Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Jun 2010

Fakta : Kadar Pertumbuhan Negara 2007 - 2010 : Bukti Malaysia Sedang Menuju Kejayaan Wawasan 2020




Graf di atas diperolehi dari laman Jabatan Perangkaan Malaysia *klik sini*



Beberapa fakta penting pencapaian ini : -

  1. Negara mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini iaitu kadar tertinggi sejak suku pertama 2000 sebanyak 11.7 peratus.
  2. Kadar pertumbuhan itu adalah lebih baik berbanding suku tahun keempat 2009 iaitu 4.4 peratus.
  3. Unjuran KDNK 2010 dikaji semula kepada enam peratus berbanding sasaran 4.5 peratus hingga 5.5 peratus yang dibuat Bank Negara sebelum ini.
  4. Ia disokong oleh pengukuhan permintaan domestik serta sejajar dengan pemulihan ekonomi dunia.
  5. Pencapaian pertumbuhan menggalakkan itu hasil dari usaha transformasi kerajaan dan ekonomi.
  6. Tidak mustahil sasaran pertumbuhan KDNK sebanyak enam peratus bagi keseluruhan 2010 boleh dicapai
  7. Pertumbuhan yang positif juga dapat dilihat di kalangan negara serantau dan pesat membangun seperti China (11.9 peratus), Korea Selatan (7.8 peratus) dan Indonesia (5.7 peratus).
  8. Kesemua sektor utama ekonomi mencatat prestasi menggalakkan terutamanya sektor pembuatan yang berkembang pesat sebanyak 16.9 peratus.
  9. Subsektor elektrik dan elektronik pula dengan (34.4 peratus) kelengkapan pengangkutan (25.3 peratus) dan barangan kayu dan perabot (18.7 peratus)
  10. Sektor perkhidmatan turut berkembang kukuh sebanyak 8.5 peratus disokong oleh sub sektor utiliti (16.6 peratus), hartanah dan perkhidmatan perniagaan (14.2 peratus), perdagangan borong dan runcit (9.6 peratus) serta pengangkutan dan penyimpanan (9.2. peratus).
  11. Sektor pembinaan terus berkembang kukuh pada kadar 8.7 peratus manakala sektor perlombongan kembali pulih pada kadar 2.1 peratus.
  12. Sektor pertanian pula berkembang 6.8 peratus disokong oleh peningkatan pengeluaran getah, ternakan dan kayu balak
  13. Dari sudut permintaan pula, pertumbuhan yang menggalakkan itu didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang kukuh khususnya melalui perkembangan penggunaan swasta (5.1 peratus) dan awam (6.3 peratus) yang terus mapan.
  14. Kegiatan pelaburan domestik juga cergas pada kadar 5.4 peratus, menggambarkan pemulihan keyakinan pelabur.
  15. Prestasi sektor luaran amat menggalakkan dengan jumlah eksport meningkat ketara sebanyak 19.3 peratus berikutan pemulihan ekonomi dan perdagangan global.
  16. Jumlah import juga berkembang kukuh pada kadar 27.5 peratus pada kadar 27.5 peratus berikutan peningkatan import barangan perantaraan (37.9 peratus), penggunaan (18.5 peratus) dan modal (9.6 peratus).

Peningkatan ini mencerminkan aktiviti ekonomi dalam negeri yang semakin rancak di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Ab Razak.



Tahniah dari kami rakyat 1Malaysia !!!


siap tulis 10.44 pm 3 Jun 2010



Analisa statistik diatas diperolehi dari blog ini http://onlyonechoicebn.blogspot.com

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate