Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Mei 2010

Blog Exco Perak YB Hamidah sentuh isu Aminulrashid Hamzah



Polis dan Tanggungjawab Masyarakat


Salam Semua,

1. Kak Midah telah lama ingin menulis berkenaan isu ini tetapi tiada kesempatan dan ruang. Salam Takziah diucapkan kepada keluarga Aminulrasyid Amzah yang baru sahaja kehilangan anak yang tercinta. Sebagai ibu dan keluarga yang memiliki anak seusia itu. Kak Midah dapat merasakan perasaan sedih yang menyelubungi keluarga Aminulrasyid Amzah .

2. Tiada siapa yang menginginkan kejadian sebegini berlaku, Sama ada dinegara ini ataupun berlaku diluar negara. Sebagai umat Islam kita sangat percaya kepada ketentuan yang Allah SWT berikan atas rahmat dan ujian.

3. Perkara ini telah berlaku dan kita perlu mengambil iktibar atas setiap kejadian, sikap sesetengah pihak yang meletakkan kesalahan kepada pihak-pihak tertentu perlulah dihentikan segera.

4. Terdapat beberapa pihak yang meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pihak Polis, marilah kita renungkan. Dalam sebuah organisasi yang memiliki 100'000 angota apakah setiap angota tidak pernah melakukan kesilapan atau kecuai dalam menjalankan tugas ?

5. Statistik jenayah di Malaysia membimbangkan semua pihak, semua orang berasa takut dan mencurigai orang luar yang masuk kekawasan kita. Bagaimana perasaan polis pada jam 2 pagi sebuah kenderaan yang dipandu laju, mencurigakan dan tidak berhenti apabila diarahkan berbuat demikian ?.

6. Apakah perasaan anak-anak angota polis apabila imej polis senantiasa diburukkan oleh orang awam dan masyarakat umum?. Kak Midah percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti anak-anak ini yang mana ayah atau ibunya angota polis akan malu untuk menceritakan kerjaya ibubapa mereka.

7. Seandainya berlaku perkara jenayah dan kecemasan kita senantiasa menjadikan angota polis sebagai rujukan kita, kenapa hari ini kita memperlekehkan kemampuan mereka. Rondaan yang dilakukan dikawasan kita sekurangnya membantu mengurangkan kadar jenayah. Pernahkah kita menahan kereta peronda ini dan ucapkan terima kasih kepada polis yang meronda dikawasan kediaman kita ?

8. Marilah kita melihat kejadian ini dengan mata hati kita. Kesedihan dan simpati yang amat tinggi kepada keluarga Amirulrasyid Amzah atas kejadian yang menimpa. Moga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruhnya. Amin .







Nota :  Senator Dr Ramakrishnan a/l Suoplah pada 11.43 pagi ini (4 Mei 2010) telah membangkitkan isu ini di Dewan Negara dan Blog Kelab Greenboc telah menulis artikel menghasut rakyat membenci Polis di sini http://greenboc.blogspot.com/2010/05/khalid-yang-mana-cakap-tanpa-bukti.html

Pembangkang seperti mahukan negara ini tiada polis menjaga keselamatan dan cepat menuduh polis tidak bertanggungjawab dan kejam walhal polis tidak seperti yang mereka sangkakan.

Lihat penulis blog Roslan http://n32.blogspot.com yang turut menyifatkan polis bertindak kejam apabila membunuh Aminulrashid yang jelas melarikan diri dari dikejar oleh pihak polis atas alasan berusia 15 tahun. Beliau seperti tidak fikir bahawa kereta mangsa boleh menjadi 'senjata' membunuh polis dan mangsa juga tidak dapat dikenali berapa usianya kerana kereta mangsa berada di hadapan kereta peronda dan berlaku pada jam 2 pagi yang tentu gelap tanpa cahaya yang boleh mengecamkan siapa yang memandu kenderaan tersebut.

Penjelasan terbaru rakan mangsa semalam juga meragukan kerana beliau mendakwa berjaya melarikan diri selepas dipukul oleh polis. Serta persoalan kenapa mereka melarang rakan mangsa menjawab sebarang soalan semasa sidang akhbar semalam yang mana intipati sidang media beliau ialah untuk menafikan mangsa cuba merempuh polis.

Lihat gambar grafik Malaysian Insider di bawah yang memperincikan kejadian pada 26 April yang lalu



Baca juga tulisan menarik sahabat saya tentang isu ini di sini


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate