Pengikut Blog Panglima

30 September 2010

Pemimpin dan Blogger Pas dah takut - rayu serah kerusi GALAS bukti mereka sudah terdesak !!!

Cadangan pertama keluar dari mulut Penolong Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan yang mencadangkan agar BN tidak bertanding demi perpaduan Pas Umno. 

Katanya : 

PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. 

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya
Selepas itu Nik Aziz turut mengulas cadangan Takiyudin di atas tetapi dalam nada yang agak berbeza di sini http://www.malaysiakini.com/ iaitu mengajak orang Melayu Islam menyertai PAS demi mengelakkan perpecahan berpanjangan orang Melayu Islam di Malaysia.

Mungkin dia secara peribadi agak malu untuk mengulas senada dengan Takiyudin kerana sebelum ini Umno telah dicopnya sebagai sekular, komunis dan tidak Islam...Biasalah....dah terlajak kata memang malulah muka nak berbaik.

Selepas itu Sayuti Omar telah menyokong cadangan tersebut lalu memuatkannya di blog beliau di sini

kemudian Blogger Kerabu Bersuara turut memuatkan tulisan tersebut sebagai menyokong cadangan agar Kerusi GALAS diberikan kepada PAS atas nama perpaduan di sini http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/09/cadangan-takiyuddin-perlu-disokong.html.

Dalam hal ini nampak sangat PAS hanya melutut dan merayu apabila menyedari kerugiaan yang bakal diperolehinya. Selagi tidak ada mudarat kepada politik mereka, selagi itu cadangan yang baik seperti perpaduan Melayu Islam akan dikritik habis-habisan.

Ini kerana mereka tahu GALAS adalah kubu kuat BN dan momentum GALAS boleh menjadi penentu nasib mereka PRU akan datang. Yang jelasnya Melayu sudah sedar keburukan Pakatan Rakyat yang ternyata pandai mengkritik tetapi gagal menunjukkan mereka lebih baik dari yang dikritik. Lihat sahaja akhbar Utusan Malaysia laku di pasaran seperti tulisan Azli Shukri di sini

Tidak mustahil selepas ini Hj Hadi akan membuat kenyataan yang sama untuk memastikan nasib PAS dan rakan mereka tidak akan malap jika kalah dalam DUN GALAS nanti.

Semua sedar dengan rentetan isu isu yang melibatkan orang Melayu dan Islam berlaku maka sudah tentu persepsi orang di GALAS tidak lagi sama sebelum PRU 12 yang lalu.

Mereka pasti akan memilih untuk memangkah BN atau tidak keluar mengundi sebagai protes kepada tindakan PAS yang begitu teruja membela musuh Islam DAP dan membenci saudara seagama UMNO.


Kepada pimpinan BN UMNO jangan terpedaya dengan lakonan murahan Nik Aziz yang mahu perpaduan yang hanya menguntungkan PAS sahaja kerena mereka ini adalah munafiq yang sangat berbahaya dan wajib dijauhi...

Perdamaian ada had dan tempohnya dan masa sekarang ialah perang habis habisan dengan PAS yang ternyata gagal menyahut seruan damai UMNO sebelum ini.

Jatuh PAS jatuhlah Pakatan Rakyat termasuk DAP dan PKR.

Satu satu kita 'tembak' dan satu satu juga akan gugur macam nangka busuk jatuh ke bumi !!!
Catat Ulasan