Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Disember 2011

Penyanyi Lagu 'Azura' Jamal Abdillah Tandatangan CD Panglima


Semasa meninjau gerai yang sedang membuat lelongan selepas maghrib di PWTC Panglima tidak semena-mena menemui penyanyi popular tanah air iaitu Jamal Abdillah (JA) di gerai jualan albumnya.

Berbaju warna hijau terang sama seperti baju Presiden UMNO pakai semalam, JA nampak tetap awet muda walau sudah berusia.



Ketenangan beliau melayan peminat-peminatnya termasuk Panglima, menampakkan tahap kematangan beliau yang sukar ditandingi artis lain negara kita. Walaupun sudah 32 tahun berkecimpung dalam dunia seni hiburan.

Malah album beliau semasa konsert di Istana Budaya sempat dibeli oleh Panglima dan ditandatangani oleh beliau.

Pengalaman ini satu peristiwa yang akan menjadi kenangan manis kepada Panglima.

Terima kasih abang Jamal semoga tetap 'jamal' dan akhirnya 'kamal' dalam meniti dugaan hidup di bawah kerlipan lensa kamera kemasyhuran sampai bila-bila.

Orang baik tentu baik juga kesudahan, pertengahan dan seluruh kehidupannya. Hingga nampak aura baik di seri wajahnya.

Nota:Album terbaru beliau juga habis macam goreng pisang panas.

Cerita lanjut album terbaru beliau 'Raja Pop 2' klik sini

http://www.budiey.com/album-kompilasi-terbaru-jamal-abdillah-raja-pop-2/



Ditulis jam 11.45 pm 3 Dis 2011 dalam ERL pulang ke rumah.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate