Semalam Panglima bertugas di bilik Command Center Unit Media Baru. Bersama Tun Faisal, Razlan dan Blogger Kulaan.
Manakala rakan UMB lain ditugaskan di beberapa lokasi mencari berita, gambar dan video tentang perhimpunan Pakatan sempena keputusan Mahkamah Tinggi Jalan Duta kes Anwar dituduh meliwat Saiful Bukhari.
Keputusan pembahagian tugas dibuat dalam mesyuarat sebelumnya.
Semalam hari yang sangat mencabar kepada rakan blogger yang hampir sahaja terkena letupan bom yang diletupkan di tiga lokasi berlainan. Mujurlah tiada yang cedera atau mati. Meskipun ada beberapa orang awam yang cedera termasuk seorang peguam.
Meskipun tidak turun ke medan perang, namun semalam juga buat kali pertama siku panglima melecet hingga tertanggal kulit. Kekhusyukan mencari bahan berita dalam alam maya menyebabkan Panglima tidak perasan siku kiri dan kanan sudah melecet.
Ia disedari sewaktu ke Bangi mengisi perut dengan Tun Faisal lebih kurang jam 3.00 petang.
Begitu juga ada sms dan bbm dari pagi tidak sempat dibaca kerana mengejar bahan bahan sesuai untuk dikongsi bersama di alam maya.
Khabarnya hits blog rakan yang bertugas di medan sangat tinggi semalam. SYABAS kerana berita yang segar dari lokasi sememangnya ditunggu oleh pembaca.
Baca lagi kisah blogger nyaris terkena bom di
Tiada ulasan:
Catat Ulasan