Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 September 2011

Gempar - Mat Sabu Kata Kita Perlu Berterima Kasih Dengan Chin Peng !!!



Ketika isu Mat Indra belum lagi reda, Panglima ingin mengaitkan kenyataan Mat Sabu yang kini menjadi Timbalan Presiden PAS tentang desakan beliau agar kita berterima kasih kepada Chin Peng. Ia telah disiar oleh Merdeka Review dua tahun lalu di link ini http://merdekareview.com/








Sebelum kita menyoal balik, kenyataan beliau yang disiar dalam Merdeka Review ini sangat berbahaya. Meskipun sudah dua tahun ia diucapkan tetapi ia tetap menjadi satu rujukan kepada orang muda yang mungkin agak buta sejarah tanah air kita. Ini rentetan dari kecelaruan pemahaman tentang sejarah yang telah menjadi punca kenapa Mat Sabu sanggup mengangkat Mat Indra sebagai hero pada 21 Ogos yang lalu dan menganggap Chin Peng berjasa sehingga perlu kita berterima kasih kepadanya.

Alasan Mat Sabu kerana Chin Peng telah membunuh Henry Gurney yang pernah menyeksa penduduk Palestin. Sedangkan Mat Sabu tidak pula mahu mengungkit kekejaman komunis di bawah pimpinan Chin Peng yang telah mengorbankan lebih kurang 2,542 nyawa yang tidak berdosa ketika era darurat dari tahun 1948 sehingga 1960.

Panglima yakin tindakan Chin Peng membunuh Henry Gurney bukan disebabkan beliau beragama Islam. Komunis tidak ada semangat juang Islam kerana mereka anti Tuhan dan mustahil pembunuhan Henry Gurney oleh Chin Peng atas dasar perbuatan kejam beliau menyeksa penduduk Palestin serta membuka penempatan Yahudi di sana.

Ketaksuban Mat Sabu terhadap DAP makin jelas apabila artikel tentang 'jangan terperanjat anak tokoh PAS bertanding atas tiket DAP' disiar oleh Merdeka Review juga di sini http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11850

Mari kita imbas kembali kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh Chin Peng - yang turut diminta dibenar pulang oleh Anwar Ibrahim - serta diminta kepada kita oleh Mat Sabu untuk berterima kasih kepadanya. Jangan terkejut komunis turut mensasarkan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda dalam satu serangan mereka terhadap keretapi di Tampin Negeri Sembilan pada 14 November 1951.

Info di bawah diperolehi dari blog sejarah yang anda boleh klik di sini :




Info Kes-Kes keganasan komunis

· Serang hendap di Kelian Intan - 10 September 1947

Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah. Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.

· Pembunuhan di Sungai Siput, Perak - 16 Jun 1948

Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G Christian, A.E Walker dan J.M Allison. Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya penyebab kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat di Perak. Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Pembunuhan ini disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini.

· Serangan ke atas kampung Jeram Choh, Johor - 18 Jun 1948

Ia dilakukan kira-kira 20 pengganas komunis lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.

· Tragedi lombong Batu Arang, Selangor - 12 Julai 1948

Lombong ini ditawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban.

· Sabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak - 19 Januari 1950

Serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari.

· Serang hendap di Seberang Perai - 22 Januari 1950

Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah.

· Serangan di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak - 4 Februari 1950

Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

· Peristiwa Bukit Kepong - 23 Februari 1950

150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak. ( panglima : semua Melayu kecuali seorang Cina )

· Serang hendap di Sungai Semur, Kelantan - 25 Mac 1950

Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.

· Pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu, Bukit Fraser - 6 Oktober 1951 

Sir Henry, Pesuruhjaya Tinggi British pada 1948 hingga 1951 diberi tanggungjawab membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Dia dan isteri ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur untuk bercuti.

· Serang hendap kereta api, Tampin, Negeri Sembilan - 14 November 1951

Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin.

Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.

· Pokok getah seluruh Tanah Melayu ditetak (1948 - 1951)

Ia adalah tindak balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka. Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah.

Sumber: Berita Harian Online

Pergi juga baca artikel tentang kisah adik Mat Indera berumur 4 tahun ketika abangnya menyerang komunis, yang jelas digunakan oleh PAS untuk misi selamatkan Mat Sabu.

Artikel lanjut klik link di bawah :


http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/09/mat-indera-antara-budak-4-tahun-dan.html



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih






Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate