Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Januari 2013

PM @NajibRazak Dedah Dua Anak Angkat Palestin Bukti Perihatin Sejak Dulu Bukan Hanya Sekarang


DALAM NEGERI

Lawatan kemanusiaan - PM

Najib Tun Razak beramah mesra dengan para pelajar dan komuniti Malaysia di Mesir dalam lawatan kerja ke Mesir, semalam. - BERNAMA

KAHERAH 23 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lawatan beliau ke Gaza, semalam berasaskan kepada faktor kemanusiaan sekali gus menunjukkan sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin.

Kata Perdana Menteri, ia juga sebagai simbol keprihatinan Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza yang menerima tekanan cukup hebat, terutama sekali penghujung tahun lalu apabila dalam masa lapan hari kerajaan Israel melakukan keganasan di situ dan ia menyentuh hati rakyat Malaysia.

"Oleh itu berdasarkan kepada perkembangan tersebut dan isu terkini, maka amat wajar saya melakukan lawatan kemanusiaan mewakili rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan kita kepada perjuangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di hari terakhir lawatan tiga hari ke Mesir dan Gaza di sini hari ini.

Najib mengulas kenyataan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang tidak senang dengan lawatan bersejarah Perdana Menteri Malaysia itu ke Gaza, dan menganggap ia seolah-olah memberi kelebihan kepada Hamas.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, lawatan itu juga bagi melihat sendiri apa yang berlaku dan hasil pengamatan yang dilakukan, hampir semua tempat yang dimusnahkan melalui serangan Israel tidak ada signifikan dari segi nilai ketenteraan.

"Ia juga sebagai satu peluang dan kesempatan untuk melahirkan sokongan kepada Fatah dan Hamas menubuhkan kerajaan perpaduan secepat mungkin.

"Kewujudan kerajaan perpaduan itu adalah pra syarat kepada rakyat Palestin untuk mencapai matlamat yang diidam-idamkan oleh mereka," katanya.

Mengenai reaksi Mahmoud Abbas, Perdana Menteri berkata, mungkin berlaku salah tafsir terhadap tujuan lawatan tersebut.

"Saya telah menjelaskan kepada Menteri Wakaf dan Agama Palestin, Mahmoud Habash dalam pertemuan malam tadi di sini bahawa ia lawatan kemanusiaan dan Gaza merupakan isu terkini bukan Tebing Barat.

"Saya tidak dapat melawat Ramallah sebab terpaksa melalui ruang udara yang dikawal oleh Israel dan mereka tidak akan memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan mereka," katanya.

Oleh itu kata beliau, berdasarkan kepada kesukaran itu adalah lebih baik beliau melawat Gaza kerana inilah isu yang dekat di hati rakyat Malaysia dan tidak harus disalah tafsir sebagai memberi kelebihan kepada mana-mana pihak atau mengurangkan pengaruh pihak yang lain.

"Saya juga ada bercakap dengan Presiden Mahmoud Abbas sebelum bertolak ke sini dan kenyataan beliau seperti mana dilaporkan oleh media asing sememangnya sudah dijangkakan," katanya.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Mahmoud Habash, adalah jelas Fatah dan Malaysia masing-masing mempunyai perspektif sendiri berhubung lawatan berkenaan.

"Apa yang penting kita dan Fatah ada komunikasi tetapi masing-masing ada perspektif sendiri. Dalam perspektif saya, ia semata-mata lawatan dasar kemanusiaan.

"Perspektif Fatah, mereka tidak mahu lawatan saya disalah tafsir sebagai menyokong dan memberi kelebihan kepada Hamas berbanding Fatah," katanya.

Najib turut menjelaskan, isu Palestin sememangnya dekat di hati beliau dan menjejak kaki ke bumi Palestin sememangnya idaman beliau sejak dahulu lagi.

"Semasa menjadi menteri, saya mengambil dua kanak-kanak Palestin sebagai anak angkat. Saya membiayai pelajaran dan menghantar wang kepada mereka setiap bulan melalui Institut Penyelidikan Sosial Malaysia (MSRI) yang dikendalikan oleh Allahyarham Elijah Gordon pada masa itu," katanya.



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate