Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Februari 2012

Sinar Harian : Hj Hadi Akui Larang Ahli PAS Sertai HIMPUN Selamatkan Akidah - Tahniah @anwaribrahim @cmlimguaneng !!! cc @NajibRazak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Saidina Muhammad saw 
dan keluarga baginda sekelian.




Menurut laporan wawancara Hj Hadi dengan Sinar Harian tentang isu isu semasa terutama berkaitan Dr Hassan Ali disebutkan kenyataan Presiden PAS Hj Hadi Awang tentang himpunan sejuta umat HIMPUN yang disertai Dr Hassan Ali.

Kenyataan ini mengesahkan dakwaan bahawa bukan sahaja negara Islam bahkan akidah umat Islam juga sudah hilang dari kamus perjuangan PAS yang nampaknya tidak segan silu lagi mengaku mereka sudah berubah.

Segalanya demi undi bukan lagi ILAHI....

Berikut kenyataan Presiden PAS seperti dipetik dari laporan Sinar Harian di link ini : http://www.sinarharian.com.my/politik/hadi-punca-pas-pecat-hasan-ali-1.21962


Tetapi akhir-akhir ini dibawa isu ini dengan Himpunan Sejuta Umat. Tidak lebih daripada mempolitikkan isu, bukan nak pertahankan akidah dan nak gunakan orang Pas untuk mengerah orang Pas ramai-rami hadir di stadium Shah Alam. Saya tahu ada kalangan yang nak sediakan bas. Apabila kita tahu macam ini, kita kata jangan pergi, Datuk Hasan Ali pergi, kemudian pergi lagi ke Perak dan buat kenyataan. Kenyataan ini tidak tepat dengan apa yang kita nak. Memang kita tidak setuju dengan murtad; lawan murtad, tapi Saidina Ali (Abu Talib, Khalifah Islam keempat) berkata, kata-kata yang betul, tetapi tujuannya kebatilan.







Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad Waalihi Wasallim

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kata Hj HADI "Saidina Ali (Abu Talib, Khalifah Islam keempat) berkata, kata-kata yang betul, tetapi tujuannya kebatilan"

BETULKAH perbandingan yang dibuat oleh Hj Hadi ni? Sedangkan Saidina Ali menujukan kata-kata tersebut ketika berdepan dengan ancaman puak Khawarij yang mendakwa Saidina Ali TIDAK menjalankan hukum Islam sedangkan mereka (Khawarij) yang nampaknya alim, waraq dan bercakap mengenai Islam sepanjang masa serta mendakwa ingin menegakkan hukum Islam.

Puak Khawarij sebaliknya mengkafirkan Saidina Ali dan semua puak Islam lain yang tidak menyokong Khawarij lalu Saidina Ali berkata puak Khawarij ini kononnya hendak menegakkan hukum Islam tetapi niat mereka sebenarnya terpesong dengan berkata dengan berkata kepada puak Khawarij itu "bunyinya betul tetapi niatnya bathil".

Puak mana yang lebih menyamai Khawarij ini ? lu fikirlah sendiri.
MCY

Tanpa Nama berkata...

haha Hadi Awang bengang pasal puak2 dia tak dapat spotlight dalam pertahankan akidah. mereka mau jadi hero...tapi alih2 ada pulak HIMPUN ni yang dianjurkan pihak lain. Maka dituduh pulak HIMPUN ni lakonan rekayasa UMNO. ada ke patut

nak pertahan akidah tak kira parti-parti! dalam kubur sok ade ke dia tanya ko parti pas ke umno ke. pertahankan akidah itu kemestian. apekehelll nya parti islam, halang ahlinya yakni umat islam, ke acara yang pertahankan akidah islam?

hadi awang ni menyebelahi pihak mana???

Tanpa Nama berkata...

manis mulut berkata-kata. tapi hati macam hati serigala!
meskipun ianya untuk kepentingan umat dan keselamatan akidah umat Islam, namun kerana ia TIDAK MENGUNTUNGKAN parti, maka buat mereka tidak akan lakukan dan tolong agama Allah.
agama utk sesuatu yg ada keuntungan dunia semata. Nauzubillah...

Tanpa Nama berkata...

kenapa guna nama SAIDINA ALI...
ape mereka2 di dalam PAS semua nyer memandang ke arah SYIAH..???

Cari Blog Ini

Translate