
PRK DUN Tenang: Penolong pegawai daerah calon BN
19/01/2011 6:28pm
![]() |
MUHYIDDIN Yasin bersama-sama calon BN PRK DUN Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim (tengah) mengangkat tangan selepas pengumuman Mohd. Azhar sebagai calon BN di pejabat UMNO Bahagian Labis, Segamat, Johor. 19 Jan. 2011. - Utusan/ISHAK RAHMAD |
LABIS 19 Jan. - Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd. Azhar Ibrahim, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang pada 30 Januari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Labis, di sini, petang ini.
Mohd. Azhar, yang dilahirkan di Labis dan anak bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud, bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan. - Bernama
sumber : http://utusan.com.my/
2 ulasan:
Selamat Berjuang
moga menang di tenang
Catat Ulasan