Pengikut Blog Panglima

12 Julai 2013

PAS tidak percaya Azlan paksa sumpah baiah depan orang ramai ?

PRK Kuala Besut: PAS Tidak Percaya Azlan?

Walaupun melafaz baiah sudah menjadi amalan PAS sekian lama, tetapi tindakan PAS menyuruh calonnya bagi PRK Kuala Besut iaitu, Azlan @ Endut Yusoh melafazkan baiah di khalayak ramai, dilihat sebagai masalah 'kurang keyakinan diri' yang kronik bagi parti itu. Selama ini, PAS hanya menuntut calon melakukannya secara tertutup di dalam bilik dengan dihadiri pemimpin-pemimpin tertentu sahaja. Inilah kali pertama parti itu menuntut lafaz baiah secara terbuka di hadapan orang ramai.

Akur dengan arahan parti, Azlan telah pun melafazkan baiah bahawa beliau akan dilaknat Allah SWT jika melompat parti sekiranya PAS menang di Kuala Besut.

Persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah kenapakah PAS mengambil pendekatan berbeza terhadap Azlan? Kenapa beliau tidak dituntut berbaiah secara tertutup sahaja? Apa signifikannya baiah tersebut diperdengarkan kepada umum?

Satu-satunya penjelasan ialah PAS meragui kesetiaan Azlan. Harapan PAS, Azlan tidak akan berani melanggar baiah sekiranya terlalu ramai saksi yang telah mendengar beliau melafazkannya.

Azlan merupakan kontraktor bangunan dan kejuruteraan awam – Kelas A. Ini sekali gus meletakkan beliau sebagai salah seorang yang mendapat manfaat langsung dari kemajuan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional di negara ini. Malah, kita tidak hairan jika kebanyakan projek-projek yang membolehkan beliau menjadi 'orang kaya' di Kuala Besut, merupakan projek-projek kerajaan BN sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Dalam kata lain, Azlan kemungkinan besar telah terlalu banyak memakan budi UMNO. Justeru, PAS amat khuatir jika beliau bertindak 'membalas budi' UMNO dengan cara lompat parti.

Jika benar Azlan telah memakan budi UMNO sehingga dinobatkan sebagai orang kaya, maka tindakannya untuk bertanding atas tiket PAS di Kuala Besut boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan.

Ini kerana PAS sering mencemuh dan menuduh BN sebagai 'tidak berbuat apa-apa' untuk membantu Melayu walaupun telah lebih sedekad berkuasa. PAS juga sering menuduh UMNO memberi projek kepada kroni sahaja dan membiarkan rakyat jelata hidup susah, tertindas dan sengsara.

Namun, kewujudan Azlan, seorang kontraktor PAS yang kaya dengan sendirinya menafikan segala tuduhan tersebut. Tidak mungkin Azlan kaya tanpa UMNO memainkan peranan untuk menyediakan peluang perniagaan kepadanya, termasuk syarikat-syarikat pembekalan atau sokongan bagi membolehkan perniagaannya maju. Persekitaran dan peluang perniagaan sebegini hanya boleh diwujudkan oleh kerajaan yang cekap dan prihatin.

Atas hakikat inilah maka kita tidak hairan jika PAS begitu meragui kesetiaan Azlan. Pada bila-bila masa saja Azlan boleh 'terkenang' kembali akan budi UMNO kepadanya. Atau Azlan mungkin juga perlu mengharap budi UMNO lagi di masa depan bagi membolehkan perniagaannya terus berkembang maju. Di waktu itu, perkara utama bagi Azlan pastinya mengenai 'survival' diri dan bukan lagi 'survival' PAS. Kiriman email
Catat Ulasan