Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 September 2011

Parti Gerakan Tawar Biasiswa Percuma Untuk Mat Sabu Sambung Belajar Sejarah!

Gerakan tawar biasiswa untuk Mat Sabu belajar sejarah

2011/09/10 KUALA LUMPUR: Gerakan bersedia menawarkan biasiswa kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, untuk mempelajari semula sejarah negara di universiti tempatan kerana beliau dilihat masih kurang arif mengenai sejarah negara.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata pemimpin parti pembangkang itu boleh dikatakan buta sejarah selepas melabelkan anggota Parti Komunis Malaya, Mat Indera, sebagai wira sebenar dalam insiden serangan Balai Polis Bukit Kepong.

"Adalah jelas beliau ini buta sejarah, kalau begini, Gerakan bersedia untuk menawarkan biasiswa kepada beliau supaya belajar semula sejarah di universiti tempatan.

"Selain itu, beliau boleh juga belajar sejarah sebenar negara dari pakar-pakar sejarah yang lain seperti Profesor Dr Khoo Khay Kim," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Gerakan di Menara PGRM hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Koh berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, perlu peka dengan perjalanan sejarah negara dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu mengikut pemahaman sendiri.

"Beliau mesti peka dengan apa yang berlaku dalam sejarah negara, dan jika masih gagal memahaminya, Mat Sabu bolehlah dibawa duduk di hadapan Tugu Negara untuk menghayati sejarah itu," katanya.

Mat Sabu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong, adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara. -BERNAMA


Panglima - kenyataan ini sangat wajar kerana mampu menafikan dakwaan pembangkang bahawa Mat Indra pejuang kemerdekaan.

Kenyataan ini tentu menjadi peringatan kepada cina yang lain agar berhenti dari menyokong pro komunis seperti Mat Syabu dan juga Pakatan.

Hanya mereka dalam Pakatan yang minta Chin Peng dibenarkan pulang. walaupun tahu betapa besarnya dosa yang dilakukan oleh Chin Peng. Selaku perancang utama keganasan terhadap anggota keselamatan dan rakyat biasa.
Published with Blogger-droid v1.7.3









2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

belajar sejarah semula? aik mana mau belajar mat sabung ni, masa muda dulu pun asyik ponteng pergi demontrasi saja, dah tua ni otak dah karat dah, cakap pun dah melalut dah, macam mana mau lulus, aku ingat kalau dia pi belajar nak dapat 1.9 pun payah.

Rangga berkata...

1.Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan di KL sbg parti politik pd Ogos 1938. Dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaakob, organisasi Melayu pertama menuntut merdeka.
2.Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pd 1930 dipimpin oleh Lai Teck & diganti oleh Chin Peng pd 1948. Semasa pendudukan Jepun, PKM bekerjasama dgn British menentang Jepun. PKM menubuhkan MPAJA selepas buat perjanjian antara Lai Teck, Chin Peng & John Davies yg mana British bekerjasama membekalkan senjata & PKM bekerjasama dgn FORCE 136 berjuang secara gerila melawan Jepun.
Chin Peng pernah dianugerahkan pingat Order of the British Empire (OBE) kerana jsa beliau membantu British.
PKM memberontak melawan British apb Persekutuan Tanah Melayu diujudkan & parti2 politik berhaluan kiri diabaikan....

Ni fakta sejarah yg perlu dikupas...
sejarah pejuang2 lain akan menyusul...

Cari Blog Ini

Translate