Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Februari 2011

Kemaskini : Tolong Hentikan Debat 'Interlok' !!!

Malaysiakini melaporkan wakil 140 NGO India tidak bersetuju novel Interlok dijadikan teks sekolah.


Tanpa sebarang alasan yang kukuh dan selepas 40 tahun, tindakan membantah novel tersebut adalah dilihat bukan tindakan bijak.

Ibarat membantah sesuatu yang sudah terlalu lama diterima oleh masyarakat tanpa sebarang masalah di negara kita. Adakah sudah ada yang mati bergaduh antara kaum akibat novel tersebut?

Tindakan itu juga seolah-olah membuka pekung di dada pemimpin mereka sendiri (india) yang dilihat gagal menemui perkataan ' paria' yang disebutkan di dalamnya selama 40 tahun.

Adakah sudah tidak ada lagi isu lain yang relevan untuk dibangkitkan demi kepentingan masyarakat India?

Adakah isu novel itu terlalu besar melebihi isu ekononi, sosial dan taraf pendidikan bangsa mereka?


Come on bro, jangan masa emas kita dihabiskan untuk perkara ini. Yang akan untung jika kaum India perbesarkab isu ini ialah Pakatan Rosak yang sudah hampir karam akhir-akhir ini.


Mari kita hentikan perdebatan dan kukuhkan perpaduan!

Negara aman rakyat senang.




Sent from my iPhone



 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate