Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Julai 2012

Terima Kasih Naib Presiden UMNO Menteri Pertahanan @Zahid_Hamidi Follow @Panglima_cyber Hari Ini


Sebentar tadi panglima baru sedar sudah 11 jam Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan mengikut twitter rakyat marhaen seperti panglima. Pertama kali seorang pemimpin follow twitter panglima,

Seperti sebelum ini panglima turut menulis bila mendapat retweet dari pemimpin atau artis maka kali ini perasaan dua kali ganda bila seorang pemimpin hebat yang kanan dalam parti dan kerajaan mengikut twitter panglima.



Bukti kata beliau tentang kepentingan media baru semasa perhimpunan agung UMNO yang lalu, dibuat dengan perbuatan bukan sekadar kata-kata. Walaupun sibuk dengan tugas dengan parti dan kementerian yang diterajui.

Sayang jika pemimpin yang telah menenggelamkan penipuan Lim Guan Eng semasa LIMA Langkawi beberapa bulan yang lalu diturunkan ke negeri di saat pemimpin seperti beliau telah berjaya mengatasi isu kapal selam yang gagal dimanipulasikan lagi oleh pembangkang tentang kemampuannya untuk menyelam dengan siasah beliau yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam asam garam politik.

Harap gosip dan juga fitnah yang cuba dilemparkan khasnya oleh individu tertentu dipatahkan oleh Allah Taala.

Mana-mana pemimpin yang baik kita akan pertahan walau mereka tidak memandang pun tulisan yang kita hasilkan. Amat memalukan jika blogger menjadi pencacai pemimpin yang korup dan tidak bermoral kerana habuan wang ringgit beberapa ribu sebulan.

Atau menyerang agensi kerajaan bila sudah ditahan dari projek yang dilihat sudah gagal disempurnakan.

Tidak guna ada muka kalau hidup hanya tahu balun orang bila tidak lagi diberi wang.

Baik jadi beruk yang tidak pula kisah tidak berbaju dan tidak pula pandai menggigit tuannya bila sudah tersepit.

Apa lagi nak dikata, itulah perangai manusia. Jangan lupa diri lu boleh mati bila-bila masa...

Jangan perasan lu hebat tak ke mana pun kehebatan lu.

Gua tak kisah pun tak ada duit tetapi gua kisah ada orang hipokrit kerana duit.

Permainan lu nak balun orang nak pau duit ni gua dah meluat baca... Lu keje nak jatuhkan orang buat dengan betul jika ada bukti orang itu tidak betul.

Jangan tembak sana sini tunjuk gangster nak habuan dunia. Dah lah bro, lu mulut memang suka cerita benda buruk je. Dua kolam la tiga kolam la... Apa ni?

Lu dah tua, sedarlah diri jangan tunjuk perangai tidak elok. Malu dengan orang muda yang tidak reti politik lu orang...

Dah lah tu, malukan orang kelate jah mu ni.



Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate