Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Mei 2012

Buku 'Doktor Umum' Versi Melayu 'Doctor In The House' Karya Tun Mahathir

Semalam dalam menunggu kapal terbang ke Langkawi menghadiri program di sana penulis berkesempatan membeli buku terbaru mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di KLIA.

Harga RM59 sahaja.

Kesempatan menemui dan memiliki buku beliau yang sangat dikagumi penulis sendiri, merupakan saat yang ditunggu selepas mengetahui terjemahan buku sudah diterbitkan dengan bantuan terjemahan oleh journalis juga blogger terkenal Datuk A.Kadir Jasin.

Sebanyak 62 bab disusun bermula kisah Tun Malaysia dari kecil hinggalah kepada kisah paling hebat iaitu tentang tranformasi Malaysia menjadi negara membangun yang disegani di dunia.

Turut dikisahkan satu bab khusus iaitu topik Anwar masuk Umno pada bab ke 31.

Jika anda mahu menjadi pemimpin yang hebat maka buku ini perlu dihadam berulangkaji dan sangat wajar jika ia didiskusikan oleh DBP atau NGO tertentu untuk difahami mesej tersurat mahupun yang tersirat di dalamnya.

Pengalaman hampir 23 tahun mentadbir Malaysia sangat berharga berbanding nilai yang kita bayar untuk mendapatkan pengalaman beliau yang sungguh istimewa ini.

Insya Allah isi menarik diperolehi dalam buku ini akan diulas kepada sahabat pembaca sekelian.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate