Shahlan bawa seruan kedamaian, pembangunan di Parlimen Pokok Sena
BOLEH ceritakan latar belakang dan pengalaman? Saya anak jati Kampung Sungai Durian, Pokok Sena. Pendidikan awal di Pokok Sena, menengah pula di Kelantan dan Shah Alam, kemudian sambung pengajian di Universiti Malaya.
Saya pernah bertugas sebagai guru, pegawai latihan Biro Tatanegara, Pengarah Biro Tatanegara dan kemudian dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pegawai beliau di Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertahanan dan sehingga beliau menjadi Perdana Menteri sekarang.
Bagaimana boleh berkhidmat dengan Perdana Menteri?
Sebenarnya, saya bercita-cita sejak kecil untuk berkhidmat dengan anak Allahyarham Tun Abdul Razak. Saya ikuti perkembangan keluarga Allahyarham sejak dari awal lagi. Apabila saya tengok gambar keluarga Allahyarham saya berkata pada diri, satu hari nanti saya nak bekerja dengan mereka. Alhamdulillah impian saya tercapai jadi saya buat yang terbaik.
Apa peluang BN berdepan dengan top gun Pas, Datuk Mahfuz Omar?
Insya-Allah, saya yakin dan diiringi sifat tawaduk saya sedia untuk berdepan dengan Mahfuz. Saya ambil tanggungjawab untuk rakyat dan kita ambil perkhidmatan ini untuk rakyat, membawa satu harapan dan perubahan baharu di Pokok Sena.
Bagaimana cara Datuk berdepan depan tekanan kerja?
Saya lagi suka kalau bekerja dalam tekanan. Yang penting kita jangan menaruh syak yang buruk pada orang. Kita kena yakin apa yang berlaku adalah ketetapan Allah. Kita kena terima sebagai seorang yang diberi amanah. Kalau runsing, marah orang pun masalah tak selesai juga.
Datuk dikenali sebagai orang yang suka membaca, siapa penulis buku paling digemari?
Saya sangat suka karya klasik, agak konservatif. Kitab Imam Al-Ghazali bagi saya adalah karya luar biasa dalam menyelesaikan masalah ummah. Termasuk kitab Ibnu Khaldun, Hamka dan saya juga minat buku bertemakan kemanusiaan, biografi dan pengembaraan.
Apa yang Datuk tawarkan untuk pengundi di Pokok Sena?
Membawa satu seruan kedamaian di sini sebab orang dah letih bergaduh. Jadi saya bawa satu tawaran perpaduan untuk semua. Jika diberi mandat saya dan BN akan bangunkan pendidikan, ekonomi dan baiki serta tambah kemudahan infrastruktur di Pokok Sena. Saya ada sikit pengalaman, 19 tahun bersama Perdana Menteri, jadi itu yang akan digunakan.
Datuk Saifuddin Nasution Ismail adik Datuk, bertanding atas tiket PKR di Parlimen Kulim/ Bandar Baharu, adakah ini menjejaskan hubungan kekeluargaan?
Bagi saya soal politik dalam keluarga berlaku di mana-mana. Saya hormati karier dia sebagai Setiausaha Agung PKR. Hubungan kami macam biasa. Dia juga hormati saya sebagai seorang abang dan kami ada persatuan keluarga kami sendiri.
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan