Perhimpunan Bersih mahu bangkitkan kemarahan rakyat - PM
KUCHING 28 April - Kedegilan penyokong perhimpunan Bersih 3.0 untuk terus berdemonstrasi di Dataran Merdeka walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, hanya menunjukkan niat sebenar mereka yang mahu memburukkan imej negara dan kerajaan di mata dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana mereka mahu berkonfrantasi dengan polis dan rakaman itu akan dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak ganas sekali gus membangkitkan kemarahan masyarakat.
“Kita tahu apa yang mereka fikirkan dan sebab itulah apabila kita tawarkan Stadium Merdeka, mereka enggan menerimanya sedangkan pada perhimpunan terdahulu mereka mahukan stadium itu.
Mereka tahu kepentingan Dataran Merdeka dan sedar kita akan mempertahankannya dan mereka mahu berkonfrantasi dengan polis supaya rakyat marah kepada kerajaan.
“Itulah niat mereka kerana akhirnya ia berkaitan dengan politik dan mengambil alih Putrajaya, bukannya berkaitan pilihan raya yang adil dan bebas," katanya sewaktu berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini. - UTUSAN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan