Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Mei 2013

Tolong Hormati Presiden Parti @NajibRazak Yang Berhak Tentukan Siapa PATUT Jadi MB !!!


Saya mendengar cerita berbagai perkara yang tidak enak berkenaan situasi di Terengganu. Zaman sekarang banyak fitnah tersebar dan sedikit yang sahih untuk digunakan.

Beberapa saat tadi saya baru sahaja membaca tulisan Hambali Latif di blog beliau. Nampak sedikit emosi.

Sebenarnya banyak mahu ditulis dan tidak wajar semuanya didedahkan di medan terbuka seperti ini. Mahu tahu kita boleh berjumpa berbual minum kopi.

Cuma dalam keadaan sulit seperti ini, sesiapa pun kena SEDIA BERKHIDMAT dan SEDIA DIGUGURKAN.

Dua perkara ini jika tidak ada dalam diri seorang pejuang yang menjadi pemimpin parti UMNO BN maka ia akan menyebabkan kepentingan diri diangkat melebihi kepentingan parti.

Dalam soal ini wajar ahli parti hormati Presiden atau keluar sahaja dari parti jika merasa tidak selesa dengan perintah YAB Perdana Menteri.

Ingatlah kemenangan yang diperolehi mana jua calon adalah hasil jentera parti membantu dan jangan disingkirkan hakikat kemenangan itu bergantung kepada restu Presiden UMNO sebagai tonggak perjuangan ahli UMNO seluruh negara.

Tolonglah kerana tidak akan gelap masa depan jika kita tidak menjadi MB. Lebih gelap ialah jika pekerti enggan mengikut arahan kepimpinan terlondeh dalam percakapan rakyat sehingga memusnahkan reputasi baik yang dibina selama ini.

Ingatlah kita berjuang demi agama dan bangsa. 

Tolonglah jangan senakkan kepala PM dengan tindakan degil gedebe kita yang tidak akan bawa untung ke mana jua.

Mari kita nasihatkan agar semua ahli menjadi ahli yang taat setia kepada parti bukan bongkak sombong ikut kepala sendiri.

Kita tahu apa yang berlaku dan janganlah sampai keluar semua perkara tidak elok dalam kain kerana kita tidak mahu bergaduh sesama sendiri sehingga merosakkan parti.

Hayati doa Presiden Parti kita dan jangan lupa kita juga yang aminkannya.





Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate