Ketidakhadiran Azmin Ali sewaktu majlis pengumuman calon PKR di Serendah semalam mencetuskan desas desus bahawa Naib Presiden PKR itu merajuk dengan tindakan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kuasa vetonya memilih Zaid Ibrahim.
Dalam majlis yang diadakan di Dewan Komuniti serendah itu, kesemua pimpinan tertinggi PKR termasuk Presiden, Dr Wan Azizah Ismail, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Md Akim, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fauziah Salleh, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail telah menghadirikan diri.
Seorang jurucakap PKR memaklumkan bahawa ketidakhadiran Azmin kerana membuat persiapan pilihanraya kecil di Sibu Sarawak, namun cakap-cakap dalaman PKR menyatakan Azmin begitu kecewa dengan tindakan Anwar sehingga mengambil tindakan tidak menghadiri majlis tersebut.
Azmin sebelum ini dilaporkan mencadangkan Dr. Halili Rahmat atau Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai nama untuk diangkat sebagai calon PKR dalam pilihanraya di Hulu Selangor, dan difahamkan nama Dr Halili menjadi pilihan utama, sebelum dibatalkan saat-saat akhir.
Turut difahamkan, Azmin Ali tidak mengemari Zaid Ibrahim kerana bekas pemimpin UMNO itu pernah mencampuri urusan PKR Sabah, sehingga Azmin Ali terpaksa melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PKR Sabah.
Menurut sumber dalaman Anwar terpaksa bertegas memilih Zaid berdasarkan desakan penaja asing khususnya Yayasan Kristian Jerman yang mahukan pengganti Anwar, seandainya Penasihat Umum PKR itu kembali ke penjara ekoran kes liwatnya.
Penaja asing dikatakan lebih berminat kepada Zaid Ibrahim yang pernah ditajanya sebelum ini.
Zaid dilihat 'tokoh Liberal' sesuai sebagai pengganti Anwar.
Sementara itu pemilihan Zaid juga dikatakan telah menimbulkan dilema kepada jentera pilihan raya Pas di Hulu Selangor kerana beliau pernah mengambil tindakan menyaman kerajaan negeri Kelantan yang meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 beberapa tahun lalu dengan alasan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Blog AIDC ( http://www.anwaraidc.com )
4 ulasan:
Tolong Tuan Presiden BPN, sekarang nama calon-calon telah diketahui, tumpukan kepada strategi untuk menang pilihanraya...bukan meraban tak tentu pasal....Selamat mengundi calon UMNO Hulu Selangor Kamal Bin Atn.....orang bangang UMNO boleh le kena tipu.....tolak MIC.
hahahahahaha..korang dah kena kencing ngan mat sembab...mana dia calon temapatan???..hahahahaha
mic dah pijak2 kpala jibon ngan mat sembab....orang2 umngok nganga je la..
mana dia mat brahim perkasa??cepat wat report polis sebab jibon dah menderhaka pada orang2 melayu hulu selangor...heheheheheh
mampuih korang la....
Punah! Harakahdaily hentam Zaid Ibrahim! baca sini:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/harakahdaily-hentam-zaid-ibrahim-calon.html
Aku ada berita hot, pengikut ham-PAS jadikan masjid tak ubah seperti rumah tumpangan... Kat Kuala Kubu Baru...
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Catat Ulasan