Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Julai 2012

Selamat Hari Pahlawan Kepada Anda Yang Mempertahankan Malaysia Demi Agama Dan Bangsa Kita cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi




Gambar dari FB Eizwan Abdullah



Pertama sekali jasa pahlawan yang telah berjuang mempertahankan kemerdekaan, selepas mereka mengambil tugas dari pahlawan yang telah syahid di medan jihad sebelum ini - sangat besar dan tidak ternilai untuk dibayar.

Jika di antara mereka masih hidup dan tidak menikmati kesenangan, yakinlah kemegahan menumpahkan jasa kepada negara lebih hebat dari apa yang diperolehi oleh orang lain dari bentuk material dan sebagainya.


Mempertahankan negara tidak boleh dilakukan oleh seseorang yang penakut atau pengecut atau pengkhianat.



Mempertahankan negara dilakukan oleh seorang patriot yang berjiwa kental lagi tabah menghadapi segala ranjau dalam perjuangan selain mengorbankan perasaan diri dan keluarga demi pertiwi.

Marilah kita menghargai mereka dengan menghadiahkan Al Fatihah dengan harapan kehidupan berkekalan di akhirat menjadi ganjaran terbesar kepada perajurit tanah air yang disambut tahunan hari mereka pada hari ini.

Al Fatihah dengan berkat Rasulullah dan keluarga baginda sekelian....Amin.


- Mungkin anda pejuang maya juga layak menyambut Hari Pahlawan hari ini kerana jasa anda jugalah perang pemikiran (ghazwah fikriyyah) yang datang melalui peluru-peluru pemikiran negatif seperti Islam Liberal, LGBT dll serta hasutan jahat pembangkang dapat dipatahkan walau anda sendiri menderita di dalam menyempurnakan maksud mempertahankan negara samada kesihatan, kelapangan masa, wang, tenaga atau apa sahaja yang hilang kerana tumpuan anda di alam maya ini.

Jangan patah semangat kerana Allah Maha Tahu apa anda buat. Yakinlah Allah sebaik-baik pemberi ganjaran dan DIA Maha Tahu di mana dan bila akan datang pertolonganNYA.

Teruskan perjuangan dan mari kita bersiap sedia setiap masa demi Alif Ba Ta.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate