Pelik apabila Penjawat Awam iaitu Pengarah Pelajaran Negeri Johor mahu sokongan diberikan kepada kerajaan tetapi dalam masa yang sama mereka tidak mahu mengaku calon mereka sendiri menolak kerajaan yang memberinya gaji tiap bulan.
Sejak 1997 hinggalah 2010 calon Pas Prk Tenang jelas mengaku menjadi aktivis Pas (rujuk berita pengumuman calon) dan tiada pula sebarang tindakan tatatertib dikenakan terhadap beliau. Dan apabila seruan murni agar disokong kerajaan kejian dilemparkan? moral dan sivik 'brand' apakah yang diguna oleh pembangkang hari ini?
Bukankah setiap penjawat awam perlu setia kepada kerajaan dan tidak salah mengajak orang lan menyokong bersama? ia jika tidak dikategorikan sebagai wajib sekalipun kita boleh kata ia satu perbuatan yang terpuji selaku rakyat dan pekerja yang taat kepada majikannya. Bahkan sesiapa sahaja menjadi kerajaan wajib ditaati oleh penjawat awam...
Penjawat awam adalah terikat dengan akujanji dan akta kerahsiaan. Jika mereka tidak dapat menerima kerajaan yang menjadi majikannya maka tindakan meletakkan jawatan adalah pilihan yang ada.
Namun calon Pas dan Pas sendiri gagal memahami maksud sebenar yang dimaksudkan oleh Pengarah Johor tersebut bahkan mempolitikkannya. Jelas mereka gagal memahami adab berpolitik yang betul di mana pihak tidak terlibat dalam politik sepatutnya tidak boleh dijadikan sasaran.
Rujuk kembali bagaimana dalam siri peperangan golongan yang tidak terlibat seperti kanak-kanak,orang tua dan wanita tidak boleh dibunuh atau dicederakan. Tetapi dalam kes sekarang pihak berkecuali seperti Pengarah Pelajaran Johor ini terpaksa menjadi korban kepada kerakudan politik pembangkang yang jelas kekeringan isu untuk dmainkan di Prk Tenang.
Cukuplah satu persatu agensi dan penjawat awam telah menjadi mangsa keadaan. Bukankah jika PR mengambil alih negara mereka inilah yang akan menjadi tulang belakang kerajaan?
Kenapakah pihak tidak bersalah dijadikan mangsa sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa yang mengancam Pakatan ?
Penjawat awam seluruh negara harus sedar hal ini dan memikirkan kembali jika mereka masih ada hati mahu mengundi atau melihat pembangkang yang tidak bermoral ini mengambil alih kerajaan Pru akan datang.
fikirlah dengan tenang untuk ketenangan masa depan anak cucu kita serta nasib agama bangsa negara tercinta.
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam Tuan..saya dah link dan follow blog Tuan...TQ
Catat Ulasan