Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Februari 2011

Kesan Apabila Pemberontakan Kuasa Rakyat Menyusahkan Rakyat Akhirnya !!!





Pengunduran Presiden Mesir Hosni Mubarak disambut dengan penuh kegembiraan oleh rakyat Mesir. Tanda tunjuk perasaan yang dibuat selama 18 hari telah berjaya mencapai matlamatnya menjatuhkan Presiden Mesir yang telah 30 tahun memegang kuasa.

Namun ketika kuasa rakyat telah mencapai hasrat yang mereka inginkan , hari ini  kesan dari perbuatan yang layak disebut 'pemberontakan' itu kembali menyusahkan rakyat juga akhirnya.

Lihat berita terbaru dari Utusan Malaysia melaporkan 600 banduan telah terlepas dari penjara. Termasuk militan. Ini kali kedua banduan melarikan selepas kali pertama pada 28 Jan yang lalu.




Bayangkan apabila penjenayah telah melarikan diri dan pihak keselamatan tidak lagi mampu mengawal situasi maka kehidupan sudah tidak lagi tenang dan aman. Pelajar kita turut mengakui bagaimana kegiatan mencuri berleluasa selepas keamanan telah hilang kerana pemberontakan tersebut. Dan kuasa rakyat yang dijana gelombangnya oleh agen pro Barat itulah yang menjadi punca kepada situasi tersebut. 

Baca balik artikel Panglima tentang perkara tersebut di sini :



Rakyat sebenarnya tidak akan memberontak kecuali mereka telah marah dan geram kepada pemerintah. Banyak isu yang sengaja direka bukan realiti yang berlaku pada hakikatnya. 

Seperti di Mesir revolusi ini telah digerakkan oleh proksi Barat seperti Wael Ghonim - Eksekutif Google yang diangkat wira kebangkitan rakyat. Yang sebenarnya adalah petualang yang menjadi punca ratusan nyawa telah hilang dan beribu mengalami kecederaan.

Adakah rakyat Malaysia inginkan perkara sebegitu berlaku di negara kita ? Adakah petualang seperti ini patut ada di negara kita.

Sebelum ini bukan kita tidak sedar bagaimana demonstrasi yang dibuat oleh pembangkang telah menyusahkan rakyat pada akhirnya. Kesesakan jalan, kemusnahan harta benda, ketakutan dan berbagai lagi kesan sampingan termasuk kepada ekonomi telah merugikan semua pihak termasuk negara tersebut. 

Oleh itu gunakan media baru yang menjadi 'kuasa' mempengaruhi rakyat bukan untuk menjatuhkan kerajaan seperti yang terjadi di Tunisia dan Mesir.

Tetapi gunakanlah ia untuk mempertahankan kerajaan serta menolak unsur pemberontakan seperti yang cuba ditiupkan oleh pembangkang. Jika ada kelemahan maka media baru ini jugalah yang akan menghebahkan perkara ini agar ia dengan segera diperbetulkan oleh pihak yang terlibat.

Sebab itu maka Blogger Pembela Negara menyedari perkara ini sangat penting diberitahu kepada anda dan menolak sebarang usaha menjatuhkan pemerintah secara tidak sah seperti yang berlaku di negara Mesir dan Tunisia. Kita menyokong usaha peralihan kuasa dilakukan dengan cara mengambil kira suara rakyat yang diterjemahkan melalui undi setiap 5 tahun sekali.

Kenapa mereka memilih jalan demonstrasi ?

Ini kerana pembangkang sedar pemilihan melalui demokrasi dalam pilihanraya tidak menjanjikan keputusan yang membolehkan mereka menerajui negara ini. Perkara yang sama berlaku di Mesir.

Namun mereka telah mengkaji dan menimba pengalaman di beberapa buah negeri lain ( contoh Iran ) kaedah menghasut rakyat yang mudah diprovokasi adalah cara terbaik dan paling mudah untuk menjayakan matlamat mereka.

Kejatuhan Empayah Othmaniyyah juga disebabkan hasutan berlaku yang dicetuskan oleh agen British yang mahu mengambil alih Mekah dan Madinah dan dibantu golongan agama bernama Muhammad Abd Wahab.

Perkara yang sama di Mesir di mana golongan agama seperti Ikhwanulmuslimin telah turut menyertai pemberontakan.

Maka tugas kitalah menghalang perkara itu berlaku.

Selamat berjuang kepada rakan-rakan maya dan juga selamat datang kepada pejuang maya yang semakin ramai dari masa ke semasa.

Moga kita akan berjaya untuk misi pertahankan kesucian Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

1 ulasan:

Mohd berkata...

Sejak akhir2 ini, tindakan2 PAS yg bodoh2 telah menjatuhkan imej PAS di mata rakyat Malysia terutamanya di kalangan kaum Melayu, kecuali lebai2 PAS yg ada kepentingan utk mengsonglap duit rakyat yg dilabelkan sbg derma jihad utk mengelirukan orang2 Melayu yg tidak berapa cerdik.
Ingat Dana Memali? Ingat Kohilal?
Setelah PAS dan Anwar sedar bahawa mereka tidak akan menang di PRU13 nanti, mereka akan mengambil jalan utk menghasut rakyat jelata utk memberontak!
Melayu mudah lupa ..........

Cari Blog Ini

Translate