Itulah nasib bila berjuang mempertahankan negaranya dari dirampas dikuasai Amerika. Dibiar ditonton oleh rakyatnya walau sudah meninggal dunia.
Ketika hidup Muammar Gaddafi sangat berani melawan Amerika dan PBB. Malah pernah mengingatkan pemimpin Arab lain agar jangan menjadi barua Amerika. Kerana tragedi yang menimpa Saddam Husein menjadi bukti bahawa musuh Islam seperti Amerika memang tidak boleh dipercaya.
Kematian MG tidak akan menghentikan perjuangan umat Islam melawan Amerika.Bahkan ia akan menjadi baja kepada pokok perpaduan umat Islam dalam menguatkan saf mereka.
Kebangkitan Islam akhir zaman ini akan berlaku walau cuba dihalang oleh musuh Allah. Petanda keruntuhan Amerika makin jelas. Ekonomi yang menjadi nyawa mereka sudah semakin lemah.
Golongan yang merelakan diri menjadi barua Amerika samada di Libya atau Malaysia akan sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan habuan dunia. Walau ke peringkat membunuh pemimpin sendiri yang empat dekad menghambakan diri demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyatnya.
Iktibarnya ialah jangan kita jadi seperti mereka. Nafsu jangan diturut. Agama hendaklah diikut. Jangan kerana dunia kita gelap mata.
Sebelum ini pembunuhan di negara kita sudah berlaku dalam bentuk pembunuhan karakter melalui fitnah. Semua sudah mengetahui bagaimana Perdana Menteri difitnah membunuh Altantunya.
Walhal sudah empat kali PM bersumpah dengan nama Allah menafikannya. Bukti juga tidak dikemukakan untuk menguatkan fitnah tersebut.
Akhirnya KUASA ALLAH telah menimpa kepada pembuat fitnah. Video seks yang disahkan tulen oleh pakar telah dibongkar oleh kawan baiknya sendiri. Balasan segera Allah kepadanya di atas dunia lagi.
Taatlah wahai saudara/i ku sekelian kepada ulil amri dan ulama. Jangan biarkan dua golongan ini bercerai.
Keamanan negara kita sangat bergantung kepada mereka. Mari kita tingkatkan usaha menentang puak munafiq fasiq yang ghairah meraih kuasa menggunakan fitnah dan penipuan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
2 ulasan:
pejuang islam...arak penuh dlm rumah?? 70% rakyat misikin walaupun ade reserve minyak yg banyak??
perlu ke aku gelak...atau menangis?
Gaddafi juga pernah menjemput lebih 200 kerabat raja Afrika dan pemimpin puak ke bandar Benghazi yang terletak di pinggir Laut Mediterranean bagi menyokong kempen Penyatuan Afrika.
DI benua Afrika, Gaddafi ibarat seorang raja.
“Kita mahu tentera Afrika mempertahankan Afrika, kita mahu mata wang tunggal Afrika dan kita hanya perlukan satu pasport untuk mengembara ke seluruh negara di Afrika,” beritahu Gaddafi kepada kumpulan itu yang datang dengan memakai mahkota emas dan pakaian kebesaran berwarna-warni.
Selepas peristiwa itu, Gaddafi mula digelar ‘Raja Segala Raja’ di Afrika.
Salah satu sumbangan terbesar Gaddafi kepada negaranya ialah usahanya membina ‘sungai buatan’ bertujuan menyalurkan air bawah tanah ke seluruh negara Libya yang tandus itu. Malah bagi rakyat Libya, projek yang dikenali sebagai Great Man-Made River Project itu merupakan Keajaiban Kelapan Dunia.
Pembaharuan
Gaddafi menggunakan kepintaran dan kekayaan negara itu untuk mengairi kawasan tandus berkenaan.
Bagi mengatasi masalah mendapatkan air bersih buat seluruh warga Libya, pembinaan paip air gergasi itu dimulakan pada Ogos 1984 di Brega.
Libya tidak mempunyai kepakaran tempatan untuk membina projek besar itu. Tetapi atas kekayaan hasil minyak, Gaddafi menjemput kepakaran luar untuk membantunya termasuklah dari Korea Selatan, Turki, Jerman, Filipina dan Britain.
Pada September 1993, lengkaplah pembinaan fasa pertama projek itu yang bermula dari timur di Sarir dan Tazerbo hinggalah ke Benghazi. Tiga tahun kemudian usaha menyalurkan air dari Tripoli ke barat iaitu di Jebel Hassouna siap.
Menyingkap sejarah lalu, air bawah tanah Libya itu ditemui secara tidak sengaja ketika usaha mencari telaga minyak baharu pada tahun 1953.
Daripada analisis radio karbon, sumber air fosil itu dianggarkan berusia kira-kira 40,000 tahun.
Kini, usaha itu membuahkan hasil apabila kira-kira 1,300 kilometer persegi tanah disalurkan dengan air untuk perladangan. Sebahagian tanaman itu adalah untuk makanan di dalam negara.
Tetapi bagi ladang-ladang besar yang mendapat bekalan air itu, ia ditanam dengan gandum, oat, jagung dan barli. Semua tanaman itu perlu diimport sebelum ini.
DI sebalik sisi eksentriknya, kehadiran Gaddafi begitu dirasai pemimpin dunia lain.
Kini, paip sepanjang 5,000 kilometar (km) itu boleh menyalurkan sebanyak 6.5 juta meter padu air sehari ke lebih 1,000 kawasan padang pasir.
apa komen ?
Catat Ulasan