Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Disember 2011

Dr Hassan Ali Setuju Dengan Panglima - Harakah Jadi Lidah Rasmi DAP Selepas PKR !

Sebelum ini Panglima ada sentuh bahawa Harakah menjadi lidah PKR sehingga berita Anwar Ibrahim menjadi tajuk lebih utama dari PAS punya Presiden.

Masa tu Kamaruddin Jaafar menjadi orang kuat Harakah dan selepas diserang oleh pejuang maya maka bukan sahaja beliau, bahkan kumpulan Erdogan pada masa itu menjadi mangsa dan kalah pemilihan PAS.

Penangan blogger kita yang sesiapa tidak boleh nafikan.

Masa pemilihan lalu Panglima tidak menyerang Mat Sabu kerana tahu beliau perlu dibiarkan menjadi Timbalan Presiden PAS atas 'kebijaksanaannya' sehingga BN telah banyak mendapat keuntungan sejak saat pertama kemenangan beliau bertanding jawatan itu hingga sekarang.

Apabila Dr Hassan Ali meluahkan tentang peranan Harakah yang tidak memberi ruang kepadanya sejak beliau masih lagi menjadi Pesuruhanjaya PAS Selangor, ia membuktikan orang seperti beliau sudah lama 'dibuang' dari PAS sebelum ini.

Mujur media massa perdana yang telus melaporkan berita menjadi wadah kepada apa yang ingin disuarakannya sehingga teranglah segala fitnah yang cuba dipalitkan ke jasad beliau!

Baca kenyataan terbaru Dr Hassan Ali yang juga turut menjawab persoalan dan tawaran PERKASA untuk menjadi Presidennya oleh Datuk Ibrahim Ali.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan tuduhan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda Umno.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan Umno di peringkat atasan, bawahan atau pertengahan pada masa dan tempat yang dinyatakan.

"Sekali lagi Mustafa terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim dan anggota jamaah.

"Sebagai Setiausaha Agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar daripada mulut seorang Setiausaha Agung yang berwibawa," katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Sebelum ini, Mustafa dilaporkan mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda Umno.

Mustafa dipetik sebagai berkata ia merujuk kepada satu pertemuan antara Hasan, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan tiga individu lain di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lepas.

Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, mempersoal dan ingin mendapat penjelasan daripada Mustafa berhubung tuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya itu.

"Saya ingin mendapat penjelasan daripada Setiausaha Agung, sejak bila pejabat Setiausaha Agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung PAS.

"Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti," katanya.

Menjawab satu soalan, Hasan menolak pelawaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

"Saya tidak berhajat dan saya hendak menumpukan sepenuhnya kepada mesej yang kami bawa selama ini iaitu (berhubung kepentingan) Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja," katanya.

Berhubung isu beliau dilihat menggunakan "media Umno" untuk menjelaskan kontroversi tersebut, Hasan berkata beliau lebih bersifat terbuka dalam soal bekerjasama dengan pihak media di negara ini.

"Saya nak sebutkan begini, pada asasnya dalam hal ini, saya menerima mana-mana media pun, jadi memang wajarlah memilih media yang menguasai kita hari ini dan dengan sifat keterbukaan media-media ini untuk beri ruang kepada orang seperti saya," katanya.

Beliau mendakwa akhbar "Harakah" terbitan PAS tidak memberi ruang kepadanya untuk menyuarakan pendapat, dan ia lebih memberi ruang kepada pihak lain berbanding anggota parti sendiri.

Sementara itu, Hasan menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung "negara berkebajikan" pada sidang media Selasa lepas, dengan mengakui terdapat unsur keterlanjuran ketika mengulas dasar parti.

-- BERNAMA

Info dari http://anginperubahan.blogspot.com/2011/12/hassan-ali-serang-balik-erdogan.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sudah tabiat harakah, akhbar yg dilulus KDNKA disalahguna untuk menabur fitnah kepada pihak kerajaan dan sesiapa yg tidak setuju dgn ideologi pas. kebenaran harakah hanya sebesar kuman untuk terima secara resional.

pas yg ada media sendiri tidak berarti kerana dipacu oleh gembala asing, hakikatnya pas dah mati tanpa kubur, tiada perkataan yg hendak disebut selain: pas terus bengong dan tonggong.

Cari Blog Ini

Translate