Ia telah menjadi kemarahan umat Islam yang nampak seolah-olah poligami yang menjadi sunnah nabi diperlekeh dan dihina.
Maka Panglima minta jasa baik Berita Harian dan wartawan serta doktor yang terlibat dalam penghinaan yang mungkin tidak disedari ini memohon maaf. Atau membuat penjelasan berkenaannya.
Penghinaan ini tidak boleh diterima kerana ia seperti ingin memburukkan Sunnah Nabi yang mengamalkan poligami.
Jika benar sekalipun penggunaan tajuk yang sesuai perlu dibuat agar tidak menimbulkan kemarahan umat Islam apatah lagi di hari menyambut Maulidurrasul ini.
Harap semua pihak berhati-hati jangan perlekeh konsep poligami yang dibenarkan Islam untuk elak penyakit Zahir dan Batin yang lebih teruk kepada masyarakat.
Jika ada kes terpencil akibat poligami janganlah ia dijadikan tajuk artikel seperti ini.
Ramai facebookers beragama Islam telah marah membaca artikel tersebut dan dalam masa 34 minit 78 komen telah ditulis mengecam perbuatan tersebut !
Hingga pagi ini sudah 131 komen sudah ditulis di wall FB Berita Harian Online tersebut. Antaranya :
- Aja Arianna Statement ni betul2 menyakitkan hati bg umat islam..seolah-olah ini menunjukkan islam itu tdk benar sedangkan islam itu memandang tinggi akan kebersihan samada seseorang itu berpoligami ataupun tidak. Asasnya adalah" kebersihan & kesihatan "14 jam yang lalu · · 3 orang ·
- Mohd Syazril Mustafa eleh..tajuk kontroversi...ble kena saman,marah tak tentu pasal.14 jam yang lalu · ·
Muaz Muazzo Kalaw nak cari publisiti@nak napatkan minat 0rg bca paper pun x kan sggup gadaikan akidah?artikel sbgini jelas haramkan apa y dihalalkan Allah..terlalu mgkali sains tanpa jdkan quran sbgai rujukan..akhir zaman..mintak2 malaysia jauh dri bala Allah
14 jam yang lalu · · 6 orang ·
Asuwadi Ismail HARAP BERITA HARIAN MINTAK MAAF ISU NI....JANGAN BUAT ORG ISLAM MARAH...
14 jam yang lalu · ·
Zalilah Bainun Apa da berita macam ni pun boleh disiarkan... penulis dan editor nya sama-sama jahil... ada ke salahkan poligami.. poligami tu Allah yang benarkan... yang jahil manusia yang melakukan poligami... kalau tulis lagi sampah... alamat jadi sampah le BH kejap lagi!
14 jam yang lalu · ·
هايرول مورابي
Sememangnya org yang jahil tidak punya rasa sensitif dan perihatin terhadap imej Islam.
Poligami adalah isu Islam sebab dalam Islam sahaja ada poligami.
Jika lelaki tak jaga kebersihan, maka salahkan lelaki bukan salahkan poligami.
Dalam surah An-Nisa, ayat 3 Allah SWT memberi izin kepada para lelaki untuk berpoligami.
Mempersenda poligami seolah2 menghina Allah dan menghina Islam. Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik buat manusia.
Jangan disebabkan ingin menjadi editor atau pun doktor yg populis maka sanggup menulis artikel yang menghina Islam.

Pemulihan Khas Nanga Kua
Sila ubah tajuk sekurang2nya...mengeliruka n...boleh mengakibatkan kebimbangan majoriti rakyat di Malaysia (Islam dan Orang Melayu)...Berita yang sensitif ini seharusnya mengambil kira pandangan Pihak berkuasa dan Ulama...Mana hujahnya? Buktinya? Poligami antara penyebab kanser?
Jika benar, pihak yang mengeluarkan kenyataan harus tampil dengan bukti kajian yang kukuh dan ilmiah serta harus dibuat secara rasmi, bukan baling batu, sembunyi tangan, tangkap muat.
Jangan jatuhkan martabat akhbar BH setaraf tabloid murahan! Sekadar menjual isu sensitif bagi melariskan jualan akhbar!

Harap Berita Harian akan sedar dan berbuat sesuatu tentang perkara ini.
Salam Maulidurrasul 1432 H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan