Dr Asri dilaporkan Malaysiakini berkata bahawa tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan..
Katanya lagi, rakyat tidak akan tahan dengan kekangan dan penindasan. Beliau juga membangkitkan isu kebebasan bersuara yang terhakis tanpa membentangkan fakta yang kukuh terhadap kenyataan tanpa asas itu. Kenyataan beliau jelas seperti ingin memindahkan semangat memberontak atas nama KUASA RAKYAT @ revolusi ke negara kita.
Amin Iskandar geng PKR dan penulis kolum Malaysiakini juga ada menulis tentang revolusi di sini http://malaysiakini.com/
Soalnya kebebasan bersuara jenis apakah yang dimaksudkan oleh mantan Mufti Perlis ini?
Adakah ia kebebasan menyebarkan agama lain ? atau kebebasan mengkritik agama Islam ? Atau kebebasan mengkritik Raja Islam ? atau menyebarkan ajaran wahabi ?
Sebelum pergi jauh mari kita nilaikan dulu sosok tubuh bernama Dr Asri ini yang telah dibongkar oleh Panglima :
1. Kesalahan Asri mendaifkan hadis 'Menuntut Ilmu hingga ke China'
2. Ketakburan beliau mengkritik Mufti Mufti
3. Fatwa Asri tentang Bulan Rejab
4. Kenapa jawatan Asri ditamatkan
5. Kenyataan Pengarah JAIS Asri boleh dipenjara
Kesemuanya boleh dirujuk di link ini http://penembak-tepat.blogspot.com/
Mujurlah hari itu Dr Asri tidak meneruskan hasratnya masuk UMNO selepas dikecam pelbagai pihak termasuk oleh Panglima sendiri sini dan sini. Ternyata Allah masih memelihara parti keramat Melayu Islam UMNO dari dicemari golongan agama versi Khawarij Moden seperti Asri yang pro wahabi ini.
Sejarah Islam menunjukkan golongan wahabi adalah golongan yang militan dan ekstrim di mana sahaja. Mereka tidak segan mengangkat senjata atau menghasut rakyat menentang pemerintah atau ulil amri. Serbuan terhadap golongan tersebut di Gombak tahun lalu menunjukkan mereka sudah menjadi satu ancaman tidak langsung kepada negara kita. Klik link berkaitannya di sini http://salafiah.net/
Ramai antara kita tidak sedar bahawa di Arab Saudi sendiri pemerintah mereka sekarang sudah menyedari aliran fahaman ini tidak sama dengan ajaran Islam yang sebenar. Penerangan demi penerangan oleh Ulama Sunnah telah berjaya merubah pandangan Raja Saudi terhadap fahaman ini sehingga mereka tidak lagi dapat bergerak dengan bebas di sana.
Dilaporkan dalam blog http://abuumar.multiply.com/ semasa perasmian “Konferensi Internasional Fikih Persatuan Dunia Islam” yang ke-19 di Arab Saudi, Raja Abdullah menyebut bahwa para mufti Wahabi Takfiri itu sebagai “ulama satelit dan internet”, dan menvonis mereka telah melakukan kebohongan terhadap Allah.
Lanjut lagi titah baginda : Melihat fenomena-fenomena semacam tadi, dan fenomena yang lain, akhirnya Raja Arab Saudi (Abdullah) menyebut para mufti Jamaah Takfiri (Wahhaby ekstrim), yang suka mengeluarkan fatwa mengkafirkan kelompok muslimin lain itu sebagai orang-orang yang “sesat dan menyesatkan”.
Sejarah mereka telah bermula di zaman Rasulullah saw lagi di mana golongan asal Wahabi digelar Khawarij telah memulakan penentangan dalam diam terhadap kepimpinan Rasulullah saw.
Mereka menimbulkan berbagai isu seperti ghanimah (harta rampasan perang) dan juga berbagai isu lain. Hingga hampir sahaja Saidina Umar ra mahu membunuh golongan ini namun dihalang oleh Nabi yang tidak mahu dikata membunuh sahabatnya kemudian hari. Hal ini diriwayatkan dan disiar oleh laman MYQURAN di sini - http://myquran.com/
Dari Abi Said Al‑Khudry berkata, Tatkala kami bersama Rasulullah saw. dan beliau sedang membagikan ghanimah, datang Dzul Khuwaishirah salah seorang dari Bani Tamim dan berkata, “Wahai Rasulullah berbuat adillah!”
Berkata Rasulullah saw., “Celaka! Siapa yang akan berbuat adil jika saya tidak berbuat adil? Niscaya saya celaka dan binasa jika saya tidak adil.” Berkata Umar bin Khattab, “Wahai Rasulullah! Ijinkan saya memenggal lehernya.”
Berkata Rasulullah saw., “Biarkanlah dia. Sesunggulinya dia mempunyai banyak teman, dirnana dianggap remeh shalat di antara kalian dibanding shalat mereka, puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca Al‑Qur’an tidak sampai kecuali pada tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam sebagaimana lepasnya anak panah dari busur.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Namun akhirnya sejarah mencatatkan kepada kita bahawa sahabat Nabi sendiri merangkap menantu baginda, Saidina Ali ra telah dibunuh oleh golongan ekstrim ini. Khawarij berjaya membunuh Saidina Ali pada 17 Ramadhan ketika beliau sedang menunaikan solat subuh di masjid Kufah.
dua hari kemudian beliau wafat,yakni pada tahun 40H,atau 661M,dalam usia 63 tahun, setelah menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan. Dan orang yang membunuh Saidina Ali pada subuh itu bernama Abd Rahman Bin Al-Muljam.
Rujukan : Buku Siapa ahli Sunnah Wal Jamaah disusun: Umar Hasyim dan buku Ali bin Abu Talib: sahabat dan pejuang (Cerdik Publication Snd.Bhd)
Amat jelas kepada kita bahawa Khawarij ini adalah musuh dalam selimut yang paling berbahaya kepada Islam. Kupasan tentang Khawarij ada ditulis Dr Uthman ElMuhammady di sini dan sini . Percanggahan antara Ahli Sunnah dengan Khawarij antaranya Ahli Sunnah berpendapat yang kekal dalam neraka ialah mereka yang tidak membawa iman, berlawanan dengan pendapat Khawarij dan Qadariah yang mengajarkan kekal di dalamnya tiap-tiap orang yang masuk ke dalamnya.
Revolusi di Malaysia juga sudah digembar-gemburkan oleh PAS yang juga pro Wahabi seperti kenyataan di sini dan sini. Seperti mana sejarah di Mekah semasa Khalifah Islam dari Empayar Uthmaniyyah dijatuhkan, golongan agama yang ditolak majoriti Ulama Mekah -lah yang menjadi penerajunya !
Jangan kita sokong gerakan songsang ini kerana mereka bukan membawa ajaran sebenar Islam dan Kesan keruntuhan berbanding semasa pemerintahan pemerintah yang difitnah sebagai zalim, kuku besi dan korup adalah lebih teruk berbanding sebelumnya. Hingga hari ini Empayar Islam tidak lagi ditegakkan selepas dijatuhkan oleh ahli agama dan orang Islam sendiri (munafiq)!
Fikirkanlah.mari kita berdoa agar pemerintah kita tetap teguh atas iman dan taqwa agar keamanan dan kemakmuran melimpah ruah di dunia hingga alam akhirat sana.
Amin Amin Amin dengan berkat sambutan detik kelahiran Nabi Tercinta saw esok hari ....
Bisirril Al Faaatihah
Allahumma Solli Wasallim Wabaarik 'Alaih
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
2 ulasan:
Bro,
Jgn salah faham maksud dia. Apa yg dikatakan mmg betul. Kalau rakyat terkekang, ditindas, tak cukup makan, kerja takde (tgk % yg tak kerja kat negara2 tu) etc. Mmg la akan ada kemungkinan utk rakyat memberontak.
So ambik sebagai mende yg positif (jgn asik negatif). Kalau DS Najib mampu buat semua tu. Rakyat hidup ngan baik (mcm sekarang), then takde sebab kenapa rakyat nak memberontak. Yg terjadi pada kaum Cina, sebabnya diapi2kan oleh DAP, PKR etc. Bukan salah DS Najib.
malaysia kini media pukimak mamat nie pula nak popular apa punya banggang nak samakan malaysia macam mesir ...suruh dia pi belajar lagi laaa...tak ada hormat punay aku dekat mamat nie satu kaum dengan nicky laa nie...
Catat Ulasan