Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Januari 2011

Adun Merlimau Meninggal Dunia -PRK Terbaru Di Melaka

ADUN Merlimau meninggal dunia pukul 8.10 malam ini



20/01/2011 8:38pm

MELAKA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh doktor yang merawat Mohamad Hidhir, Datuk Dr. Suhaimi Mohd. Uda Tenang.

Ketika ini Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berada di Hospital Putra sebelum membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

Utusan difahamkan jenazah akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau malam ini. - Utusan
BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop



Panglima: moga detik yang baik saat akhir hayat Allahyarham membuktikan kesudahan yang baik telah diperolehi oleh beliau.

Pemimpin yang adil dan ikhlas memberi khidmat seperti Allahyarham terbukti mendapat rahmat Allah Taala.

Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang memberitahu sesiapa sahaja yang meninggal pada hari atau malam Jumaat akan diselamatkan dari fitnah kubur dan azabnya.

Sesiapa sahaja beriman tidak kira Pas atau Umno atau PKr akan dihisab berdasarkan amal ibadatnya.

Jika beliau membela kebenaran dan bersama orang yang benar maka pahalalah perjuangannya. Namun jika beliau itu membantu pengkhianat agama maka nerakalah tempat orang yang begitu kebiasaannya.

Lihat bukti yang dipetik dari sebuah blog di bawah :

Soalan; benarkah orang beriman yang mati pada malam jumaat atau hari jumaat akan selamat dari siksa kubur?

Jawapan;

Terdapat hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. berbunyi:

مَاْ مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللهُ تَعَالَى فِتْنَةَ الْقَبْرِ

“Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah akan selamatkannya dari fitnah kubur”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan at-Thabrani dari Abdullah bin Amru r.a.)[1]

Maksud fitnah kubur d dalam hadis di atas ialah azab kubur dan soalan malaikat di dalamnya. Sebab keselamatan tersebut menurut yang dijelaskan oleh ulamak ialah kerana kemuliaan hari jumaat. Hadis ini menunjukkan bahawa kemuliaan masa boleh memberi kesan yang besar, sama seperti kelebihan tempat.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Faidhul-Qadier, Imam al-Munawi, hadis no. 8108.
2. Tuhfah al-Ahwazi, Muhammad bin Abdurrahman al-Mubarakfuri, juz. 3, bab Ma Ja-a Fi Man Mata Yaum al-Jumu’ah.
[1] Menurut Syeikh al-Albani, hadis ini jika dihimpunkan keseluruhan jalan periwayatannya, maka darjahnya adalah hasan. (Lihat kitab beliau; Ahkam al-Janaiz, di bawah tajuk; ‘Alamati husnul-khatimah).

sumber : Blog Ilmu dan ulama

2 ulasan:

hisham berkata...

selepas ini...kalau umno nak pilih calon kenalah pastikan yang dipilih itu benar2 sihat...tak ada penyakit yang serius.
kena buat madical chek-up.biar calon yang betul2 sihat.
sihat dari segala penyakit...baik penyakit pada diri atau hati.
maksud hati ialah calon tersebut bersih dari sifat bongkak,pandai bolot projek..dan tak ada penyakit kencing.
bukan kencing manis tapi kencing rakyat.
kalau yang dah monopouse tu tak payah la pilih..biar yang muda dan bertenaga dan mempunyai semangat juang untuk membela rakyat.
buat apa melantik tunggul reput yang menanti masa untuk tumbang.
memanglah nak mati bukan kira tua atau muda,tapi kalau setahun dua dah jalan...
membazir wang rakyat sahaja.
ramai anak2 muda yang layak dan berpendidikan tinggi dalam umno.
tunggul reput juga yang diutamakan.
umno dikatakan busuk sampai ke usus dan salah satunya puncanya ialah kerana memilih calon yang menghabiskan beras.
cakap nak mendapatkan sokongan golongan muda,tapi umno masih menyimpan barang antik yang hanya layak disimpan dalam arkib.
umno harus berani berubah...sekarang bukan masa untuk bernostalgia dengan pemimpin2 yang luput tarikh.

Panglima Perang Cyber berkata...

PAndangan yg sgt bagus utk difikirkan semua pihak

Cari Blog Ini

Translate