Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Februari 2011

Takziah Kepada Datuk Seri Zahid Hamidi & Isteri !!!

Al Fatihah 

Panglima dan rakan Blogger Pembela Negara ingin mengucapkan takziah atas pemergian ibu mentua Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Semoga roh Allahyarhamah akan diberi syafaat para Nabi dan Wali - Insya Allah.

Mari kita bersedia untuk detik kematian dengan menghentikan perbalahan dan bersatu demi kekuatan roh dan jasad agama Islam.

Kegerunan musuh akan timbul apabila kita bersatu.

Dulu musuh gerun jarak sebulan perjalanan kerana kekuatan rohani Nabi dan Sahabat !!!





Jenazah ibu mentua Zahid selamat disemadi


2011/02/14

MASJID TANAH: Jenazah Salmah Yahya, ibu mentua Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Empang Batu dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari semalam. 

Allahyarhamah, 74, meninggal dunia di Hospital Tentera Kem Terendak, Sungai Udang kira-kira jam 1.45 pagi semalam akibat kegagalan organ dalaman.
Ahmad Zahid ketika ditemui berkata, Salmah yang juga seorang pesara polis dimasukkan ke hospital terbabit sejak awal bulan lalu kerana sakit tua dan mengalami masalah di bahagian paru-paru.
“Saya dan isteri, serta ahli keluarga lain sempat berada di sisi arwah, sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

“Bagi saya, arwah seorang ibu mentua yang baik serta berjaya mendidik anak-anaknya sehingga berjaya,” katanya. 

Anak ketiga Salmah, Kamaruzaman Khamis, 52, berkata isteri Ahmad Zahid, Hamidah anak kedua daripada enam beradik kepada Allahyarhamah. 

“Saya mengucapkan terima kasih bagi pihak keluarga kepada semua doktor yang merawat ibu saya termasuk Pegawai Pemerintah Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Brig Jen Datuk Dr Chia Lip Meng. 
“Tidak dilupakan kepada Panglima Tiga Divisyen, Mejar Jen Datuk Razali Ahmad, anggota tentera serta penduduk kampung yang bersama-sama menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan,” katanya. 

Antara kenamaan yang menziarahi jenazah, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

1 ulasan:

putih suci berkata...

salam
nk bgth tahu blog saya yg baru
susuk-emas.blogspot.com
blog yg asal ade masalah teknikal
sekian terima kasih

Cari Blog Ini

Translate