Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Oktober 2011

Syarikat Produksi Upin dan Ipin Nafi Kaitan Dengan Parti Politik Pakatan


Sebuah laman blog mendakwa pihak produksi Upin Ipin, Les’ Copaque telah bersekongkol dengan sebuah parti politik berhaluan anti kerajaan bagi menerbitkan sebuah animasi dalam usaha mempromosi pakatan tersebut kepada golongan muda. Dakwaan tersebut mendapat perhatian yang serius daripada Les Copaque Sdn Bhd yang menganggap tuduhan tersebut boleh mengugatkan kredibiliti mereka sebagai sebuah syarikat animasi bebas.
Pengarah Urusan Les’ Copaque, Hj. Burhanuddin Md. Radzi menyatakan pendirian tegasnya melalui siaran media kepada OHBULAN! mengenai isu Upin Ipin & parti politik, sebentar tadi.
Kami ingin membuat kenyataan akhbar untuk memperbetulkan fakta berita yang dimuatkan didalam blog sel13.com pada 11hb Oktober 2011 bertajuk “Ahmad Idham dan Penerbit Upin Ipin Bersekongkol Dengan Pas Kelantan”.
“Upin Ipin” adalah sebuah siri animasi kanak-kanak yang diterbitkan oleh kami khas untuk anak-anak kita, supaya mereka dapat membesar dengan minda yang tidak dipengaruhi oleh budaya barat. Siri tersebut sarat dengan pengajaran dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak kita sambil menerapkan budaya ketimuran supaya apabila besar kelak mereka mempunyai rasa bangga dengan budaya mereka.
Atas faktor siri animasi ini untuk anak-anak, kami tidak pernah berhasrat untuk memasukkan sebarang unsur politik apatah lagi berbincang dengan mana-mana parti politik bagi menggunakan watak Upin dan Ipin untuk tujuan tersebut. Kami memohon semua kepada semua pihak supaya berhenti dari mengeluarkan sebarang berita dan kenyataan yang tidak benar yang boleh memberi pandangan negatif kepada syarikat kami dan menjejaskan perniagaan kami.
Les’ Copaque Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat Bumiputra yang berjaya menerajui bidang perniagaan berlandaskan animasi sebagai teras perniagaan. Setakat ini, ia merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang berjaya membangunkan harta intelek sendiri dengan menggunakan kepakaran tempatan 100% dan memberi peluang pekerjaan kepada anak muda yang sebahagian besarnya adalah Bumiputra.
Sememangnya kerajaan telah banyak membantu kami dari segi kewangan melalui geran MOSTI sebanyak RM 1juta dan galakkan pemasaran serta pembangunan modal insan. Bagaimanapun, kejayaan kami sehingga kini tidaklah semata-mata bergantung kepada pertolongan kerajaan, tetapi atas berkat usaha gigih kami untuk memajukan diri dan membuktikan bahawa Bumiputra pun boleh berniaga dan bersaing seperti kaum lain. Oleh itu, kami memohon kepada semua pihak, terutamanya Bumiputera, supaya menyokong usaha kami ini dan janganlah mengadakan berita yang boleh memudaratkan perniagaan kami.

Anak-anak Pangllima cukup minat watak Upin dan Ipin ini. Mereka turut menghadam nilai murni yang diselitkan.


Harap jangan ada lagi fitnah liar seperti ini dihamburkan kepada produksi bumiputera Upin dan Ipin.


Dengan penafian di atas maka diharap perjalanan syarikat Les Copaque Sdn Bhd akan lebih berjaya lagi di dalam memberi didikan berguna kepada anak anak kita.


Memang kartun medium berkesan dalam membina minda generasi bakal pelapis kita masa hadapan.









Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate