuk sesama sendiri hingga kita tak sempat menjawab isu yang dimanipulasi oleh pakatan rosak.

Kini kita tiada masa....... satu saf rapatkan ukhwan demi Alif Ba Ta




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bodohnya Pembangkang, tak buat homework dulu sebelum nak hentam kerajaan.

Panglima Perang Cyber berkata...

mereka memang membangkang membabi buta

last sekali nak tuntutan mereka dipenuhi.

ramai otak udang tak guna otak tuhan bagi untuk fikir dan kaji.

main rembat sampai benda baik mcm gst pun nak lawan sampai buat demonstrasi.

DR 1221 berkata...

salam
puok2 demo tu kena rendam clorox baru jadi

Cari Blog Ini

Translate