Jamil Khir Perjelas Salah Faham Mengenai Twitter Najib “Selesai Haji”
SEPANG, 10 Okt – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.
Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.
Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.
“Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.
“PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.
“Jadi pada petang itu mungkin…barangkali soalan itu ditanya petang itu…selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.
“Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham,” kata beliau.
sumber : http://umno-online.com/
Panglima dapat lihat bagaimana terdesaknya Pakatan Haram apabila ibadat haji yang merupakan rukun kelima Islam telah dipolitikkan pembangkang. Bermula isu pengawal PM sehingga isu tweet beliau 'selesai tunai haji', semua dijadikan modal oleh mereka.
Sebagai seorang rakyat biasa dan juga blogger, Panglima melihat politik yang diamalkan Pakatan Haram sudah tidak sihat dan tidak diterima oleh mana mana rakyat yang sihat akal fikirannya.
Jika mahu menyerang Perdana Menteri sekalipun janganlah sehingga ibadat haji juga dipolitikkan dan anak isteri juga diserang. Ia dikira sudah melampaui batasan berpolitik.
Bukankah dalam peperangan kanak-kanak dan perempuan selain orang tua perlu dielak dari menjadi mangsa peperangan mengikut ajaran Islam ?
Jika mereka ahli politik, seranglah semahu-mahunya tetapi jika serangan anda kosong dari fakta, tentu serangan akan berbalik kepada penyerangnya samada dalam bentuk penolakan rakyat dalam PRU akan datang atau dihujani surat saman jutaan ringgit atas serangan jahat yang terancang dan penuh unsur fitnah.
Mari kita berpolitik dan berblog dengan cara sihat jauh dari sebarang fitnah atau fakta palsu tanpa meninggalkan adab sopan sebagai Melayu beragama Islam yang menjadi pakaian kita sejak dulu, kini dan selamanya.
Sekian, mohon disebarkan.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan