Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Mei 2012

DAP Biadap Lagi - Al Quran Dipegang Bukan Islam Masjid Serdang Selepas Janji Gagal Ditunaikan @NajibRazak @Anwaribrahim


Berikut info sms yang diterima penulis semalam dari rakan seperjuangan :

Majlis Ramah Mesra dengan Teo Nee Ching Ahli Parlimen Serdang, ahli majlis MPKJ d perkarangan Masjid At Taqwa, Taman Desa Serdang, Serdang semalam pada 3 mei jam 9.00 - 9.45 mlm.

Lebih kurang 60 org jemaah masjid kebanyakan berusia lebih 50 tahun lelaki.

Ucapan Teo menyentuh Tabung Tawas untuk bayi yg d lahir d Selangor sejak 2008 sebanyak RM 100 atau labur dengan kerajaan Selangor bila capai umur 18 tahun dapat RM 1500.

Dalam ucapan beliau mengaku tidak dapat mnghulur bantuan yang banyak kerana peruntukan beliau cuma RM 100 ribu utk 3 Dun di Serdang.

Majlis diakhiri dgn pnyampaian bantuan makanan kering bernilai tak lebih RM30. Antara penerimanya bergelar jutawan dan mempunyai kedudukan yg kukuh sedangkan golongan ibu tunggal tak dapat.

Yang kurang menyenangkan jemaah pro BN apabila pembantu Ahli Parlimen Serdang seorang lelaki Cina mengambil 5 naskah quran daripada keretanya dan menyerahkan kepada pengerusi masjid. Beliau nampaknya tidak sensitif tentang kesucian Al-Quran dan ramai jemaah kurang senang dengan perbuatan biadapnya.


Turut disebar lebih kurang 50 naskah (suara rasmi DAP) the rocket yg mana separuh telah d 'sweep' oleh jemaah yg prihatin.


Penulis : terima kasih rakan penulis En C yang kebetulan singgah di situ untuk solat kerana menziarah saudaranya dan sedikit ubahsuai kandungan info tanpa menjejaskan info asal telah dilakukan.

Isu ini memaparkan tiga perkara pokok iaitu Islam tidak dihormati apabila kitab sucinya dipegang bukan Islam.

Selain itu terbukti DAP kini cuba mengambil hati orang Melayu dengan memasuki kawasan masjid tanpa kehadiran wakil PAS bersama-sama.

Apabila rumah ibadat dimasuki ahli politik DAP yang direstui PAS maka sudah tentu ini petanda kerosakan ahli agama 'gila' sudah sampai kemuncaknya.

Terakhir sekali Pakatan kini terdesak dengan terpaksa meminta simpati rakyat akibat kegagalan menunaikan janji dengan memberi alasan duit tidak mencukupi.

Jelas mereka sedar jika ditolak rakyat bukan sebab SPR tetapi kecelupran mereka sendiri yang menabur janji namun gagal ditepati.

Untuk makluman : Peristiwa Bukan Islam masuk masjid dimulakan oleh Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009.

Selepas itu YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang Ogos 2010 dan YB William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru.

Perbuatan Teo Nee Ching masuk tempat ibadat Islam berucap sebelum ini telah ditegur Sultan Selangor.

Adakah tidak ada tempat lain selain masjid surau dan Al Quran untuk digunakan ? Banyak lagi perkara dan tempat yang boleh digunakan untuk berjumpa rakyat beragama Islam.

Baca juga kisah senam aerobik dalam masjid tanpa menutup bahagian tubuh seperti sepatutnya oleh beliau di sini http://www.mykmu.net/?p=5687

DAP patut ditolak rakyat seluruh Malaysia kerana tidak menghormati Islam dan ajarannya yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam umumnya.

Tolak DAP Tolak PAS Tolak PKR : Tolak Pakatan Rosak !

Sebarkan.

Gambar : Teo Nee Ching di Surau Al Huda Kajang Sentral, Kajang berucap kepada jemaah pada Ogos 2010.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate