Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Mac 2013

Berita Harian | Pemangku Raja Perak dukacita tindakan parti politik manipulasi kandungan mesej baginda

KUALA KANGSAR: Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dukacita dengan tindakan parti politik tertentu yang memanipulasi kandungan dan mesej bersumberkan titahnya untuk kepentingan politik. 

Baginda bertitah, ia dizahirkan dan diolah semula dalam nada dan bentuk yg memberi implikasi seolah-olah kata-kata itu dizahirkan secara langsung oleh baginda untuk meningkatkan pengaruh politik tertentu dan merendahkan lawan politiknya. 

"Perbuatan itu telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham di kalangan sebahagian besar rakyat, seolah-olah Beta secara langsung telah menzahirkn sokongan terbuka kepada kumpulan politik tertentu dan pada masa sama memperkecilkan kumpulan politik lain.


"Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh Beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah," titahnya ketika menyempurnakan istiadat meletak kerja sempena sambutan Hari Keputeraan ke-85 ayahanda baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di istana iskandariah di sini. 

Sementara itu, Raja Nazrin turut mengumumkan atas perkenan ayahanda baginda, Yayasan Sultan Azlan Shah akan memberi sumbangan RM100,000 kepda tabung Ops Daulat, manakala setiap Ahli Dewan Negara Perak bersetuju menyumbang RM500 kepada tabung sama.


Panglima : Harakah yang dimaksudkan menurut pengetahuan hamba kerana mereka yang memutarbelitkan kenyataan Baginda untuk keuntungan parti PAS sekaligus mengheret Istana dalam kancah perbalahan politik.

Harakah juga sebelum ini telah menyiarkan gambar super impose Ummi Hafilda seperti imej di bawah.

Perbuatan berulang kali ini jelas menunjukkan niat sebenar pembangkang yang tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.



Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate