Tarikh: July 11, 2013
KAHERAH - MESIR. Menteri Luar Mesir, Mohamed Amr, semalam mengesahkan Presiden Mohamed Mursi selamat dan dilayan baik, namun tidak dibenarkan keluar di khalayak umum atas faktor keselamatan.
Dipetik Al-Jazeera, agensi berita MENA melaporkan, pemimpin itu masih berada di dalam negara dan belum ada pertuduhan untuknya.
"Tiada maklumat lanjut berhubung nasib Mursi. Gerakan Ikhwanul Muslimin dan keluarganya juga tidak mengetahui lokasi pemimpin itu berada," katanya.
Amr berkata, tentera memberi jaminan keselamatan terhadap pemimpin itu dan menggesa penyokong Mursi supaya menghentikan segala protes.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan