Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Ogos 2012

#FakeID : Jawapan Lengkap @TunFaisal Dan Blogger2 UMB Ada Di Sini cc @NajibRazak



Pertama sekali hamba memohon maaf atas kesibukan menyebabkan tidak sedar isu ini sedang hangat diperkatakan.

Memandangkan ia sangat besar maka hamba berhajat menyalin kembali segala tulisan yang telah lengkap jawapannya kepada tuan hamba sekelian.

Dengan harapan tidak akan timbullah selepas ini dakwaan bahawa ramai antara yang mengikuti twitter akaun pemimpin kita adalah akaun palsu.

Dalam perkara ini jumlah follower yang aktif sudah tentu lebih bermakna kepada kita semua namun tidak aktif tidak bermakna akaun tersebut adalah palsu.

Dengan jawapan yang disalin ini diharapkan tidak akan ada orang akan mudah mempercaya dakwaan bahawa YAB Perdana Menteri mempunyai follower Fake ID.

Jawapan ini sudah mampu menahan tohmahan jahat pembangkang yang semakin gelisah melihat kemajuan cybertroopers BN menghadapi serangan liar mereka di alam maya.





Aplikasi seperti Status People yang dikatakan dapat mengesan akaun `fake' sebenarnya perlu diberikan definisi sebelum dapat mengira jumlah akaun `fake' yang mengikuti sesuatu profile twitter. Menurut Mike Wheatley, seorang wartawan teknologi dalam artikelnya menyatakan bahawa -

"Status People defines “fake followers” as any account that appears to be a spam account. 
Now take a good look at Mensch’s account, scroll down her list of followers a bit and you’ll see for yourself dozens of followers that would appear to be obvious bots – these accounts either have stolen photos, or no photo at all, they follow a maximum of three to five people at the most, they all have exactly 97 followers, and they haven’t made a single tweet themselves. 

But there’s one crucial problem with Status People’s formula – take a look at the small print and you’ll see that they only take into account a person’s 10,000 most recent followers when making their calculations. Of course, for anyone who has suddenly accumulated 40,000 fake followers in the last 48 hours, this is going to leave them looking a little red-faced."

(baca seterusnya artikel Mike yang mempertikaikan ketepatan aplikasi ini "Fake Twitter Followers - Stupidity or Something More Sinister" . Baca juga Does Louise Mensch have 80,000 fake followers on Twitter? tulisan Alex Hern untuk memahami smear campaignyang boleh dilakukan oleh pihak tertentu.)

Pertama, saya percaya kita kena takrifkan dulu akaun `fake' atau akaun palsu ini. Bagi saya akaun palsu atau `fake' adalah - "akaun spam, akaun samaran atau akaun yang tidak menggunakan identiti sendiri,  yang menggunakan identiti orang lain, atau fake dari segi moral, iaitu akaun yang dioperasikan oleh orang lain - ia juga satu bentuk penipuan".Spam ditakrifkan oleh twitter sebagai "as a variety of different behaviors that range from insidious to annoying. Posting harmful links to phishing or malware sites, repeatedly posting duplicate tweets, and aggressively following and un-following accounts to attract attention are just a few examples of spam on Twitter"

Kedua, ada yang mentakrifkan bahawa akaun `fake' adalah "akaun `bergambar telur' yang `mengikuti sejumlah profile' dan `tidak mengeluarkan sebarang tweet'." Benarkan akaun ini akaun `fake'/palsu? Tidak semestinya. Ia mungkin merupakan akaun pengguna Twitter yang baru. Tidak ada gambar, mungkin kerana mereka masih belum mahir menukar gambar profile. Tidak ada tweet mungkin kerana mereka masih belum biasa dan takut-takut menggunakan twitter. Ini bukan sesuatu yang luar biasa kerana bagi mereka yang tidak biasa menggunakan twitter, memahami bahasa twitter sudah merupakan sesuatu yang sukar. 

Malah ramai pengguna baru twitter yang tidak faham apakah maksud RT di dalam tweet. Seorang blogger maki hamun terkenal di Malaysia, di peringkat awal penggunaan twitter, meletakkan RT-nya secara berterabur sehingga meyulitkan pembaca untuk memahami apa yang ditweet. Malah saya kenal seorang Pegawai kepada seorang Menteri yang telah lama membuka akaun twitter tetapi masih mengekalkan gambar `telur' dan tidak pernah mengeluarkan sebarang `tweet' tetapi sentiasa mengikuti tweet menterinya dan ramai lagi. Mengandaikan pemilik akaun baru dan yang tidak mengeluarkan sebarang `tweet' ini sebagai `fake' atau palsu adalah tidak adil.

Ketiga, terdapat tuduhan bahawa saya membeli akaun fake ini dari pihak tertentu. Sudahlah pihak ini menuduh tanpa bukti, mereka mahu saya mengakui dan mengesahkan pula tuduhan mereka ini. Seterusnya ereka minta saya membersihkan pula akaun yang dikatakan `fake' ini.



http://tunfaisal.blogspot.com/2012/08/akaunfake-jawapan-terhadap-tuduhan.html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate