Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Julai 2013

Calon Pas #PRKkualaBesut Azlan Dipilih Untuk Jatuhkan Maruah Husam Oleh Penyokong Hj Hadi Awang ???

Menate Ni Mari Jugok

Sekiranya sebelum ini, pakatan pembangkang begitu berbangga dengan kerjasama yang terjalin antara DAP-Pas-PKR yang dikatakan telah berjaya membentuk satu pakatan yang kuat dalam pilihan raya umum yang lalu. Mereka juga sebelum ini begitu mendabik dada kononnya pakatan yang dibentuk ini berjaya mengembalikan keyakinan rakyat yang dikatakan telah mula menyisihkan BN/Umno.

Namun ternyata semua yang dikatakan itu adalah dusta semata-mata, ini kerana pada hakikatnya rakyat masih lagi menolak pakatan pembangkang khususnya DAP yang begitu tebal dengan semangat kecinaan atau lebih dikenali sebagai parti 'ultra kiasu'.

Sebagai contoh, ketika perarakan penamaan calon di pilihan raya kecil Kuala Besut ramai di kalangan pengikut dan penyokong Pas nyata tidak begitu senang dengan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Malah ada di kalangan mereka yang turut memberikan komen negatif sebaik sahaja kelibat Kit Siang terlihat di tempat proses penyerahan borang pencalonan.

Antaranya 'Menate Ni Mari Jugok' (Binatang Ni Datang Juga) yang diluahkan oleh salah seorang pengikut Pas tegar. Apabila ditanya beliau dengan jelas mengatakan tidak pernah percaya dengan keikhlasan, mana-mana pemimpin DAP yang jelas begitu anti-Islam. Malah menurutnya lagi, walaupun mereka berulang kali mengatakan berjuang atas nama rakyat, tetapi nawaitu jelas diragui.



Selain dari itu, beliau turut menjelaskan ramai di kalangan pemimpin ulama di dalam Pas tidak begitu senang dengan calon yang diputuskan oleh Pas pusat ini. Ini kerana ramai di kalangan mereka mengharapkan agar Nik Zawawi Nik Salleh diberikan peluang berdasarkan sumbangan dan penglibatan beliau dalam Pas selama ini.

Tambahan pula Zawawi adalah merupakan bekas wakil rakyat yang pernah memenangi kerusi tersebut. Untuk makluman pada PRU 1999, Nik Zawawi Nik Salleh (PAS) mendapat 4,426 manakala Wan Zakaria Bin Abd Rahman (BN) 3,9,39. Ustaz Nik Zawawi mengalahkan calon BN dengan majoriti 487 undi.

Menurut sumber yang meminta agar identiti beliau dirahsiakan itu, turut menjelaskan calon Pas PRK Kuala Besut, Azlan Jusuh adalah merupakan calon 'cari makan' dan tidak mesra dengan pengundi khususnya kepimpinan dan ahli Pas di kawasan.

Tambah menarik, Azlan dikatakan langsung tidak membantu jentera parti dalam pilihanraya umum yang lalu. Dia dikatakan lebih banyak meluangkan masa dan tenaga bagi membantu Naib Presiden Pas, Husam Musa.

Walaupun menyandang jawatan sebagai Bendahari Pas Kawasan Besut, Azlan yang dikenali sebagai Che Long langsung tidak memberi kerjasama kepada calon Pas pada PRU 13, Napisah Ismail, sehingga calon wanita itu kalah teruk kepada BN.

Kesimpulannya, calon Pas yang membawa tagline 'cari makan' ini sedang berdepan dengan tentangan hebat dari kumpulan pro-ulama dan muslimah Pas.Tambahan :

Muktamar pemilihan Pas akan berjalan juga tahun ini.Justeru tidak mustahil strategi yang dilakukan adalah untuk memastikan pengarah PRK Pas Haji Husam Musa akan malu besar apabila kalah.

Dengan majoriti hampir 2500 PRU13 yang lalu dan juga faktor kubu kuat Umno maka hampir mustahil untuk Pas mendapat kemenangan bergaya pada PRK kali ini.

Pemilihan calon yang hanya kaya tanpa ada sesuatu yang boleh dibanggakan juga merupakan langkah yang pelik diambil oleh Pas kali ini.

Mungkin mereka telah tahu akan kalah maka kerana itulah ia dijadikan medan untuk mengorbankan seseorang yang sudah pun dilihat pro kepada Anwar bukan kepada Hj Hadi sebagai Presiden.

Jika kalah maka Husam yang sudah kalah di Parlimen,gagal meneruskan tugas kerana tidak dilantik sebagai Exco dan MB kerana tidak direstui Istana Kelantan serta dilihat menggerakkan orangnya 'menyerang' rumah MB pada awal perlantikan maka pukulan maut untuk kerjaya politik beliau akan dapat dilakukan kali ini.

Maka sebagai ayam tambatan PKR DAP sudah tentu Husam tidak akan dibiarkan keseorangan.

Meskipun kecemburuan Azmin Ali sudah nampak apabila cuba menyentuh latar belakang pendidikan calon Pas kesayangan Husam ini, namun ia tidak akan mematahkan bantuan untuk datang kepada Husam demi kelangsungan karier politik beliau dalam Pas.

Masanya untuk kita tunggu dan lihat apakah masih Husam adakah akan dirundung malang atau berjaya mencipta kegemilangan.

Walau apa pun yang berlaku hakikatnya Pas masih akan gagal memerintah kerana kelebihan berpihak kepada BN dengan satu kerusi. Seperti penerangan oleh Datuk Ahmad Maslan semalam.

Sama-samalah kita nantikan.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate