Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Mac 2010

Edisi Perak : Laporan Polis Terhadap Speaker Palsu@Sivakumar





19/03/2010 5:00pm

IPOH 19 Mac. — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar kerana menyamar sebagai Speaker.



Ganesan berkata, tindakan Sivakumar menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi menghantar notis persidangan DUN pada 30 Mac ini adalah satu bentuk jenayah penyamaran.



Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh tengah hari ini, beliau berkata, Sivakumar telah dilucutkan jawatan sebagai Speaker pada 7 Mei 2009 melalui ketetapan DUN dan keputusan itu juga telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh sebagai satu prosiding Dewan.



"Mahkamah Tinggi Ipoh pada 8 September 2009 kemudiannya memutuskan bahawa pelucutan jawatan Sivakumar sebagai Yang DiPertua Dewan Negeri adalah sah dan mengesahkan pelantikan saya sebagai Tuan Yang DiPertua Dewan Negeri Perak baru,” katanya.



Beliau berkata, tindakan Sivakumar menyamar sebagai Speakar itu juga berupa satu tindakan menghina mahkamah.



"Saya membuat laporan ini demi menjaga integriti Dewan Undangan Negeri yang mulia di mana satu tindakan perlu diambil terhadap Ahli Yang Berhormat yang telah bertindak di luar batasan undang-undang negara dengan bertindak sesuka hati menyamar sebagai Tuan Yang DiPertua dan menghina keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh,” katanya. — Bernama



http://www.utusan.com.my/





Komen : siapa ada ubat gila / kurang siuman sila hantar kepada speaker palsu di atas. Hati hati dengan anjing gila kerana kalau kita kena gigit virus boleh jangkit kat kita juga.


Kalau layan anjing gila, tak ganggu dia menyalak. Ganggu pun boleh penat dengar salakan yang menyakitkan telinga.


Fullstop


gaya Sivakumar ala hero tamil

5 ulasan:

Cheguman berkata...

Panglima,
Hamba amat khuatir, mana tahu ada kalangan sahabat kita yang hilang kesabaran dan bertindak di luar batasan undang-undang dengan menyerang atau sebagainya terhadap sipenderhaka itu. Maklumlah, orang Melayu ni, dalam lembut berseloka, sindirannya tajam berbisa. Dalam tawa bersenda, tau-tau keris sudah singgah di dada lawannya.

Bukan apa... hamba cuma mengingatkan sipenderhaka. Sebelum itu terjadi, baiklah dikurung atau disembunyikan si Siva di mana-mana.

Tanpa Nama berkata...

Bila pihak berwajib tak (nak) ambil tindakan - ini lah jadinya. Dia tahu 'nothing will ever happen' dan dia tahu 'sure no action one' macam kes China Press.

Rasa pihak berwajib kita ni kena tunggu ade laporan dulu baru boleh ambil tindakan. Pas tu dia kata tiada kes.

Kalaulah ... pihak berwajib kita boleh ambil tindakan dgn membaca kisah diakhbar dan 'sure' kena charge menghina mahkamah dan mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat - tentu tiada pihak yg berani hina mahkamah.

Kalaulah ... angan-angan sy menjadi ... tentu Malaysia lebih aman dan makmor ... jangan lupa ambik tindakan terhadap mereka yg sengaja memburukkan tentera kita kemudia kata kes tutup.

Ipin berkata...

Sivakumar dah hilang ingatan kerana ia kehilangan jawatan jadi dia hantar notis Persidangan kepada ahlul PAS dan PKR yg persidangan akan diadakan di Tanjung Rambutan dan persidangan akan diresmikan AhlulNizam HamPAS.

lelaki tulen berkata...

Sivakumar kalau berkawan baik dengan Nizar Lambai kena bebenor sebab antara mereka terlalu banyak persamaannya.
Kedua2nya jenis manusia yg tidak boleh menerima kenyataan bahawasanya mereka sudah kehilangan kuasa.Bila melihat muka kedua2 badut sarkas ini aku rasa mereka layak untuk menyertai pertandingan Raja Lawak kah kah.

Tanpa Nama berkata...

lelaki tulen : Raja Lawak ? tak lawak pun diorang ni.

Raja Bodoh adalah..

kah kah kah

Cari Blog Ini

Translate