Usaha halal seks songsang ditentang
Oleh Mohd Zin
2012/01/14
Mufti Selangor anggap pindaan langgar hukum syarakKUALA LUMPUR: Desakan pelbagai pertubuhan antarabangsa meminta kerajaan meminda undang-undang jenayah untuk menghalalkan kegiatan seks songsang di negara ini perlu ditentang habis-habisan, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahab.
Beliau berkata, kegiatan seks songsang oleh kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bercanggah dengan Islam dan tidak pernah dibenarkan syarak.
“Jika LBGT mahu diperkenal dan kegiatan seks songsang mahu dihalalkan di negara ini, ia perlu dibanteras dan ditolak mentah-mentah oleh masyarakat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Semalam, portal berita MalaysiaKini melaporkan desakan International Bar Association’s Human Rights Institute (IBAHRI) meminta kerajaan menghapuskan undang-undang homoseksual supaya perundangan Malaysia seiring dengan undang-undang antarabangsa.
Pertubuhan Progresif Gay Filipina (ProGay) turut menyatakan pendirian sama dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang menjadi sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mendapati tiada bukti kukuh menyokong keterangan Mohd Saiful.
Bekas peguam Anwar yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu, Datuk Zulkifli Noordin, pula berkata kenyataan IBAHRI membuktikan wujudnya cubaan campur tangan asing dalam menentukan hala tuju negara.
Beliau berkata, tekanan oleh badan guaman antarabangsa itu memperlihatkan wujudnya persefahaman antara mereka dengan badan guaman di negara ini (Majlis Peguam Malaysia).
“Kita tidak memerlukan nasihat orang asing untuk ajar bagaimana cara untuk hidup. Saya percaya mereka ada agenda,” katanya.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, pula berkata cadangan pertubuhan dan badan hak asasi asing itu jelas bertentangan dengan budaya dan adat orang Melayu dan Timur.
“Barat tidak boleh mencadangkan sesuatu daripada luar budaya Timur. Selain itu, ia juga bercanggah dengan semangat Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Oleh itu, undang-undang dalam Persekutuan perlu berasaskan Islam dan liwat tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Usahahalalsekssongsangditentang/Article
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan