Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Disember 2011

Saari Sungip Dibidas Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi Selepas Diserang Blogger Tulang Besi @malaysiawaves !!!

Utusan Malaysia : Pemuda Pas sedia bersama Hasan


NASRUDIN HASAN

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Dewan Pemuda Pas Pusat akan berada di belakang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dalam usaha bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memperjuangkan Islam demi kesatuan umat.

Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hasan meminta Hasan meneruskan perjuangan itu tanpa meninggalkan jemaah dan pihak Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.

Beliau berkata, sikap positif Hasan itu wajar disahut kerana jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu begitu komited dengan perjuangan Islam.

''Hasan telah menunjukkan sikap positifnya untuk memperjuangkan Islam dan kita akan bersama-sama dengannya untuk meneruskan perjuangan ini.

''Namun adalah amat diharapkan dalam beliau memperjuangkan Islam beliau tidak menghindarkan diri daripada Pas dengan bertindak keluar daripada jemaah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas agenda Hasan yang mahu berjuang memartabatkan Islam dalam satu sidang akhbar di kediamannya, kelmarin.

Ini merupakan reaksi pertama Dewan Pemuda Pas selepas tersiarnya berita pengguguran Hasan sebagai calon ekoran kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog menyatakan kemungkinan besar ADUN Gombak Setia itu akan digugurkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).

Nasrudin berkata, prinsip-prinsip keadilan juga jelas kelihatan pada agenda Hasan itu kerana selaku pemimpin peringkat negeri sudah tentu kepimpinannya bukan hanya setakat ahli Pas sahaja.

Malah katanya ia merangkumi setiap umat Islam di Selangor tanpa mengira ideologi politik.

''Bukan itu sahaja Datuk Dr. Hasan juga adalah pemimpin bagi setiap rakyat bukan Islam di negeri Selangor.'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, Dewan Pemuda meminta setiap perkara serta isu yang berkaitan dengan calon hendaklah diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, setakat ini pucuk pimpinan parti belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai calon yang akan mewakili Pas pada PRU13.

''Oleh itu saya minta perkara mengenai calon ini diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Pas Pusat. Biar mereka yang menentukan dan mengumumkannya selepas semua senarai calon berkenaan dinilai oleh Majlis Syura Ulama.

''Majlis Syura Ulama yang akan menjadi badan terakhir dalam parti sebelum keputusan muktamad mengenai pemilihan calon dibuat,'' ujarnya.

Ditanya sama ada Saari wajar dikenakan tindakan disiplin, Nasrudin berkata, dalam kes tersebut Pemuda Pas berpendapat ia cukup dengan cara nasihat.

''Saya percaya pucuk pimpinan telah pun memberi nasihat sewajarnya kepada pihak berkenaan supaya perkara sama tidak berulang pada masa akan datang,'' katanya.

Tamat.

Panglima nampak jelas Saari Sungip dibidas kerana beliau dilihat mendahului parti. Apatah lagi beliau mengeluarkan kenyataan tersebut tanpa merujuk Presiden Pas sehingga menimbulkan keributan yang merugikan parti.

Dalam masa yang sama Nasruddin Tantawi juga telah diserang oleh Tulang Babi opssss Besi. Cubaan untuk melemahkakan kem pro perpaduan bagi menjayakan agenda abang besar mereka iaitu DAP dan PKR.Selain Dr Hassan Ali yang digelar 'manusia jahat' oleh Tulang Babi opssss Besi ini.

Puak-puak ini tidak hiraukan perpaduan sesama Islam kerana kemarahan melampau mereka akibat hasutan proksi dajjal yang bawa agenda anti Islam, Melayu dan Raja.

Yang nampak jelasnya hasil Pakatan ini ternyata semakin melemah dan merugikan PAS !

Periksa kembali berapakah kerusi PAS berbanding PKR DAP walhal PAS mempunyai ahli paling ramai.

Bak kata PM DS Najib - berubah atau rebah - sesuai juga dipakai kepada ahli PAS dan di hadapan mereka ialah hanya satu jalan sahaja iaitu : jalan alquran dan sunnah untuk berpadu sesama umat Melayu Islam.

1 ulasan:

AntaraPos berkata...

Sabarnya PAS Memelihara Jodoh Dengan DAP dan PKR | http://antarapos.com/v1/index.php?page=content.php&newsid=1486&type=%27news' | http://www.antarapos.com/

Cari Blog Ini

Translate