Nenek kutip durian di kebun kena rogol
2012/01/14
BENTONG: Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di Chamang, di sini, kelmarin.Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan.
"Siasatan awal mempercayai suspek sudah lama memerhati mangsa dari jauh sebelum menyerang dan bergelut dengan mangsa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Bentong (HB) untuk pemeriksaan dan laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan rogol.
Panglima :
Angkara benda yang lucah dan merangsang syahwat maka nenek yang sudah tua juga dijadikan mangsa.
Perkara ini harus diambil iktibar.
Apa kita perlu buat ialah menggalakkann perkara makruf dan melarang perkara mungkar di kalangan ahli keluarga.
Tarbiahkan diri, keluarga dengan perkara sunat dan ibadat agar jiwa terisi dengan iman dan takwa sentiasa.
Jauhi dosa walau sebesar zarah demi mengelak murka Yang Maha Kuasa.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan