Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 Julai 2013

CASSA akui jumlah pusat urut di Selangor bertambah

Ada info kawan Panglima beritahu pertambahan rumah urut mencecah lima kali ganda sejak Pakatan menjadi kerajaan di Selangor dari tahun 2008. Dari 800 kepada 4 ribu.

Harap rakyat Malaysia yang menolak maksiat akan menolak dari menyokong Pakatan. Mungkin mereka tidak tahu dan mungkin merasa marah kerana sesuatu sebab lalu menolak BN tanpa menyedari kesannya kepada rakyat!

Hakikatnya bila BN memerintah terbukti ia lebih baik untuk semua rakyat berbilang bangsa. 

Baca berita pertambahan rumah urut di Selangor yang menjadi punca pertambahan maksiat di negeri tersebut.

Post Pic
 
SHAH ALAM : Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) menggesa kerajaan Selangor bertindak tegas dengan membekukan lesen serta menyenarai hitam mana-mana pengusaha rumah urut di negeri itu jika terbukti mereka melakukan penyelewengan.
 
Pengerusinya, Datuk Dr Jacob George berkata kerajaan negeri juga perlu menubuhkan pasukan khas atau 'task-force' bagi tujuan pemantauan. 
 
"Dari siasatan CASSA, kita mendapati tuduhan tentang penambahan rumah-rumah urut di Selangor adalah benar.
 
"Berdasarkan respon yang kami terima dari akar umbi dan masyarakat tempatan juga kita sendiri hairan dan kita minta kerajaan Pakatan Selangor supaya bekukan semua lesen buat masa ini dan semak semua kedai-kedai yang telah ditukar dari rumah urut ke rumah hiburan. 
 
"Sebab daripada siasatan kita dapati ada banyak kaitan aktiviti-aktiviti maksiat yang mana ada kesan terhadap generasi muda malah imej negeri dan negara akan terjejas.
 
"Sebab itu kita kena pantau dan kerajaan negeri perlu tubuhkan satu 'taskforce' untuk pantau dan bentang kertas kerja mengenai isu ini kerana kita hairan siapa yang beri kelulusan dan apa justifikasi untuk buka kedai-kedai urut khasnya termasuk di luar bandar," katanya ketika dihubungiAntarapos.
 
CASSA juga menurut Jacob telah menerima lebih dari 50 aduan setiap bulan berkenaan isu rumah urut di negeri ini selain mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri sepanjang tiga tahun Pakatan Rakyat menerajui Selangor.
 
Mengulas lanjut cadangan Exco Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk mewujudkan zon jantina bagi rumah urut, Jacob menegaskan ia bukan suatu isu yang besar, namun apa yang dipersoalkan adalah justifikasi sesebuah rumah urut sebelum mendapat kelulusan dan lesen perniagaan.
 
"Adakah kedai-kedai urut ini betul-betul menjalankan khidmat tradisional dan kesihatan yang bersih serta dijalankan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini? Atau ia dinamakan kedai urut tapi menjalankan aktiviti maksiat dan tidak elok?
 
"Bagi saya nak asingkan atau tidak (mengikut jantina) itu tiada masalah. Cuma kita nak pastikan keadaan infrastruktur yang ada di rumah urut itu terbuka, ada ketelusan termasuk penggunaan lampu yang betul dan tiada ciri-ciri seperti disko dan sebagainya," demikian menurut Jacob.
 
Cadangan agar rumah urut diasingkan mengikut jantina pernah disuarakan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim pada bulan lalu, malah mendapat sokongan beberapa pemimpin PAS yang lain.
 
Namun Teng bertindak menarik balik cadangan berkenaan atas alasan tiada keperluan untuk berbuat demikian.
 
Isu ini juga turut hangat dibincangkan di Sidang DUN Selangor sepanjang dua minggu ini apabila pihak pembangkang mempersoalkan kebanjiran rumah-rumah urut di negeri ini termasuk menggajikan warga asing, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.
 
Antara mereka, Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang) yang mendakwa pertambahan pusat-pusat urut itu dalam tempoh lima tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PKR di Selangor juga menyebabkan masyarakat luar bandar, terutama di Sekinchan, Sabak Bernam dan Tanjong Karang dilihat mengalami kejutan budaya. 
 
"Selain kewujudan pusat itu, turut menyumbang kepada kejutan itu ialah pertambahan 'tukang urut kaki' warga asing dari Vietnam, Thailand dan China yang mana semuanya tidak memberi manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi luar bandar di negeri ini," katanya. 




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate